Pertempuran Waterloo adalah perperangan di antara Tentera Bersekutu melawan Tentera Perancis. Tentera Bersekutu ketika itu di bawah gabungan dua pasukan yang dipimpinan oleh Duke of Wellington dari Britain dan General Blücher dari Prussia (kini German).

Kekalahan Maharaja Perancis iaitu Napoleon Bonaparte di Pertempuran Waterloo pada tahun 1815 adalah dipecayai kerana keadaan cuaca buruk yang berlaku. Kekalahan tentera Perancis itu menamatkan perang selama 23 tahun yang bermula sejak 1792 lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lebih dari 47, 000 orang tentera terkorban di dalam Pertempuran Waterloo (kini Belgium) dengan kawasan pertempuran hanya sebesar 6.5km panjang dan 3.5km lebar.

Kajian terbaru

kisah kekalahan napoleon

Namun begitu, kajian terbaru menunjukkan keadaan hujan yang luar biasa itu adalah disebabkan oleh satu letupan gunung berapi yang kuat di Indonesia, dua bulan sebelum pertempuran bersejarah di Waterloo itu.

Kajian yang diterbitkan pada 21 Ogos 2018 oleh Persatuan Geologi Amerika itu berpendapat, letupan kuat yang berlaku di Gunung Tambora di kepulauan Sumbawa, Indonesia telah memberi kesan kepada cuaca di England, hampir setengah bumi jaraknya.

Ramai pakar strategi perang perpendapat keadaan tanah yang lembap dan berlumpur itu telah melambatkan pertempuran dan memberi masa yang lebih kepada tentera Prussian untuk menyertai tentera bimbingan Duke of Wellington.

Nasib Eropah mungkin berbeza

napoleon bonaparte 568

Disebut oleh pemerhati pertempuran itu di dalam novel Les Misérables, bab ke-3 "jika tidak kerana hujan lebat yang turun pada 17 dan 18 Jun 1815, nasib Eropah mungkin akan menjadi sangat berbeza".

Pada malam sebelum pertempuran yang terakhir itu juga hujan lebat telah turun dan membanjiri daerah Waterloo di Belgium. Ini mengakibatkan pasukan tentera Maharaja Perancis sedikit lambat di dalam keadaan berlumpur itu.

Dengan keadaan Tentera Bersekutu mempunyai masa yang cukup untuk bergabung, kekalahan tentera Perancis menyaksikan lebih dari 25,000 orang di bawah pimpinan Napoleon terkorban dan cedera. 

Berikutan kekalahannya, Napoleon telah kembali ke Paris serta melepaskan kuasanya sebagai Maharaja dan menghabiskan sisa hidupnya di dalam buangan di pulau Saint Helena.

Kesan letupan gunung berapi

puncak gunung tambora 854

Semua ini mungkin tidak akan terjadi sekiranya salah satu letupan gunung berapi terbesar dalam sejarah ini tidak berlaku. Letupan Gunung Tambora boleh didengari sejauh 1,600 batu jauh dan debunya berterbangan sejauh 800 batu dari gunung berapi itu sendiri.

Dua hari selepas letupan berlaku, kawasan seluas 350 batu berdekatan gunung berapi itu menjadi gelap kerana ditutupi debu tebal yang berterbangan.

Dr. Matthew Genge, seorang professor di Imperial College London percaya bahawa Gunung Tambora telah mengeluarkan debu gunung berapi yang mempunyai cas elektrik yang boleh memberi kesan kepada cuaca in kebanyakan tempat sehinggalah sejauh Eropah.

Debu tebah itu telah mengganggu arus elektrik yang terdapat di dalam ionosfera, iaitu bahagian atas atmosfera di mana awan terbentuk. Sebelum ini ahli geologi percaya bahawa debu gunung berapi itu tidak sampai ke bahagian atas atmosfera tetapi kajian Dr. Genge menunjukkan sebaliknya yang berlaku.

Dibuktikan melalui kajian

waterloo

Dia telah melakukan beberapa senario kajian dan mendapati debu gunung berapi yang mengandungi cas elektrik itu telah menolak cas negatif elektrik di bahagian atas, menyebabkan debu itu terapung di atas atmosfera.

Di dalam kes letupan besar sebegini, fenomena debu statik ini boleh mencapai sehingga paras tertinggi atmosfera dan memberi kesan kepada cuaca serta gangguan sehingga ia menjadi tidak normal. Kadar letupan Gunung Tambora mencatatkan kekuatan pada skala 7 daripada 8.

Pada tahun 1815, tiada data yang tepat mengenai keadaan cuaca untuk membuktikan teori Dr. Genge bahawa Gunung Tambora adalah penyebab utama. Namun, Dr. Genge menekankan bahawa pada waktu itu Eropah mengalami cuaca hujan di luar waktu musimnya hanya 2 bulan selepas letupan kuat itu.

Dr. Genge juga percaya bahawa keadaan awan yang diselubungi debu gunung berapi yang terapung itulah penyebab utama dan salah satu punca kekalahan tentera Napoleon. Ramai ahli sejarah yang mencatatkan bahawa Eropah ketika itu sedang dilanda musin hujan yang teruk dan di luar jangkaan.

Rujukan: 

1. Independent.co.uk

2. All That Interesting

3. English History Authors




Hakcipta iluminasi.com (2017)