Tanggal 6 dan 9 Ogos 1945, dunia telah menyaksikan kota Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dengan dahsyatnya. Ini membuatkan dua kota terpenting di Jepun lumpuh sepenuhnya. Hal ini juga membuatkan Jepun menyerah kalah tanpa syarat pada 15 Ogos melalui pengumuman rasmi yang dibuat oleh Panglima Tentera Jepun pada ketika itu iaitu Panglima Hirohito.
BESARKAN TEKS A- A+
Ledakan bom yang dahsyat di kota Hiroshima pada 6 Ogos itu dianggarkan telah mengorbankan seramai 80,000 nyawa. Tiga hari kemudian, pihak Amerika Syarikat telah kembali dan mengebom pula kota Nagasaki dan mengorbankan sekitar 40,000 orang. Namun begitu, kisah tragis ini juga menyimpan beberapa fakta menarik untuk dikongsikan bersama anda.
1. Bunga Oleander
Bunga ini merupakan bunga rasmi kota Hiroshima. Ia dijadikan bunga rasmi kerana ia merupakan tanaman yang pertama sekali tumbuh setelah bencana dahsyat daripada ledakan bom atom itu. Namun begitu, bunga ini mengandungi racun yang boleh membahayakan manusia. Racun yang terhasil boleh menyebabkan muntah, cirit birit, masalah sistem saraf dan juga boleh membawa kepada panyakit jantung.
2. 12 Biji Pil Sianida
Beberapa sumber mengatakan, ketika misi pengeboman kota Hiroshima dan Nagasaki terdapat 12 biji pil sianida yang disimpan di dalam kokpit pesawat yang membawa bom atom tersebut. Ia dibawa bersama untuk dimakan oleh juruterbang sekiranya misi yang diperintahkan itu gagal. Pil beracun ini boleh membunuh manusia hanya dalam beberapa minit sahaja. Pil sianida ini juga pernah digunakan untuk hukuman bunuh beberapa orang tentera Nazi Jerman yang didapati bersalah.
3. Pohon Ginkgo Biloba
Pohon ini dianggap sebagai malaikat pelindung oleh masyarakat Jepun kerana saat bom atom dijatuhkan di kedua-dua kota tersebut, ada beberapa orang yang telah terselamat kerana berlindung di sebalik pokok ini. Pokok Ginkgo Biloba ini memang dikenali sebagai pokok yang memiliki daya tahan yang luar biasa. Ia juga merupakan salah satu spesies tumbuhan yang tertua di dunia.
4. Nasib mereka yang terselamat
Terdapat juga mangsa pengeboman yang terselamat di kota Hiroshima. Mereka yang terselamat telah berlindung di dalam ruangan bawah tanah sedalam 170 meter. Keadaan mereka amatlah menyedihkan dengan bekalan dan kelengkapan yang sangat terhad.
5. 49 kali bom percubaan
Sebelum pihak Amerika Syarikat menggugurkan bom ke atas kota Hiroshima dan Nagasaki, mereka telah melakukan ujikaji dengan menjatuhkan 49 bom percubaan yang digelar Bom Labu. Bahkan kesan daripada bom percubaan ini juga telah mengorbankan sekitar 400 nyawa dan mencederakan 1,200 orang yang lain.
6. Hanya peti besi bank yang selamat
Ketika bom atom menghancurkan hampir keseluruhan bangunan dan struktur lain di kota Hiroshima, salah satu benda yang terselamat ialah peti besi bank. Setelah proses menyelamatkan dilakukan, pihak pegawai bank tersebut telah menulis sepucuk surat penghargaan bagi mengucapkan terima kasih kepada pihak pengeluar peti besi tersebut.
7. Sebahagian anak kapal tidak tahu misi mereka
Dilaporkan terdapat seramai 12 orang anak kapal yang terlibat dalam misi pengguguran bom atom yang terhebat dalam sejarah ini. Namun begitu, hanya tiga daripada mereka sahaja yang mengetahui misi sebenar sebelum berlepas menaiki pesawat. Manakala sembilan yang lain hanya mengetahui hal itu setelah arahan untuk menggugurkan bom dikeluarkan.
Inilah sebahagian fakta tentang pengeboman kota Hiroshima dan Nagasaki yang jarang kita dengar. Walau apapun perbezaan pendapat, perang adalah jalan terakhir yang perlu kita jauhi kerana ramai jiwa yang tidak berdosa akan menjadi korban.
Diharap perang dunia yang sudah berlalu menjadi pengajaran penting kepada kita bahawasanya tidak ada perkara baik yang dapat dicapai melalui perang.