Pada pertengahan 1960-an, seekor kucing domestik melahirkan anak kucing tanpa bulu di Toronto, Kanada.
Walau bagaimanapun, anak kucing itu tidak seperti kucing kekurangan bulu yang biasa. Oleh kerana mutasi genetik semula jadi, anak kucing itu hampir tidak berbulu dan mendapat namanya dari dewa mitos Mesir terkenal, Sphinx.
Sphinx mempunyai badan singa dan kepala manusia. Kucing Sphynx dan kucing-kucing lain yang tidak berbulu secara semula jadi ditemui di seluruh dunia, bukan hanya di Kanada.
BESARKAN TEKS A- A+
Pencinta kucing di Eropah dan Amerika telah membiak kucing Sphynx dengan kucing berbulu biasa dan membiak spesis ini sekali lagi kembali ke menjadi kucing tak berbulu selama lebih dari 40 tahun.
Tujuan di sebalik aktiviti pembiakan selektif ini adalah untuk mewujudkan kucing dengan genetik kolam gen yang besar dan peningkatan pembiakbakaan.
Dengan muka cengkung, mata berbentuk badam, telinga besar, dan badan yang licin, kucing Sphynx adalah bukti bahawa terdapat sesuatu yang istimewa mengenai seekor kucing melebihi daripada bulunya sahaja.
iluminasi.com kongsikan 5 fakta menakjubkan tentang kucing Sphynx.
1. Kucing Sphynx tersangat sosial
Jelas sekali bahawa kucing Sphynx tidak kelihatan seperti seekor kucing, tetapi lebih kelihatan seperti tikus. Sesetengah orang mungkin mengandaikan bahawa kucing-kucing ini adalah pemalu, membosankan dan tidak menarik.
Kucing Sphynx mungkin tidak mempunyai bulu, tetapi ia dipenuhi dengan kemesraan dan cinta. Pembiak kucing yang berpengalaman akan memberitahu anda bahawa kucing Sphynx ini mempunyai sifat yang sangat agresif.
Ia memaparkan tahap sifat keingintahuan, bertenaga, cerdas dan penuh kasih sayang yang tinggi terhadap pemiliknya.
Kucing Sphynx tersangat menawan hati dan dikenali secara meluas kerana melakukan tingkahlaku yang agak bodoh yang menarik perhatian pemiliknya.
Ia kadang-kala boleh menjadi cemerkap dalam cubaan untuk menarik perhatian. Sphynx sangat bertenaga dan nakal, serta sentiasa ingin berada dekat dengan tuannya.
Ia sering bertindak seperti anjing, sering menyapa pemiliknya di pintu dan bersemangat untuk bertemu dan menyiasat orang asing.
Walaupun kucing sphynx terkenal kerana menarik perhatian manusia, ia juga gemar ditemani oleh kucing baka lain dan juga beberapa jenis anjing.
2. Berasal dari kawasan beriklim sejuk
Jika ditanyakan tentang mamalia yang berasal dari iklim sejuk di Amerika Utara, pasti anda terfikirkan haiwan berbulu tebal yang sedang menyusuri salji tebal, kan?
Ironinya, nenek moyang kucing Sphynx berasal dari kasawan utara yang sejuk.
Selepas seekor kucing dari Ontario, Kanada melahirkan anak kucing tanpa bulu pada pertengahan tahun 1960-an, 2 anak kucing Sphynx dilahirkan secara berasingan kepada pemilik di Minnesota dan Toronto.
Disebabkan usaha pembiakan kucing ini oleh pembiak pada ketika itu, garis keturunan kucing Sphynx berkembang dari masa ke masa.
Ia bukan hanya di Kanada, malah kucing Sphynx juga wujud di bahagian lain di dunia. Sebagai contoh, Sphynx Kanada mempunyai "doppelganger" atau kembar tanpa rambut iaitu kucing Donskoy di Rusia.
3. Kulit kucing Sphynx sensitif terhadap cahaya matahari
Jika anda mempunyai kucing Sphynx, jangan pula menyapukan krim pelindung matahari pada kucing kesayangan anda setiap kali ia berada di bawah matahari.
Walau bagaimanapun, anda harus ingat bahawa disebabkan kekurangan bulu padat, kulit kucing Sphynx lebih sensitif daripada kucing lain.
Jadi, kulitnya boleh terbakar akibat cahaya matahari panas. Sphynx juga adalah jenis kucing yang lebih panas badannya, sekitar 4 darjah Celcius lebih panas daripada purata kucing biasa.
Jika anda membawanya keluar pada hari panas yang teruk, ia akan boleh menjadi tersangat panas. Dan walaupun Sphynx boleh bertahan dalam cuaca sederhana di luar rumah, kebanyakan masa ia harus diletakkan di dalam rumah.
4. Kucing Sphynx harus kerap mandi
Hanya disebabkan kucing Sphynx tidak berbulu, anda mungkin tertipu memikirkan bahawa kucing ini adalah sentiasa bersih.
Walau bagaimanapun, ini tidak sepenuhnya benar. Walaupun bulu kucing biasa bertindak seperti magnet terhadap zarah debu, debunga dan bahan-bahan lain, kulit kucing Sphynx pula menghasilkan banyak minyak.
Rembesan minyak pada kulit kucing normal akan membantu menjaga bulu agar licin dan berkilat, tetapi dalam kes kucing Sphynx, ia membentuk satu selaput berminyak pada badannya.
Pakar kucing menyarankan agar pemilik Sphynx harus memandikan kucing ini sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk memastikan ia bersih dan segar.
5. Kos yang mahal untuk memiliki kucing Sphynx
Tidak seperti kucing biasa, kucing Sphynx memerlukan banyak perhatian, penjagaan dan makanan istimewa.
Kucing Sphynx tersangat lapar disebabkan oleh metabolisme yang sangat tinggi dan sentiasa mempunyai selera makan yang tinggi.
Ia memerlukan diet yang tinggi dalam protein untuk kesihatan yang optimum. Dengan kata lain, menjaga kucing Sphynx dengan baik dan sihat bermakna anda harus berbelanja besar terhadap makanan kucing yang bermutu tinggi.