Perang Dunia II menghancurkan sebahagian besar daripada dunia satu ketika dahulu, namun "Pacific Theater" di Lautan Pasifik adalah lokasi di mana pelbagai negara dunia berhempas-pulas dalam kempen perang terpanjang.
Ia juga menyaksikan beberapa kekejaman yang paling tidak wajar dalam sejarah.
Antara tahun 1937 dan 1945, Empayar Jepun telah menjangkau ke pelbagai negara dengan apa yang dilihatkan pada mulanya sebagai mesin tentera yang tak dapat dihalang.
Apa yang dilakukan oleh mesin ini selepas penaklukan sering kali sangat tidak bermoral, bahkan masyarakat Jepun moden masih belum dapat menghadam apa yang berlaku.
1. Pembunuhan besar-besaran Nanking
Walaupun kebanyakan di dunia barat percaya Perang Dunia II bermula dengan pencerobohan Nazi ke atas Poland pada tahun 1939, terdapat banyak ahli sejarah yang percaya tarikh rasmi harus dipinda kepada tahun 1937, ketika Jepun memulakan pencerobohan penuhnya terhadap China.
Keputusan Jepun untuk menduduki dan mengambil Manchuria pada tahun 1931 mencetuskan sesuatu yang kemudian bersangkut, termasuk embargo minyak yang dipimpin A.S. yang merupakan penyebab utama serangan Jepun di Pasifik Selatan dan perang yang diikuti.
Tembakan pertama perang ini berlaku pada tahun 1937, ketika Empayar Japan melancarkan serangan darat secara penuh ke atas China dalam usaha untuk menghancurkan kemaraan China secara kekal ke Jepun.
Dalam beberapa bulan, ibu negara Nanking jatuh ke tangan Jepun, dan apa yang diikutinya telah dituliskan dalam sejarah sebagai salah satu pembunuhan besar-besar terburuk dalam sejarah yang pernah direkodkan, iaitu "The Rape of Nanking".
Bermula dari 13 Disember 1937, dan berterusan selama lebih dari 6 minggu, Nanking terseksa seperti mana beberapa bandar lain dalam sejarah yang pernah melalui mimpi ngeri itu.
Pihak Jepun, melihat 90,000 tawanan sebagai peluang untuk melatih tentera mereka sendiri dalam kekejaman, mengangkut penduduk China keluar dari bandar untuk hukuman mati. Semakin kejam, semakin bagus.
Mereka mengarahkan tentera China untuk berkumpul di lokasi pembunuhan yang ditetapkan. Di sana, para pegawai Jepun menembak, menikam, dan memenggal kepala orang Cina dalam tragedi yang dilihatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.
Apabila "bekalan" tahanan perang ini semakin berkurangan, tentera Jepun beralih kepada 600,000 orang awam yang mana telah disekat daripada melarikan diri oleh Nasionalis Cina.
Di dalam pesta rogol dan pembunuhan yang berlaku kemudiannya, menyaksikan bayi-bayi ditikam menggunakan bayonet dan perut wanita hamil dihiris dengan pedang, melihatkan hampir 300,000 nyawa terbunuh.
The Rape of Nanking adalah satu peristiwa yang tersangat mengerikan yang mana Jepun masih belum mengakui sepenuhnya atau meminta maaf atas tindakan mereka itu.
Sebagai contoh, anggaran rasmi Jepun menyatakan bahawa kematian hanyalah menghampiri 50,000 orang, yang mana jauh daripada kebenaran.
Kini, hampir 80 tahun kemudian, keengganan untuk mengambil tanggungjawab terhadap jenayah perang utama pertama ketika Perang Dunia II masih menjadi penghalang dalam hubungan diplomatik dan perdagangan yang lebih dekat antara kedua-dua negara.
2. Perang biologi
Mungkin ada yang pernah terbaca kisah tentang Unit 731, divisi peperangan biologi Jepun yang bekerja selama lebih 10 tahun untuk menjadikan beberapa penyakit yang paling buruk yang pernah menimpa manusia sebagai senjata.
Namun, pasti anda tidak tahu dengan begitu lanjut tentang skop pasukan ini.
Unit 731 ditubuhkan pada tahun 1931 sebagai unit perubatan tentera biasa, namun menjelang tahun 1935, pasukan itu menghasilkan bekalan wabak bubonic, anthrax, dan kolera dalam bentuk yang mudah diserang untuk dilaksanakan terhadap orang awam.
Hanya dalam satu serangan di Manchuria, orang Jepun menjatuhkan bom udara yang dipenuhi dengan habuk kayu dan kutu yang dijangkiti wabak di kawasan pusat penduduk.
Ini adalah sebahagian pengeboman keganasan terhadap wilayah yang telah dikuasai oleh Jepun, dan sebahagiannya merupakan ujian keberkesanan senjata.
Apabila kelongsong bom terbuka di udara, kutu-kutu tersebut jatuh tanpa sebarang ancaman, sehingga ia mula menggigit orang ramai, menjangkiti darah mereka dengan virus Yersinia pestis yang telah dibiakkan untuk kebarangkalian yang lebih besar iaitu dengan menjangkiti beberapa generasi tahanan Cina dan Korea.
Kerajaan China kini menganggarkan bahawa serangan ini mungkin telah membunuh hampir 600,000 nyawa hanya dalam beberapa minggu selepas bom dilepaskan.
Aktiviti-aktiviti lain Unit 731 mungkin membunuh setengah juta orang atau lebih orang yang tidak bersalah sebelum berakhirnya perang.
3. Kanibalisme
Dari akhir Julai hingga awal bulan Ogos 1942, keseluruhan tentera Jepun cuba memaksa mengharungi dataran tinggi yang sangat sukar, di pusat New Guinea.
Mereka ditentang oleh tentera Australia, yang bukan sahaja berjaya menghentikan kemaraan, tetapi juga menghalau mereka.
Tentera Australia kemudiannya menjejaki kem Jepun yang ditinggalkan untuk melihat sama terdapat askar mereka yang dijadikan banduan, namun apa yang ditemui mengejutkan mereka
Menurut Korperal Bill Hedges, salah seorang yang pertama yang measuk ke kem yang ditinggalkan Jepun, tentera-tentera mereka yang tercedera dan terbunuh telah dimakan.
Mereka menjumpai mangsa-mangsa tersebut dalam keadaan daging kaki terkoyak dan daging setengah masak dalam makanan tentera Jepun.
Tentera Australia juga menjumpai beras dan banyak makanan tin, bermakna bahawa tentera Jepun bukanlah melakukan tindakan kanibalisma tersebut disebabkan kelaparan.
Dan ini bukanlah satu-satunya insiden kanibalisma oleh Jepun. Beberapa pengakuan dibuat oleh pegawai Jepun di mana mereka terlibat dalam upacara kanibalisma.
4. Perhambaan seks
Walaupun tidak ada hukuman yang pernah dikenakan ke atas jenayah yang dilakukan semasa di Nanking, Komando Tinggi Jepun telah memperhatikan kemarahan antarabangsa dan pergolakan pendapat awam yang disebabkan oleh tindakan mereka.
Oleh itu, untuk menghalang satu lagi insiden rogol beramai-ramai, komander kanan mengarahkan penubuhan rumah pelacuran khas tentera untuk menampung nafsu tentera Jepun dan membantu mereka menjauhi wanita tempatan.
Banduan wanita di kemudahan ini biasanya diambil dari wilayah yang diduduki di tempat lain dan diangkut ke lokasi terpencil untuk berkhidmat sebagai pelacur kepada tentera.
Ada yang tertipu dengan pembohongan bahawa mereka akan diberikan kerja mudah sebagai penjaga rumah, sementara yang lain diculik.
Sebaik sahaja mereka tiba di destinasi, wanita-wanita malang tersebut dijadikan tahanan dan hanya boleh meninggalkan kawasan dengan kebenaran rasmi.
Askar-askar Jepun diberikan cuti sehari dalam sebulan untuk melawat rumah pelacuran dan para pelacur akan dihukum jika tidak memuaskan tentera Jepun dengan baik.
Para wanita tawanan rata-rata berusia sekitar 16 hingga 21 tahun, dan ada yang lebih muda.
Dan seperti biasa, ramai yang tidak bersetuju mengenai jumlah mangsa yang terlibat dalam program tersebut.
Ahli sejarah Jepun, Ikuhiko Hata mendakwa bahawa "hanya" 20,000 wanita diculik dengan cara ini, sementara projek bersama antara pihak berkuasa China, Taiwan, dan Korea menganggarkan jumlah tersebut kepada hampir 400,000 orang.
Kebanyakan daripada wanita tersebut berasa malu dan hina dengan apa yang berlaku, serta menderita pelbagai kecederaan dan penyakit kelamin memilih untuk tidak pulang ke kampung halaman.
Sebaliknya, mereka memilih untuk menghabiskan sisa hidup di mana-mana negara hancur yang ditinggalkan oleh Jepun selepas ditewaskan.
Rujukan:
2. Pacific War
3. WW2 Wrecks