Kita harus bersyukur hidup pada masa kini dimana teknologi perubatan sudah semakin canggih. Malah, ubat-ubatan yang dikeluarkan juga perlu melalui pelbagai proses yang sangat ketat, menyukarkan sebarang kemungkinan ianya mempunyai kesan buruk kepada manusia.
Walau bagaimanapun, perkara ini tidak berlaku suatu ketika dahulu. Ada kalanya, sesuatu teknik perubatan atau ubat itu diberikan berdasarkan teori semata-mata. Malah, ada yang terbukti merbahaya dan memberikan kesan lebih buruk kepada para pesakit. Kali ini, Iluminasi ingin berkongsi 5 teknik perubatan atau ubat pada zaman dahulu yang sebenarnya sangat merbahaya kepada pesakit.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Ubat kurus yang mengandungi cacing kerawit
Sekiranya anda henda kurus, cara terbaik adalah mengamalkan diet yang seimbang dan bersenam. Pengambilan ubat kurus yang dijual dipasaran perlulah dielakkan kerana kebanyakannya mengandungi bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan. Ubat untuk mengurangkan berat dan kegemukan bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya telah wujud puluhan tahun dahulu lagi.
Antara ubat yang popular satu ketika dahulu adalah ubat yang mengandungi cacing kerawit. Dengan pengambilan cacing kerawit ini, ianya didakwa akan memakan sebahagian makanan yang anda makan. Oleh itu, anda akan sukar gemuk. Walau bagaimanapun, ubat sebegini adalah bahaya. Kebanyakan spesis cacing sebenarnya mempunyai kesan buruk kepada tubuh badan seperti malnutrisi, loya, muntah, cirit-birit, dan anemia.
2. Ubat merkuri
Secara umumnya, kita tahu bahawa merkuri adalah satu bahan kimia yang merbahaya kepada tubuh badan, malah boleh membawa maut. Malah, syarat penggunaan merkuri diperketatkan dimana bateri kini diharamkan sama sekali daripada menggunakan mengandungi bahan merkuri. Malah, termometer di makmal-makmal sekolah tidak lagi menggunakan merkuri sebagai cecairnya.
Walau bagaimanapun, merkuri digunakan secara meluas dalam bidang perubatan suatu ketika dahulu. Sifatnya yang mempunyai ciri antiseptik menyebabkannya biasa digunakan untuk membersihkan luka. Walau bagaimanapun, para doktor akhirnya menghentikan penggunaannya apabila pesakit mula menunjukkan simptom-simptom keracunan merkuri seperti lemah otot, masalah penglihatan, masalah pendengaran, kebas tangan dan kaki, dan banyak lagi.
3. Rokok
Tiada orang yang dapat menafikan bahawa rokok merbahayakan kesihatan. Malah, telah banyak fatwa yang dikeluarkan mengenai rokok agar masyarakat menjauhinya. Kerajaan juga menetapkan harga minimum yang tinggi untuk rokok dengan anggapan ramai perokok akan kurang merokok.
Percayakah anda, sewaktu akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20, menghisap rokok diwarkan-warkan sebagai terapi bagi penyakit asma. Ketika bahaya rokok mula diketahui sekitar tahun 1930, syarikat-syarikat pengeluar rokok mula mengiklan rokok dengan gambar doktor memegang rokok untuk meyakinkan orang ramai rokok sebenarnya selamat untuk dihisap.
4. Lobotomi
Lobotomi merupakan satu teknik perubatan yang bukan sahaja mengarut, malah sangat merbahaya. Apa itu lobotomi? Ianya adalah satu pembedahan kecil dikepala untuk membuang sebahagian bahagian otak. Ianya didakwa dapat mengubati masalah mental dan penyakit berkaitan otak.
Di Amerika Syarikat sahaja, 50000 pembedahan lobotomi pernah dijalankan sebelum ianya diharamkan sama sekali pada tahun 1950. Antara kesan buruk pembedahan lobotomi ini adalah risiko hilang ingatan kekal dan juga kematian.
5. Renjatan elektrik ubati mandul
Suatu ketika dahulu, rawatan renjatan elektrik di kepala pernah dilakukan tetapi tidak lama kemudian diharamkan kerana ianya terbukti membahayakan kesihatan selain terlalu menyakitkan. Tahukah anda, terdapat juga rawatan lain yang menggunakan renjatan elektrik?
Ya, pada abad ke 18, renjatan elektrik di kemaluan lelaki dilakukan kerana mendakwa ianya boleh mengubati kemandulan golongan lelaki. Pesakit yang menjalani rawatan ini akan memakai tapi pinggang yang mempunyai gegelung besi padanya. Bukan sahaja menyakitkan, malah rawatan seperti ini boleh menyebabkan kerosakan dan kecacatan pada alat kemaluan.
Kredit: