Hidup di dunia ini tidak terlepas daripada persepsi yang salah atau stereotaip. Dan ia lebih membahayakan apabila stereotapi ini melibatkan jantina.

Sebagai contoh, kerja di dapur adalah tanggungjawab wanita dan lelaki wajib tahu cara untuk menukar tayar kereta. Apa yang betul adalah kedua-dua perkara ini harus dilakukan oleh lelaki dan wanita.

Dan dengan wujudnya stereotaip jantina ini, ia membuatkan hidup kita menjadi sukar kerana pendapat masyarakat seolah-olah lebih penting walaupun ia tidak semestinya betul.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 stereotaip jantina yang menyusahkan hidup manusia.

Stereotaip 1: Perempuan sepatutnya sentiasa cantik dan lelaki patut sentiasa kuat serta berani

ayana moon gadis korea cantik

Kanak-kanak tidak tahu bagaimana mereka harus berkelakuan mengikut jantina mereka, namun orang dewasa kerap menjelaskan perkara-perkara ini kepada mereka dengan begitu awal.

Kanak-kanak lelaki diajar untuk malu dengan sendiri jika mereka menangis dan anak perempuan diajar untuk sentiasa berpakaian cantik.

Ahli psikologi Christia Spears Brown dalam bukunya "Parenting Beyond Pink & Blue: How to Raise Your Kids Free of Gender Stereotypes" menjelaskan bahawa apabila bercakap dengan kanak-kanak lelaki, orang dewasa menggunakan nombor dan contoh dari alam semula jadi, dan apabila bercakap dengan kanak-kanak perempuan, mereka lebih banyak menyebut mengenai penampilan.

Dan lihat siapa yang lebih risaukan mengenai penampilan dan berat badan berlebihan? Wanita.

dr say sado

Christia mengatakan mana-mana kanak-kanak, tidak kira jantina mereka, harus mempunyai 3 jenis mainan. Yang pertama adalah untuk kecerdasan mereka, kedua untuk badan mereka dan ketiga untuk emosi mereka.

Permainan puzzle mengembangkan kecerdasan, basikal dan bola yang penting untuk aktiviti fizikal, dan bermain dengan anak patung dan mainan lembut mengajar kanak-kanak untuk bersikap baik dan penyayang.

Jangan menggunakan ayat seperti, "Jangan bergaduh, kamu perempuan" atau "Kamu perlu kuat, kamu seorang lelaki".

Sebaliknya, ajar anak lelaki anda untuk memasak dan mengemas rumah, manakala ajar anak perempuan anda untuk menggunakan pemutar skru dan tukul.

Dengan ini apabila mereka besar, mereka akan lebih bersifat terbuka di mana wanita boleh mengejar kerjaya dalam bidang yang didominasi lelaki seperti juruterbang dan lelaki pula tidak mengdiskriminasi bahawa kerja rumah seperti memasak dan mengemas rumah adalah tanggungjawab wanita.

Stereotaip 2: Lelaki sepatutnya sentiasa bayar jika makan bersama wanita

adakah lelaki patut sentiasa bayar jika makan dengan wanita

Seorang  Wanita Amerika, Ashleigh Bradley mengadu di Twitter bahawa dia menghadiri satu temujanji bersama seorang lelaki  di mana dia memberitahu lelaki itu bahawa ia tidak akan berhasil, lalu meminta lelaki tersebut untuk membayar 50% daripada bil makanan.

Perkara ini mencetuskan hujah hangat dalam talian: perlukah lelaki membayar bagi pihak wanita ketika dalam perhubungan? Dan jika ya, maka untuk apa mereka bayar?

Ahli psikologi, Marina Commisarova mengatakan bahawa tradisi bercinta seperti memberikan bunga, mengajak keluar dan membuka pintu hanyalah semata-mata hanyalah isyarat romantis yang tidak sepatutnya disalah anggap sebagai satu kewajipan untuk memenuhi semua keperluan seorang wanita.

Tindakan tersebut bermakna bahawa seseorang lelaki itu berminat dengan wanita tersebut, yang mana ia adalah sesuatu yang bagus namun jika seseorang wanita itu mahu dihormati dan jika dia mahu pendapatnya diambil serius maka wanita perlu menolak "penjagaan" berterusan seperti ini daripada seorang lelaki.

buka pintu untuk wanita

Jika ia berkaitan dengan hubungan yang seimbang, maka secara idealnya seorang lelaki harus menawarkan untuk membayar dan wanita harus menolak. Dan jika lelaki memberikan hadiah kepada wanita, dia juga perlu memberi hadiah kembali.

Apabila seorang wanita benar-benar memerlukan pertolongan, dia harus meminta, dan seorang lelaki harus bersedia untuk membantu. Namun dalam situasi di mana seorang wanita itu dapat menjaga dirinya sendiri, maka dia harus berbuat demikian sendiri.

Pelakon Emma Watson berkata, "Saya suka jika seseorang membuka pintu untuk saya atau mengajak saya keluar makan malam. Persoalannya, adalah lelaki akan berasa tercabar jika saya membuka pintu untuknya? Jika tidak, itu lebih baik kerana kita hanya sopan terhadap satu sama lain.

Stereotaip 3: Lelaki adalah bersifat poligami dan wanita sepatutnya okay dengan perkara ini

lelaki bersifat poligami

Angka-angka dalam kajian-kajian adalah berbeza namun semua saintis bersetuju dengan satu perkara: lelaki lebih kerap curang terhadap pasangan berbanding wanita.

Sesetengah orang berfikiran bahawa lelaki mempunyai "genetik" yang membuatkan mereka curang.

Namun realitinya sama ada wanita atau lelaki, kedua-duanya tidak bersifat monogami sejak lahir. Fakta bahawa wanita lelaki lain sebelum bertemu dengan suami mereka membuktikan bahawa mereka juga bersifat poligami.

Kecurangan adalah pilihan dalam keadaan sedar dan menipu adalah alasan yang baik untuk memikirkan sama ada anda memerluka hubungan tersebut atau tidak.

Walaupun anda tidak mahu berpisah, mungkin lebih baik untuk menjauhkan diri dari satu sama lain untuk sementara waktu. Ingat, pasangan yang curang sepatutnya berusaha dengan lebih keras jika mahu terus bersama.

Stereotaip 4: Wanita adalah pengurus yang lebih teruk daripada lelaki

adakah wanita pengurus yang lebih teruk berbanding lelaki

Oleh kerana ramai majikan percaya bahawa wanita kurang layak untuk memegang jawatan di bahagian pengurusan, mereka jarang mendapat pekerjaan di mana mereka boleh mempamerkan kemahiran kepimpinan mereka.

Persepsi ini mencipta kesan "siling kaca" - satu halangan yang tidak dapat dilihat yang menghalang pertumbuhan kerjaya wanita kerana sebab-sebab yang tidak ada kena mengena dengan kemahiran profesional mereka.

Terdapat juga jurang dari segi gaji yang sangat besar di mana lelaki memperoleh lebih banyak untuk pekerjaan yang sama daripada wanita.

Walau bagaimanapun, ahli psikologi terkenal Jordan Peterson mengatakan bahawa perbezaan gaji bukan sahaja disebabkan oleh perbezaan jantina tetapi oleh ciri-ciri keperibadian seperti terlalu lembut atau emosi.

Ciri-ciri yang "keras" yang diperlukan ditindas dalam kalangan wanita, jadi semakin sukar bagi mereka untuk mendapatkan gaji yang lebih baik dan bergerak maju ke hadapan.

Pelakon Jennifer Lawrence mengetahui berapa banyak pendapatan yang diterima rakannya lelaki untuk filem yang sama dan dia benar-benar marah dengan dirinya sendiri kerana tidak cukup gigih ketika merundingkan gaji kerana tidak mahu mendapatkan reputasi buruk.

Sejak itu, Jennifer dan pelakon-pelakon Hollywood lain telah berjuang untuk gaji yang sama dan mereka menjadi contoh untuk wanita lain yang berjuang untuk hak mereka.

Stereotaip 5: Lelaki tak patut menangis

lelaki tak boleh menangis

Menurut kajian, lelaki mengalami rasa marah, sedih dan takut sama kerap dengan wanita namun mereka hanya menunjukkan rasa masa marah dan menyembunyikan rasa takut dan sedih.

Sebaliknya, wanita pula menahan rasa marah dan menyatakan rasa sedih dan takut.

Juga, lelaki tidak berasa mereka boleh tunjuk rasa belas kasihan, namun reaksi mimik dan pengiraan fisiologi menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai keupayaan yang sama dalam menunjukkan rasa belas kasihan.

Dalam erti kata lain, lelaki berada di bawah beban stereotaip jantina yang sangat berat sama seperti wanita iaitu mereka terpaksa menyembunyikan emosi mereka dan tidak menunjukkan bahawa mereka mengalami kesulitan. 

lelaki tak patut menangis

Namun, stereotaip ini menjadikan kehidupan mereka jauh lebih sukar. Oleh itu, jarang lelaki menangis dan jika ia berlaku, lelaki akan dilabelkan sebagai seperti perempuan kerana menangis.

Walhal, menangis adalah reaksi normal apabila anda berasa sedih tidak mengira jantina. Keupayaan untuk menyatakan emosi tidak membuatkan seseorang itu lemah, ia membuatkan anda kelihatan seperti seorang manusia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)