Bergelar 'individu paling berkuasa di dunia' merupakan propaganda yang sering digembar-gemburkan merujuk individu bergelar Presiden Amerika Syarikat atau POTUS.

POTUS didakwa mempunyai kuasa membuat keputusan yang mampu menggegarkan dunia dari aspek ekonomi dan sosial, menggerunkan pihak lawan serta dihormati rakan sekutu. Walau bagaimanapun tidak ramai antara kita menyedari kelemahan seorang POTUS selepas hilang kuasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka terpaksa menjalani hidup mereka dengan berhadapan banyak kekangan yang biasanya tidak dirasai kita. Berikut adalah enam peraturan yang perlu dituruti mereka selepas melepaskan jawatan yang kononnya 'manusia paling berkuasa dunia.'

1. Tidak boleh membeli telefon sendiri tanpa kebenaran

alat telekomunikasi bekas potus

Anda nak beli telefon pintar terbaru yang baru saja dilancarkan? Kita bebas ke kedai, membeli mana-mana telefon yang kita mahukan. 

Tetapi bagi bekas individu paling berkuasa dunia, semua alat elektronik yang membolehkan telekomunikasi berlaku, baik telefon, komputer dan sebagainya - haruslah dibeli dengan makluman dan permohonan kebenaran pasukan keselamatan kerajaan terlebih dahulu.

Tujuannya jelas untuk memastikan komunikasi yang berlangsung di antara seorang bekas presiden dan mana-mana individu tidak dapat dipintas pihak-pihak tertentu. Pihak berkuasa Amerika Syarikat juga bimbang ada bekas POTUS yang berjaya dibeli kuasa dunia lain, bertindak membocorkan semua informasi yang diketahuinya.

Agak melucukan juga individu paling berkuasa di dunia hanya boleh membeli telefon pintar selepas dibenarkan.

2. Semua surat bekas POTUS akan diperiksa

surat potus diperiksa

Kebimbangan berlakunya serangan seperti kes serangan surat berisi bahan anthraks, memerlukan semua surat yang diterima oleh bekas POTUS perlu melalui proses tapisan yang dilakukan agensi penyiasatan mereka.

Surat-surat yang diterima bekas POTUS akan dibuka, dibaca dan disemak bagi memastikan tiada bahan-bahan bahaya terkandung di dalamnya.

Isi kandungan surat bekas POTUS juga akan disaring bagi memastikan tidak ada komunikasi berlaku di antara bekas POTUS dan pihak luar yang mampu menjejaskan integriti keselamatan kerajaan mereka. 

Ini termasuklah sebarang bentuk bil yang mereka terima.

3. Wajib membuka perpustakaan presiden sendiri

presidential library lucu

Jika anda sering mengikuti berita berkenaan Amerika Syarikat, pasti anda pernah mendengar tentang Presidential Library atau Perpustakaan Presiden.

Semua bekas POTUS adalah diwajibkan untuk membuka sebuah Presidential Library atas nama mereka, yang akan bertindak sebagai arkib peribadi merekodkan semua ucapan, dokumen dan komunikasi rasmi mereka semasa bertugas sebagai Presiden untuk rujukan awam.

Tradisi ini dimulakan Presiden Franklin Roosevelt pada tahun 1938 selepas beliau meletakkan jawatan, yang akhirnya menjadi satu kewajipan perlu dituruti semua bekas POTUS.

Kesemua Perpustakan ini diuruskan oleh agensi National Archives and Records Administration.

4. Tidak lagi bebas ke mana-mana 

pasukan keselamatan potus

Semua bekas POTUS dan ahli keluarga mereka tertakluk kepada perlindungan agensi Secret Service 24 jam sehari.

Peraturan ini turut merangkumi isteri kepada bekas POTUS yang telah meninggal dunia, selagi mana wanita itu tidak berkahwin semula. Anak-anak kepada bekas POTUS juga akan dilindungi tetapi perlindungan ke atas mereka hanya terhad sehingga mereka berusia 16 tahun.

Walau bagaimanapun, seorang bekas POTUS berhak untuk menolak perlindungan yang diberikan sekiranya dia mahu.Menurut bekas POTUS yang dikawal, anda bayangkan privasi hidup anda diganggu setiap masa oleh 3 ke 4 orang pegawai keselamatan khas yang seakan-akan sama-sama menumpang kediaman anda. Begitulah rasanya sekuriti yang mereka amalkan.

5. Tidak boleh hidup susah

bercucuk tanam di rumah putih

Bekas Presiden Harry Truman selepas melepaskan jawatan mengalami kesesakan kewangan, hanya bergantung dengan pencen pesara tentera sekitar tahun 1954.

Ini kerana ketika era beliau dasar pembayaran pencen belum diperkenalkan kepada bekas POTUS.

Walaupun berdepan masalah kewangan, Truman memilih untuk mendiamkan diri sehinggalah berita tentang situasi beliau akhirnya sampai ke pengetahuan Kongres Amerika Syarikat. Mereka meluluskan Akta Bekas Presiden 1958 yang membenarkan pembayaran skim pencen kepada semua bekas Presiden sebanyak $25,000 setahun.

Tujuannya adalah untuk memastikan tidak ada bekas POTUS berhadapan dengan kesukaran hidup, selain menjaga maruah seorang bekas presiden agar tidak kelihatan lemah di kalangan masyarakat dunia.

Truman pada mulanya enggan menerima bantuan tersebut tetapi akhirnya bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

6. Tidak lagi dibenarkan memandu di jalan raya

potus bugi golf tidak boleh memandu

Sekiranya anda seorang yang gemar memandu, pasti anda tidak mahu menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Ini kerana semua bekas POTUS tidak lagi dibenarkan memandu sendiri atas jalan raya yang dibuka kepada awam. Bagaimanapun - bekas POTUS masih dibenarkan memandu di laluan-laluan hakmilik persendirian.

Biasanya bekas POTUS yang merindui pengalaman memandu akan melepaskan gian mereka memandu di sekeliling kawasan kediaman sendiri atau paling nikmat, waktu memandu bugi golf di lapangan golf bersaiz luas.

Untunglah kepada bekas POTUS yang memiliki kawasan ladang luas kerana sekurang-kurangnya masih boleh memandu dalam jarak yang panjang. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)