Memang tak dapat dinafikan bahawa permainan video yang pelik dan mengarut telah lama berada di pasaran, namun ada di anataranya yang tersangat merepek.
Dari grafik yang "gila" hinggalah ke konsep yang tak masuk akal, terdapat beberapa permainan video pelik yang sangat rumit untuk digambarkan.
Walaupun tidak begitu mendapat sambutan, namun ia masih dimainkan oleh mereka yang menggemari permainan video yang "out of the box".
iluminasi.com kongsikan antara 5 permainan video yang paling pelik pernah dihasilkan.
5. Muscle March
Sesetengah permainan video sangat tak masuk akal tetapi sangat menarik untuk ditonton dan Muscle March antara salah satu daripadanya.
Pemain bermain sebagai salah seorang daripada sekumpulan 7 ahli bina badan yang terdiri daripada 5 lelaki, seorang wanita dan seekor beruang kutub.
Mereka ini akan mengejar pencuri yang mencuri susu protein mereka. Muscle March dilancarkan dalam WiiWare, menjadikannya sangat permainan video interaktif menggunakan alat kawalan Wii dan nunchuk.
Ahli bina badan anda akan berbaris dengan 3 yang lain ketika mengejar pencuri di sekitar bandar.
Pencuri tersebut akan melarikan diri menembusi tembok dan pemain perlu meniru gaya yang sama dengan pencuri untuk melepasi lubang tersebut.
Kelajuan permainan akan bertambah mengikut tahap kesukaran. Jika pemain berjaya meniru gaya pencuri, pemain mempunyai peluang untuk mendapatkan semula susu protein yang sangat penting bagi ahli bina badan.
4. Playboy: The Mansion
Anda kenal Hugh Hefner? Dia adalah penerbit majalah Amerika, pengasas dan ketua editor majalah Playboy. Dan dalam permainan Playboy: The Mansion, anda boleh menjadi watak Hugh.
Permainan yang dilancarkan pada tahun 2005 ini menggabungkan simulasi sosial dengan role-playing dan pembinaan empayar, yang serupa dengan The Sims.
Matlamat permainan ini adalah untuk membina gedung dan majalah Playboy agar menjadi jenama yang kukuh serta popular.
Tugas anda adalah mengambil dan memecat wartawan serta jurugambar, mengendalikan sesi fotografi dan wawancara untuk majalah itu.
Kualiti setiap komponen majalah adalah berdasarkan kepada seberapa baik setiap orang menyukai anda.
Keseluruhan permainan ini sangat bergantung kepada seberapa sukanya orang lain terhadap anda.
Ia adalah model yang aneh untuk permainan video, terutamanya ia dihasilkan oleh syarikat seperti Playboy.
3. Sensible Train-Spotting
"Trainspotting" dikenali sebagai aktiviti melihat kereta api dan mencatatkan nombor enjin keretapi. Ini adalah hobi yang disukai oleh orang-orang di United Kingdom sejak Perang Dunia II.
Hobi ini sangat menarik untuk dinikmati secara peribadi tetapi anda juga melakukannya tanpa perlu keluar dari rumah.
Sensible Train-Spotting adalah permainan simulasi yang dikeluarkan pada tahun 1995 untuk konsol Amiga.
Seorang lelaki duduk di bangku ketika beberapa kereta api berlalu.
Apa yang perlu dilakukan adalah anda harus melihat nombor pada kereta api ketika mereka melepasi stesen dan memadankannya dengan nombor yang sudah ada.
Itu sahaja, mudah kan? Tahap kesukaran permainan meningkat setelah anda semakin ke hadapan dalam permainan, namun persoalannya adalah bila permainan ini akan berakhir?
2. Mister Mosquito
Pernah tak anda bayangkan apa perasaannya menjadi seekor nyamuk?
Permainan Mister Mosquito meletakkan anda di posisi seekor nyamuk comel yang perlu makan dan simpan makanan serta darah untuk musim sejuk yang akan datang.
Untuk menyelesaikan tugas-tugas ini, anda mesti mengganas dan menyerang keluarga Yamada yang sedang menikmati percutian musim panas tradisional di rumah percutian mereka.
Permainan ini ditunjukkan dari perspektif orang ketiga ketika anda menyedut darah dari keluarga tersebut.
Namun, anda perlu berhati-hati cuba untuk mengeluarkan darah, kerana ahli keluarga boleh memukul anda sehingga mati.
Nyamuk ini berubah warna serta saiz dan walaupun ia kelihatan lucu, namun ia adalah satu konsep yang aneh untuk sebuah permainan video.
1. Boong Ga Boong Ga
Kita telah membincangkan beberapa permainan yang sangat aneh, tetapi permainan ini adalah yang paling gila dalam senarai ini.
Boong Ga Boong Ga atau juga dikenali sebagai Spank 'Em, adalah permainan arked dengan matlamat asas menghukum watak-watak dengan memukul mereka.
Permainan ini mempunyai skrin besar, penumbuk dengan dua jari dan punggung dengan kaki ditutupi oleh pakaian.
Permainan ini bertujuan untuk membuat pemain ketawa dan menghilangkan tekanan.
Terdapat lapan pemain yang boleh dihukum, termasuk bekas teman wanita, gangster, mata duitan, pencabul kanak-kanak, bekas teman lelaki, ibu mertua, pelacur dan tukang scam.
Watak-watak ini boleh dihukum oleh pukulan tradisional atau dengan menggunakan kancho, yang merupakan prank oleh orang Jepun di mana anda mencucuk jari ke dalam lubang punggung.
Setelah permainan selesai, sekeping kad dikeluarkan oleh mesin dan menerangkan tingkah laku seksual pemain. Hadiah kecil juga boleh dimenangi sekiranya markah anda cukup tinggi.
Rujukan:
2. TV Tropes