Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak dapat diduga oleh sesiapa pun. Namun pasti semua di antara kita menyimpan hasrat untuk berjaya di masa hadapan.

Bak kata pepatah Melayu, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu".

Begitulah apa yang terjadi kepada senarai-senarai di bawah di mana penemuan tak sengaja mereka memberikan pulangan yang tersangat lumayan dan merubah segala-galanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 8 penemuan tak sengaja yang menjadikan penemunya kaya sekelip mata.

5. Komik Pertama Superman

komik aksi oleh dc comics jilid pertama tahun 1938

Penulis yakin ramai pembaca di sini suka baca komik adiwira dan sudah tentu anda tahu tentang komik-komik oleh DC Comics dari Amerika Syarikat kan?

DC Comics adalah syarikat penerbitan popular yang telah mencipta pelbagai watak adiwira terkenal seluruh dunia termasuklah Superman, Batman, Wonder Woman, Green Lantern dan ramai lagi.

Komik pertama yang menjadi komik aksi pertama terbitan DC Comics pada tahun 1938, merupakan komik paling berharga dan dicari-cari oleh para pengumpul. Komik tersebut memaparkan kemunculan awal Superman.

Satu naskah komik tersebut yang berada dalam keadaan baik telah dijual di eBay pada tahun 2014 dengan harga RM12.6 juta.

Dan terdapat seorang individu yang sangat bernasib baik telah menjumpai komik berharga ini yang digunakan sebagai bahan isian dalam dinding rumah barunya.

Walaupun keadaan komik tersebut tidak begitu baik, namun ia masih sangat berharga, mencecah RM732,000. Apa yang menarik adalah rumah di mana komik tersebut ditemui dibeli dengan harga RM41,800, kurang 6% daripada nilai komik tersebut.

4. Hoxne Hoard

hoxne hoard

Di antara salah satu daripada peninggalan Empayar Rom yang paling berharga dikenali sebagai Hoxne Hoard. Hoxne Hoard adalah barang peninggalan kerajaan Rom dalam bentuk koleksi emas dan perak.

Peninggalan yang boleh dikatakan sebagai harta karun ini telah ditemui secara tak sengaja di Great Britain pada tahun 1992 di Hoxne, Suffolk.

Ketika itu, seorang petani bernama Peter Whatling yang baru sahaja kehilangan tukulnya telah meminta bantuan daripada rakannya Eric Lawles untuk mencarinya.

Dengan bantuan pengesan logam, Eric menemui longgokan syiling emas dan perak, beserta dengan beberapa barang kemas dan sudu. Mereka juga dengan segera melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis dan kerajaan tempatan.

lokasi di mana hoxne hoard ditemui

Keesokan harinya, harta karun yang ditemui itu diisytiharkan bernilai RM7.3 juta, yang mana kerajaan bersedia untuk memberikannya kepada Eric Lawles.

Eric memutuskan untuk membahagikan wang tersebut sama rata dengan Peter Whatling, menjadikan mereka jutawan segera. Kini koleksi Hoxne Hoard dipamerkan di Muzium British.

3. Patung aksi untuk Tsar Nicholas II

patung aksi oleh faberge jewelry untuk tsar nicholas ii

Patung aksi atau action figure secara amnya tidaklah sama dengan mainan kanak-kanak. Ramai orang yang tersalah anggap dan menyamakan patung aksi ini sebagai alat permainan.

Patung aksi mempunyai rupa bentuk seperti alat permainan tetapi ia bertujuan untuk dipamerkan. Mengumpul patung aksi juga menjadi salah satu hobi menarik yang boleh menjana pendapatan lumayan.

Namun bagi George dan Betty Davis dari New York, mereka beranggapan tak ada sesiapa yang sangka patung aksi boleh menjadi sumber pendapatan.

Ketika mereka ingin membuang sampah dari rumahnya, pasangan ini telah menjumpai patung aksi yang menurut jangkaan mereka mempunyai nilai yang tinggi. Dan jangkaan tersebut adalah tepat.

Rupa-rupanya, patung aksi tersebut adalah buatan Faberge Jewelry yang ditujukan khas untuk bekas raja Rusia, Tsar Nicholas II. "Sampah" tersebut telah berjaya dijual dalam satu acara lelongan dengan harga mencecah RM21.8 juta.

2. Mutiara luar biasa

mutiara luar biasa ditemui di filipina

Terdapat pepatah mengatakan jika anda sabar, maka Tuhan akan membuka jalan untuk anda. Pepatah ini boleh diterapkan dalam kehidupan kita terutama ketika bekerja. Jika kita berniat baik dan sabar dalam bekerja, pasti satu hari nanti kita akan berjaya.

Itulah yang berlaku kepada nelayan dari Filipina yang telah menjumpai sesuatu yang telah mengubah nasib hidupnya selama-lamanya.

Adalah menjadi rutin harian bagi seorang nelayan untuk menjala ikan dan pada tahun 2006, nelayan ini memutuskan untuk menjala di Pulau Palawan.

Secara tak sengaja, sauh nelayan tersebut tersangkut pada sesuatu membuatkannya terpaksa turun ke dalam air untuk memeriksa.

mutiara luar biasa ditemui di filipina 2

Rupa-rupanya, sauhnya tersangkut pada tiram gergasi, yang membawa kepada penemuan mutiara yang luar biasa.

Tanpa mengetahui nilainya, nelayan tersebut menyimpan mutiara tersebut di bawah katilnya sebagai pembawa nasib yang baik.

10 tahun kemudian, mutiara ini mendapat perhatian orang ramai. Setelah diteliti, mutiara yang bersaiz 30 sentimeter lebar dan 67 sentimeter panjang dengan berat 34 kilogram tersebut dianggarkan bernilai melebihi RM418 juta.

1. Saham Coca-Cola

sijil saham palmer union oil company

Jika difikirkan sejenak, bermain saham adalah seperti berjugi. Jika anda bernasib baik, anda boleh kaya dengan sekelip mata tetapi jika sebaliknya, anda akan menanggung rugi besar.

Hanya mereka yang mempunyai mentaliti kuat sahaja boleh kekal dalam perniagaan saham. Seperti yang dilakukan oleh Tony Marohn, tak ada siapa dapat jangkakan hanya dengan RM20, beliau menjadi tersangat kaya pada hari ini.

Ia bermula apabila Tony membeli sebuah kotak berisi dokumen-dokumen dengan harga RM20. Selepas diperiksa, Tony mendapati bahawa di dalam kotak tersebut terdapat sijil 1,625 saham dalam Palmer Union Oil.

Dia kemudiannya mencari maklumat mengenai syarikat tersebut dan mendapati bahawa Palmer Union Oil telah bergabung dengan beberapa syarikat lain.

Rupa-rupanya, dengan pembelian kotak RM20 tersebut, Tony telah memiliki sejumlah saham kecil dalam syarikat gergasi dunia, iaitu Coca-Cola, yang mana nilainya mencecah RM544 juta.

Rujukan:

1. Guardian

2. NY Daily

3. Home




Hakcipta iluminasi.com (2017)