Walaupun perjalanan menggunakan kereta api masih dianggap sebagai salah satu cara paling selamat untuk perjalanan, ia kadang-kadang boleh membahayakan, bergantung kepada laluan dan perjalanan laluan serta kedudukan jambatan keretapi tersebut

Faktor-faktor seperti jenayah dan kemalangan adalah yang paling menjejaskan industri kereta api. iluminasi.com kongsikan 5 laluan kereta api yang paling berbahaya di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Death Railway - Myanmar

death railway

Laluan kereta api Death Railway dibina dengan titik peluh dan darah tawanan perang dan pekerja tempatan semasa Perang Dunia Kedua di bawah Empayar Jepun.

Ia menghubungkan Bangkok, Thailand ke Rangoon, Myanmar. Kereta api ini yang membawa penumpang pergi dan pulang dari 2 tempat ini melalui landskap berbahaya.

Ia sering digelarkan sebagai salah satu laluan kereta api yang paling berbahaya di dunia. Ia juga dikenali sebagai Keretapi Myanmar atau Kereta Api Thai-Myanmar dan dibina oleh buruh paksa.

Lebih daripada 12,000 tahanan tentera Allied dan 90,000 buruh awam mati ketika membina laluan melalui bentuk muka Bumi yang teruk dan keadaan kerja yang buruk.

The Hellfire Pass, kawasan pada laluan ini adalah yang paling sukar untuk dibina. Ia sangat terpencil dan buruh tidak mempunyai alat binaan yang baik.

Banyak perkuburan perang dan peringatan telah didedikasikan kepada mereka yang meninggal semasa pembinaan.

4. White Pass dan Yukon Route - Amerika Syarikat

white pass dan yukon route

White Pass dan Yukon Route adalah laluan kereta api sejauh 177 kilometer, yang dibina untuk menghubungkan Alaska dengan Kanada.

Kereta api kini membawa pelancong sepanjang laluan ini. Dikatakan bahawa orang-orang yang mengembara laluan ini sangat berani, kerana laluan itu melalui ketinggian, belokan, dan latar belakang yang berbahaya.

Beberapa jambatan di laluan ini mencapai ketinggian hampir 1,000 meter.

Walaupun perjalanan kereta api menawarkan pemandangan lanskap Alaskan-Kanada yang indah, namun beberapa ciri-ciri laluan ini memboleh membawa maut.

Pada tahun 2006, kecelakaan serius oleh kereta api ini menyebabkan kematian seorang pekerja. Sekali lagi pada 2014, kereta api itu tergelincir menyebabkan kecederaan kepada 19 penumpang dan empat pekerja kereta api.

Terowong sempit dan gelap menjadikan laluan ini lebih menakutkan.

3. Kuranda Scenic Railway - Australia

kuranda scenic railway

Laluan Kuranda Scenic Railway menghubungkan Cairns dan Kuranda di Queensland dan terkenal dengan pemandangan indahnya serta perjalanan yang menakutkan.

Laluan sepanjang 37 kilometer ini melalui 15 terowong, 93 selekoh tajam dan lebih daripada 40 jambatan yang melepasi tebing dan air terjun.

Lebih menarik, air terjun di sekeliling akan menyemburkan air kepada penumpang yang melaluinya.

Kebanyakan penumpang telah melaporkan bahawa mereka agak tidak selesa dengan perjalanan ini.

Jambatan di tebing boleh menjadi agak curam dan melalui kawasan yang berbahaya.

Pembinaan laluan ini bermula pada tahun 1886, siap pada tahun 1891 dan operasi bermula pada tahun yang sama pada 25 Jun 1891.

Sehingga tahun 2010, tidak ada kemalangan yang berlaku. Namun pada tahun 2010, tanah runtuh telah menggelincirkan kereta api yang menyebabkan kecederaan 5 orang penumpang. Laluan keretapi yang indah ini adalah kebanggaan dan warisan Australia.

2. Minamiaso Route - Jepun

minamiaso route

Laluan Minamiaso dibina di sekitar Gunung Aso yang merupakan gunung berapi paling aktif di Jepun.

Semasa menaiki kereta api ini, penumpang biasanya dapat melihat pembakaran lava dari jarak jauh.

Tiada siapa yang tahu bila gunung berapi ini akan meletus dan jika ia meletus, maka laluan kereta api ini akan hancur lebur.

Jika anda cukup berani, maka ini adalah perjalanan keretapi yang anda patut cuba.

Pada tahun 1928, keseluruhan laluan keretapi dibuka kepada orang ramai. Dalam kejadian gempa bumi Kumamoto pada tahun 2016, jambatan keretapi ini rosak teruk.

Sejak itu jambatan itu menjadi rapuh dan tidak kukuh. Selepas gempa bumi, penggunaan laluan kereta api ini telah berkurangan.

Lanskap kawan ini bukan sahaja indah tetapi juga menakutkan disebabkan persekitaran gunung berapi aktif dan jambatan yang berbahaya.

1. Chennai-Rameswaram Route - India

chennai rameswaram route

Menyambungkan 2 bandar di India iaitu Chennai dan Rameswaram adalah laluan keretapi yang di atas jambatan sepanjang 2.3 kilometer.

Laluan keretapi ini melintas secara langsung di atas Lautan Hindi. Jambatan ini boleh dipisahkan bagi membenarkan kapal melaluinya.

Kereta api yang mengikuti laluan ini berisiko tinggi kerana kehadiran angin kuat yang boleh menghumbankannya ke dalam laut dengan mudah.

Inilah sebabnya kenapa pengurusan memastikan kereta api ini melintasi jambatan ini pada kelajuan yang rendah.

Bahagian tengah Jambatan Pamban adalah bahagian paling berbahaya pada landasan keretapi ini.

Bahagian ini terdedah kepada angin ribut dan pasang surut yang menjadikannya lebih berbahaya bagi penumpang.

Jambatan ini terletak di persekitaran yang paling menghakis kedua terburuk di dunia selepas Florida. Ini telah menjadikan penyelenggaraan jambatan sebagai tugas yang sangat mencabar.

Pada tahun 1964, 150 penumpang terbunuh selepas lonjakan ribut 7.7 meter yang melanda kereta api di kawasan ini. Jambatan Pamban juga merupakan jambatan keretapi yang paling berbahaya di dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)