Bagi kebanyakan orang, tempat kerja tempat yang membosankan. Bergantung kepada jenis pekerjaan anda, risiko kematian dan kecederaan semasa bekerja adalah kejadian yang jarang berlaku namun tetap boleh terjadi. Mengikut undang-undang, keselamatan tempat kerja adalah tanggungjawab majikan.
Di Malaysia, memastikan keselamatan tempat kerja terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan sekiranya terdapat kemalangan di tempat kerja, JKKP akan melakukan kajian menyeluruh. Sekiranya majikan didapati tidak menyediakan tempat kerja yang selamat, mereka boleh didakwa.
BESARKAN TEKS A- A+
Dalam sejarah, kita telah merekodkan banyak kejadian kemalangan di tempat kerja. Kemalangan ini boleh berpunca daripada pelbagai sebab antara kecuaian pekerja itu sendiri, kawasan tempat kerja yang tidak selamat dan sebagainya.
Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan 5 kemalangan di tempat kerja yang paling dahsyat pernah direkodkan.
Kebakaran Kilang Ali Enterprise (2012) - 264 kematian
Ali Enterprise ialah sebuah kilang tekstil di bandar Pakistan yang sibuk di Karachi. Pada suatu petang kebakaran berlaku, dimulakan oleh dua ahli kumpulan yang bertindak balas terhadap pemilik kilang itu kerana enggan membayar wang pemerasan sebanyak 1.2 juta (USD).
Walaupun kebakaran adalah kesalahan penjenayah, piawaian keselamatan yang rendah memburukkan keadaan. Kilang itu adalah siri kompleks pintu berkunci dan tingkap berpalang, bersama-sama dengan ruang bawah tanah tanpa tingkap di mana kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat terperangkap.
Masa tindak balas yang lemah memburukkan lagi keadaan apabila kebakaran di kilang Ali Enterprises berkembang menjadi api besar yang marak hingga ke malam. Apabila kebakaran padam, pasukan keselamatan pertama telah membawa keluarl mayat 264 pekerja kilang pakaian itu - jumlah yang mengejutkan.
Tragedi Kawasan Perlombongan Courrières (1906) - 1000 kematian
Terletak berhampiran bukit Pas-de-Calais di utara Perancis, bencana perlombongan Courrières adalah salah satu yang paling dahsyat dalam sejarah Eropah. Beberapa hari sebelum bencana itu, pekerja melaporkan bau asap toksik yang disyaki berpunca dari dalam lombong, tetapi kerja tetap berjalan seperti biasa.
Pada 9 Mac, kebakaran kecil berlaku di salah satu daripada lokasi tempat kerja dalam lombong tersebut, Percubaan untuk memadam api tidak berjaya. Keesokan harinya pada 10hb, apabila lombong berada pada kapasiti penuh, api mencapai asap toksik ituv dan menyebabkan api menyambar sebahagian besar lombong.
Hampir 1,100 orang maut serta-merta dalam kebakaran itu, sama ada disebabkan oleh sesak nafas dalam asap atau oleh beberapa siri runtuhan dalam terowong yang disebabkan oleh letusan.
Hanya beberapa orang yang terselamat berjaya keluar dari kejadian itu dalam keadaan hidup. Sebahagiannya berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam lombong itu dan hanya berjaya dibawa keluar selepas 20 hari.
Letupan Pelabuhan Chicago (1944) - 320 kematian
Semasa kemuncak Perang Dunia Kedua, Pelabuhan Chicago California adalah bandar pelabuhan penting yang kerap digunakan oleh tentera Amerika sebagai cara untuk membekalkan senjata dalam konflik yang berterusan dengan Empayar Jepun.
Pertempuran sengit yang berlaku di Teater Pasifik bermakna peluru sentiasa diperlukan di bahagian hadapan. Pada petang 17 Julai, SS Quinault Victory dan SS E.A. Bryan sedang dimuatkan dengan 4,600 tan bahan letupan apabila kedua-dua kapal meletup.
Letupan itu meragut nyawa 320 pekerja, meratakan sebahagian besar pelabuhan dan bangunan sekitarnya. Masih tidak jelas sehingga hari ini apa yang menyebabkan peluru itu meletup. Walau bagaimanapun, secara meluas dipercayai bahawa kekurangan latihan membawa kepada satu siri kesilapan yang membawa maut ini.
Tragedi Bhopal (1984) - 15 ribu kematian
Bencana Bhopal berlaku di bandar India yang mempunyai nama yang sama pada tahun 1984. Sebuah loji racun serangga di dalam bandar itu mengalami kebocoran gas besar yang kemudiannya membanjiri kawasan berhampiran dengan tahap gas metil isosianat yang membunuh.
Gas itu menembusi jauh ke kawasan berpenduduk tinggi di bandar itu dan membunuh beribu-ribu orang. Kepanikan yang menyusuli bencana mengejut ini membawa kepada angka kematian yang lebih tinggi apabila orang ramai memijak satu sama lain ketika mereka cuba melarikan diri.
Lebih 15,000 orang terkorban akibat kebocoran gas itu. Siasatan lanjut oleh kerajaan India, mendedahkan bahawa tahap keselamatan ya rendah dan prosedur keselamatan yang lemah adalah punca utama atas kehilangan nyawa yang besar ini.
Sehingga hari ini, tapak kejadian masih tercemar teruk. Mereka yang bernasib baik untuk terselamat dalam kemalangan itu telah melaporkan mengalami beberapa siri masalah pernafasan bersama-sama dengan kecacatan kelahiran pada anak-anak mereka.
Loji Nuklear Chernobyl (1986) - Angka kematian sebenar tidak diketahui
kemalangan tempat kerja yang paling terkenal dalam sejarah, tragedi yang berlaku di loji tenaga nuklear di Chernobyl kekal sebagai salah satu yang paling dahsyat dari segi kesan berpanjangan terhadap alam sekitar.
Pada 26 April, sebuah reaktor di loji itu tiba-tiba meletup dan menembak sisa nuklear ke udara. Disebabkan oleh peralatan yang rosak dan tahap pengurusan yang lemah, tragedi Chernobyl adalah contoh yang sempurna untuk segala-galanya menjadi salah sekaligus.
Walaupun angka kematian rasmi ialah 31 orang, kemungkinan besar adalah lebih tinggi. Pada masa bencana itu, kerajaan Soviet tidak mahu mengakui betapa teruknya bencana itu. Kawasan sekitar Chernobyl masih tidak boleh didiami dan kemungkinan besar akan kekal begitu selama beberapa dekad.
Kredit: