Oleh pada 06 Aug 2018 kategori

Kuasa nuklear sering kali dinyatakan sebagai kuasa yang bersih kerana rendah karbon dan lebih produktif untuk tenaga masa hadapan. Walaupun begitu, manusia menjangkakan kemalangan pasti akan berlaku.

Oleh kerana kuasa nuklear ini menghasilkan bahan buangan yang boleh menjejaskan populasi manusia dan alam sekitar, menjadikan cadangan menggunakan kuasa ini amat membimbangkan. Kami ingin kongsikan bersama anda 10 kemalangan loji dan reaktor nuklear paling teruk pernah berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Reaktor Lucens

lucens

Sebahagian besar kemusnahan yang belaku di reaktor nuklear Lucens, Sweden merupakan kisah pengendalian bahan nuklear yang betul. Fasiliti nuklear yang menjadi pemicu kuasa nuklear di Sweden ini dibina di dalam sebuah gua.

Berpunca dari salah satu sistem penyejuknya yang bermasalah, telah menyebabkan permasalahan pada reaktor utamanya yang belaku pada tahun 1969 hanya beberapa bulan sahaja setelah beroperasi.

Kejadian ini mengakibatkan gua itu tercemar dengan radiasi nuklear. Pihak berkuasa Sweden telah menutup gua itu dan membersihkannya. Tiada kehilangan jiwa yang dilaporkan dan merupakan kejadian paling ringan di dalam senarai ini.

9. Three Mile Island

three mile island 680

Dari segi kesan kesihatan dan impak lain, kemalangan di Three Mile Island ini tidaklah begitu besar. Namun begitu ia merupakan kemalangan nuklear terburuk yang berlaku di Amerika Syarikat sehingga kini. Kemalangan ini terkenal bukan kerana apa yang terjadi akan tetapi apa yang mungkin boleh terjadi.

Kemalangan nuklear di sini menjadi peringatan penting tentang betapa dekatnya beberapa reaktor dan loji nuklear ini dengan kawasan populasi manusia dan kesan buruknya jika ia berlaku. Tempat ini dinamakan The Three Mile Island kerana ia hanya terletak 3 batu sahaja dari Middletown, Pennsylvania.

Terdapat juga 3 bandar yang berada di dalam lingkungan 25 batu persegi dari tempat kejadian iaitu York, Harrisburg dan Lancaster. Kesemua kawasan ini mempunyai risiko yang sangat besar dicemari radioaktif.

8. Kemalangan Nuklear Kapal Selam Soviet K-19

soviet k 19

Nikolai Vladimirovich Zateyev merupakan komander kepada kapal selam K-19 sewaktu krisis besar ini berlaku. Semasa itu K-19 sedang menjalankan operasi menggali di utara lautan Atlantik apabila terjadinya kerosakan pada salah satu sistem penyejuk reaktor nuklearnya. Apa yang berlaku selepas itu merupakan sesuatu yang memalukan.

Zateyev menolak bantuan daripada kapal perang Amerika yang berdekatan. Apabila anak kapalnya mula merasa jengkel akan arahannya, dia merampas kesemua senjata mereka dan membuangnya ke dalam laut. Kapal K-19 yang penuh pencemaran nuklear itu berpatah balik ke pengkalan menggunakan enjin dieselnya. Kapal selam K-19 ini dikira sebagai bencana mekanikal dan digelar sebagai “Hiroshima” oleh tentera laut Soviet.

7. USS Thresher yang tenggelam

uss thresher

USS Thresher merupakan kapal selam yang menggunakan kuasa nuklear dengan teknologi tercanggih masa itu. Malangnya, pihak pengeluarnya terlepas pandang satu perkara kecil, iaitu memastikan kapal ini boleh terapung di atas air. Kapal selam ini dilancarkan pada 1960 dan telah melalui beberapa siri ujian di lautan Caribbean dan pantai Atlantic di Amerika.

Masalah pertama dengan Threster ini ialah pada 1961 apabila kapal ini terpaksa di “jump start” oleh satu lagi kapal iaitu USS Cavalla. Dijangkiti oleh masalah mekanikal, USS Thresher di bawa pula ke utara untuk dibaik pulih.

Setelah itu kapal selam ini memulakan selaman pertama setelah dibaiki. Malangnya beberapa hari kemudian ia dengan secara rasminya diisytiharkan tenggelam dan mengorbankan 129 penumpang bersamanya.

6. Kebakaran Windscale

windscale

Perlumbaan senjata selepas Perang Dunia II sedang rancak berlangsung dan United Kingdom juga tidak mahu ketinggalan. Dalam usaha membangunkan bom atom pertama mereka, pihak British membina 2 reaktor iaitu Windscale No 1 dan Windscale No 2.

Pada Oktober 1957 ketika proses 3 hari penyejukan berlangsung, terjadi kebakaran di Pile No 1. Jumlah kematian keseluruhan dianggarkan seramai 200-240 orang berpunca dari kebakaran dan kenser akibat pelepasan pencemaran bahan radioaktif.

Pada mulanya percubaan memadam kebakaran dilakukan dengan membuka kipas-kipas pada reaktor itu secara maksimum namun apa yang terjadi ialah api semakin marak. Siraman air juga tidak berjaya. Akhirnya barulah para jurutera sedar bahawa menyekat laluan oksigen akan membantu memadamkan kebakaran.

5. Kemalangan Goiânia, Brazil

goi nia brazil

Kadangkala manusia menjadi kreatif dalam menyebarkan pencamaran radioaktif. Institut perubatan radiotherapy di Goaiano merupakan salah satu kes berkenaan. Masalah bermula apabila mereka meninggalkan beberapa peralatan radiological di tempat lama mereka beroperasi setelah berpindah.

Kemudian para pengumpul barangan lusuh telah mengambilnya dan beberapa kali sudah bertukar tangan dan dijual. Akhir skali ia sampai di tempat pelupusan sampah. Kejadian malang itu berlaku apabila peralatan radiological itu cuba diketuk untuk diceraikan.

4 orang yang terlibat dengan alatan itu dilaporkan maut manakala 249 orang berdekatan telah positif terdedah dengan bahan radioaktif. Cara bagaimana radioaktif ini boleh tersebar, kemalangan di Goiana ini mungkin merupakan yang paling unik pernah berlaku.

4. Kemalangan Radiotherapy di Zaragoza, Spain

zaragoza radiotherapy

Salah satu lagi kemalangan di dalam bidang radio-therapeutic ialah di sebuah klinik di Zaragoza pada tahun 1990. 11 pesakit mati rentung manakala 16 yang lainnya cedera. Antara kecederaannya ialah kebakaran kulit, organ dan juga tulang sumsum.

Berpunca dari pemeriksaan tahunan yang lambat, kejadian ini dianggap sesuatu yang sangat malang. Walaupun ia tidak tersebar seperti kemalangan di Goiânia, Brazil namun ia membuktikan maut kepada sesiapa yang terdedah secara langsung.

3. Malapetaka Kyshtym

kyshtym

Apabila dikalahkan dari segi teknologi nuklear oleh musuh mereka semasa perang dingin iaitu Amerika, pihak Soviet Union menjadi terdesak untuk mengejar. Salah satu hasilnya ialah apabila mereka membina satu bandar tertutup bernama Ozyorsk yang dikelilingi oleh fasiliti nuklear yang diberi nama Mayak.

Bahan buangan radioaktif telah disalurkan ke dalam Sungai Techa (yang kemudian melalui Sungai Ob dan akhirnya ke Lautan Arctic) dan kemudian tersimpan di Tasik Karachay (salah satu tempat paling tercemar di dunia).

Jika kejadian ini masih belum mencukupi, pada 29 September 1957 terjadi pula satu letupan yang menyebabkan lebih separuh juta orang terdedah kepada pelbagai tahap radiasi. Kebanyakan penduduk di sepanjang Sungai Techa dipindahkan seminggu kemudian dan pelbagai penyakit pelik yang menimpa mereka.

2. Fukushima Daiichi

fukushima daiichi 76

Untuk sebab yang tidak diketahui, pihak Jepun memikirkan ianya idea yang bagus untuk meletakkan jana kuasa nuklear berhampiran persisiran pantai yang kerap dilanda gempa bumi dan tsunami. Stesen nuklear yang beroperasi pada 1971 itu bagaimanapun sedikit mengejutkan kerana bertahan lebih 40 tahun.

Namun pada 11 Mac 2011, kejadian alam iaitu gempa bumi yang besar disusuli tsunami telah berlaku dan ini menyebabkan Fukushima Daichi (Fukushima 1), yang merupakan salah satu daripada 15 jana kuasa nuklear terbesar dunia musnah. Apabila sistem penyejuk dibanjiri air laut, reaktor menjadi semakin panas dan apabila pita merah dilekatkan untuk penutupan, ianya sudah terlambat untuk mengelak bencana.

Hasilnya ialah seluas 20km persegi dari kawasan bencana dikenalpasti telah dicemari. Namun begitu mereka bernasib baik kerana ciri geografinya yang menghalang dari ia tersebar lebih luas dan mungkin membahayakan populasi penduduk.

1. Chernobyl

chernobyl

Semenjak 1986, bencana yang terjadi di Chernobyl ini telah mengilhamkan pelbagai mitos popular. Satu kawasan seluas 30km telah dikosongkan dan tidak dihuni lagi sehingga hari ini.

Chernobyl merupakan sebuah pekan kecil dan kejadian di sini menjadi simbol tentang regim Soviet yang lebih cenderung untuk menutup kemalangan ini lebih dari membantu mangsa yang terlibat. Pelbagai filem dan permainan video yang mengambil tempat dan kisah kejadian di sini sebagai latar belakang konsep mereka di antaranya terdapat makhluk pelik yang menjadi penghuni di sini.

Bukan itu sahaja malah cerita mengenai para petugas keselamatan yang terlibat pada hari kejadian ini juga banyak diceritakan. Pelbagai penyakit misteri yang melanda mereka yang telah terdedah kepada radiasi nuklear ini. Sememangnya menyeramkan melihat sebuah penempatan manusia yang ditinggalkan dalam masa sehari dan terbiar sehingga ke hari ini.

Rujukan:

10 nuclear radioactive accident

History nuclear accidents




Hakcipta iluminasi.com (2017)