Oleh pada 11 Aug 2018 kategori

Dalam sebahagian besar sejarah manusia, penguasaan maritim menjadi perkara utama yang diberikan perhatian oleh kuasa-kuasa utama di dunia. Seperti kata pepatah, 'Siapa yang memerintah laut, memerintah dunia".

Memandangkan kekangan teknologi sedia ada, air adalah satu-satunya cara yang boleh digunakan untuk meliputi jarak jauh dari satu benua ke yang lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jelas sekali, ini membawa kepada banyak konflik antara negara-negara, dan terdapat banyak kapal menemui ajal di dasar laut.

Sebahagian daripada bangkai kapal ini telah ditemui dan berubah menjadi tempat untuk kajian sejarah.

Dan kapal karam yang paling terkenal di dunia sudah tentunya RMS Titanic, namun terdapat banyak lagi kapal karam yang lebih menarik daripada kisah titanic.

1. HMHS Britannic

hmhs britannic

Kapal Britannic adalah adik beradik kepada Titanic yang dibina oleh syarikat yang sama iaitu White Star Line. Ia dibina selepas daripada karamnya kapal Titanic, jadi sudah tentu perubahan dilakukan untuk menjadikannya lebih bereputasi.

Beberapa bot penyelamat tambahan ditambah di sekitar bilik dandang, bilik enjin dan kawasan lain yang terdedah kepada iceberg.

Apabila ia siap dibina, kapal Britannic adalah lebih besar daripada Titanic dan boleh dibuat sebagai kapal pesiaran yang sangat baik.

Namun, terdapat satu masalah kecil, Perang Dunia Pertama telah bermula dan kapal ini diminta oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk digunakan sebagai kapal hospital.

bangkai kapal hmhs britannic

bangkai kapal hmhs britannic 1

bangkai kapal hmhs britannic 2

Bertentangan dengan Titanic, Britannic bertahan selama satu tahun sebelum karam disebabkan oleh serangan pihak musuh. Ia mungkin tidak begitu dikenali pada hari ini kerana kebanyakan daripada penumpangnya berjaya menyelamatkan diri. 

Daripada 1,000 penumpang yang berada di atas kapal, hanya 30 orang sahaja yang terkorban.

Jacques Cousteau menemui bangkai kapal itu beberapa dekad kemudian dan agak terkejut apabila mendapati ia berada dalam keadaan yang luar biasa.

Semasa tahun 1990-an dan 2000-an, beberapa ekspedisi turun untuk melawat dan memfilemkan bangkai kapal itu.

Yang terbaru adalah pada tahun 2012, apabila penyelam memasang alatan untuk merakam dan memantau pertumbuhan bakteria pada kapal dan membandingkannya dengan Titanic.

2. RMS Lusitania

kapal rms lusitania

Lusitania berkongsi sejarah yang sama dengan Titanic. Namun ia sebenarnya didahului oleh beberapa tahun, menjadi kapal terbesar di dunia sebelum ia dikalahkan oleh "adiknya", Mauretania.

Ia kemudiannya mempunyai persamaan yang lebih kuat dengan Britannic, kerana juga tenggelam semasa Perang Dunia I.

Pada tahun 1915 RMS Lusitania telah ditenggelamkan oleh bot-U Jerman, yang telah menyebabkan kekacauan besar.

Pihak Jerman dituduh melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan tembakan tanpa memberi amaran kepada kapal bukan tentera.

bangkai kapal rms lusitania

bangkai kapal rms lusitania 1

Namun, pihak British juga telah melanggar undang-undang perang antarabangsa kerana menggunakan kapal Lusitania untuk mengangkut peluru perang dengan harapan Jerman tidak menyedari dan tidak menyerang mereka.

Hari ini, kapal Lusitania boleh ditemui berhampiran rumah api di Kinsale. Tidak seperti bangkai yang karam pada zamannya, kapal Lusitania memburuk dengan agak cepat dan teruk.

Pakar-pakar menganggarkan menurut kadar pereputan yang dialami, bangkai kapal ini tak lama lagi akan rebah menyembah bumi sepenuhnya. 

3. Nuestra Señora de Atocha

ilustrasi kapal nuestra se ora de atocha

Kali ini kita pergi agak jauh ke masa belakang ke era kapal lanun dan khazanah lagendah. Nuestra Señora de Atocha adalah kapal kebangaan armada Sepanyol yang karam dengan muatan harta karun antara yang paling besar dalam sejarah maritim.

Semua ini berlaku pada tahun 1622. Kapal Atocha sepatutnya membuat pelayaran dari Havana ke Sepanyol membawa kargo yang mengandungi muatan emas, perak, permata, tembakau, tembaga dan lain-lain yang tersangat banyak. 

Dalam perjalanan, kapal ini berhadapan dengan ribut taufan yang merosakkan bahagian badan kapal dengan teruk dan memastikan Atocha dan segala muatannya termasuk krew-krew kapal tenggelam.

Ia tidak menghairankan untuk mengetahui bahawa pihak berkuasa tidak begitu peduli terhadap nyawa yang terkorban seperti mana mereka mempedulikan harta yang tenggelam.

bangkai kapal nuestra se ora de atocha

bangkai kapal nuestra se ora de atocha 1

Untuk bertahun lamanya, pihak berkuasa Sepanyol menghantar beberapa kapal untuk mencari kapal yang berharga ini.

Walaupun mereka berjaya untuk mendapatkan kembali sebahagian besar kargo dari kapal Saint Margarita (satu lagi kapal dari armada yang turut karam), namun, Atocha tidak berjaya ditemui.

Namun semuanya berubah pada tahun 1985 apabila pemburu harta karun profesional, Mel Fisher menemukan kapal ini. Dan tidak mengejutkan, Mel Fisher berhadapan dengan tentangan dari pihak lain yang menuntut khazanah ini, khususnya negeri Florida.

Apa yang paling mengejutkan adalah, struktur "sterncastle" kapal ini masih belum ditemui. Ia merupakan kawasan kapal yang paling selamat dan tempat di mana harta yang paling berharga disimpan.

4. Whydah Gally

kapal whydah gally

Masa untuk kapal lanun pula. Penulis mulakan dengan lanun separa-terkenal yang lebih berhak menerima kredit dan pengiktirafan yang sepatutnya, iaitu "Black Sam" Bellamy.

Tak kiralah bagaimanapun anda melihatnya, Bellamy adalah lanun yang paling berjaya: dia menenggelamkan atau menakluki paling banyak kapal dan mengumpulkan harta terbesar, iaitu sekitar RM480 juta wang moden.

Walaubagaimanamun, Black Sam tak sempat untuk menikmati harta yang dirampasnya.

lanun black sam

loceng kapal whydah gally

harta yang dijumpai bersama bangkai whydah gally

Kapal miliknya yang dikenali sebagai Whydah Gally telah tenggelam ketika ribut besar pada tahun 1717 yang menyebabkan Black Sam dan semua krewnya serta harta-harta tenggelam ke dasar laut.

260 tahun kemudian, Whydah Gally telah ditemui menggunakan peta bangkai yang dihasilkan oleh kaptennya yang pada mulanya menyiasat bangkai kapal ini pada tahun 1717.

Pada loceng kapal, tulisan "The Whydah Gally 1716" ditemui, menjadikan ini sebagai kapal lanun yang pertama dikenalpasti. 

Sejak itu, lebih daripada 200,000 kepingan terlah ditemui termasuklah bertan-tan harta dalam bentuk syiling emas dan perak.

5. Queen Anne’s Revenge

model kapal queen anne s revenge

Walaupun ia hanya mengganas di lautan untuk tempoh yang singkat, Revenge Queen Anne telah memasuki buku sejarah sebagai salah satu kapal yang paling menakutkan.

Status adalah hasil daripada kapten kapalnya, iaitu Blackbeard. Pada tahun 1717, lanun ini menggunakannya sebagai kapal utamanya selama kurang daripada satu tahun sebelum menenggelamkannya, yang mana dikatakan sebagai perkara yang disengajakan.

Nasib kapal ini kekal sebagai satu misteri sehingga tahun 1996 apabila bangkai kapal yang baru yang disangkakan sebagai kapal terkenal ini telah ditemui.

bangkai kapal queen anne s revenge

bangkai kapal queen anne s revenge 1

sauh kapal queen anne s revenge 1

Namun, proses mengenal pasti bahawa ia adalah kapalRevenge Queen Anne mengambil masa yang lama.

Beribu-ribu artifak telah ditemui, tetapi tidak ada satu pun daripadanya memberikan bukti muktamad terhadap identiti sebenar kapal tersebut.

Malah, National Geographic Society mengambil masa sehingga tahun 2011 sebelum merasa yakin untuk mengesahkan kapal tersebut sebagai Revenge Queen Anne.




Hakcipta iluminasi.com (2017)