Lautan telah lama menjadi tempat bahaya dan misteri yang besar sepanjang kewujudan manusia. Walaupun pada zaman kontemporari masa kini dengan pelbagai teknologi baru, perjalanan melalui air dalam dan laut bergelorara masih menjadi usaha yang sukar dan mencabar.

Tragedi tenggelamnya kapal Titanic pada tahun 1912 tidak diragukan lagi merupakan bencana maritim yang paling terkenal setakat ini. Walau bagaimanapun, terdapat banyak tragedi maritim lain yang sebenarnya lebih tragis atau setaraf dengan tragedi tenggelamnya kapal Tianic.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah antara 5 bencana maritim yang lebih tragis daripada Titanic sama ada dari segi jumlah mangsa korban atau kesannya kepada manusia

1. Letupan kapal Sultana (1865)

letupan sultana

Menjelang pertengahan abad ke-19, teknologi enjin berkuasa wap sudah wujud dan semua jentera atau kenderaan besar seperti kereta api, jentera berat, dan juga bot menggunakan beberapa bentuk enjin stim untuk beroperasi. Kapal Sultana juga turut dikuasakan dengan enjin wap.

Sultana sedang belayar ke Sungai Mississippi apabila ia berhenti di Vicksburg untuk menangani beberapa isu yang dihadapi oleh bot itu di bilik dandangnya. Walaupun masalah tersebut sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu, kapten kapal J. Cass Mason memutuskan untuk meneruskan perjalanan.

Hanya beberapa hari kemudian, selepas meninggalkan Memphis, dandan bermasalah itu meletus membunuh 1,195 daripada 2,000 penumpang di atas kapal. Ia masih kekal hari ini sebagai kemalangan maritim paling maut dalam sejarah AS.

2. Pertempuran Algeciras Kedua (1801)

pertempuran algeciras kedua

Semasa Perang Napoleon pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19, Britain dan Perancis berada dalam konflik yang berterusan antara satu sama lain di laut. Sepanyol, sekutu Perancis pada masa itu, gembira membantu Perancis mengalahkan tentera laut British.

Pada malam 12 Julai 1801, kontinjen kecil Sepanyol mendapati diri mereka dalam pertempuran dengan HMS Superb, sebuah kapal yang agak kecil tetapi lincah. Terima kasih kepada beberapa gerakan bijak dari kapten British, dua kapal Sepanyol, Real Carlos dan San Hermenegildo tidak dapat menghalang kapal British daripada melarikan diri.

Disebabkan oleh jarak penglihatan yang rendah disebabkan oleh waktu malam dan huru-hara pertempuran, San Hermenegildo menyangka Real Carlos sebagai HMS Superb dan melepaskan tembakan meriam sisi lebar pada jarak dekat.

Real Carlos bertindak balas dan tidak lama kemudian kedua-dua kapal Sepanyol cuba memusnahkan satu sama lain. Bencana ini berakhir dengan letupan yang dahsyat dan menyebabkan kebakaran besar kedua-dua buah kapal. Hampir 1,500 kelasi Sepanyol terkorban.

3. Dona Paz (1987)

dona paz 622

Pada penghujung jam 20 Disember 1987, feri Dona Paz dari  Filipina yang menuju ke Catbalogan bertembung dengan kapal tangki bahan api, MT Vector. Disebabkan tragedi ini berlaku waktu tengah malam, kebanyakan penumpang sedang tidur ketika perlanggaran berlaku.

Bahan api pada kapal tangki itu dengan cepat terbakar dan api kemudian merebak ke Dona Paz dengan begitu pantas. Kebanyakan penumpang bangun dalam keadaan panik secara tiba-tiba dan berebut-rebut ingin menyelamatkan diri. Dona Paz mempunyai jumlah bot penyelamat yang tidak mencukupi dan tidak mempunyai jaket keselamatan.

Kedua-dua Dona Paz dan MT Victor tenggelam dalam masa beberapa jam sahaja. Ia kemudiannya ditentukan oleh Mahkamah Agung Filipina bahawa pengendali MT Victor dipersalahkan atas kejadian itu. Pemilik kapal itu didapapati beroperasi tanpa lesen dan tidak menghiraukan protokol keselamatan biasa.

Bencana Dona Paz kekal sebagai kemalangan maritim paling maut dalam sejarah (untuk kategori bukan peperangan). Secara keseluruhan, 4,386 orang meninggal dunia dalam tragedi ini.

4. MV Le Joola (2002)

mv le joola

mv le joola eej35

Pada 26 September 2002 MV Le Joola, sebuah feri yang dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan Senegal terbalik di luar pantai Gambia. Feri itu belayar melebihi kapasiti apabila ia dilanda ribut.

MV Le Joola juga dikatakan tidak mempunyai peralatan keselamatan yang sesuai seperti rakit penyelamat dan jaket keselamatan. Daripada 2,000 orang di atas kapal, hanya 64 yang terselamat.

Kejadian tragis MV Le Joola kekal sebagai insiden maritim kedua paling maut yang hanya diatasi oleh Dona Paz.

5. Letupan Halifax

letupan halifax

Pada kemuncak Perang Dunia Pertama, Halifax di Kanada menghadapi tragedi yang mengejutkan penduduk bandar itu. Letupan besar yang berpunca daripada kapal amunisi telah memusnahkan pelabuhannya.

Ketika tragedi itu berrlaku sebuah kapal wap Perancis, SS Mont-Blanc sedang menyeberangi Lautan Atlantik untuk menghantar bekalan kepada usaha perang di Eropah. Imo, sebuah kapal bekalan Norway secara tidak sengaja berlanggar dengan kapal Perancis itu dan menyebabkan beberapa siri kebakaran kecil.

Sebaik sahaja kebakaran mencapai anggaran 2,925 tan bahan letupan di atas kapal, kapal itu meletus dalam sekelip mata. Letupan itu sangat kuat sehingga menimbulkan tsunami buatan manusia di pelabuhan yang mendatangkan malapetaka di bandar itu. Halifax kehilangan hampir 2,000 nyawa, dan 1,600 bangunan, sebagai tambahan kepada 9,000 yang cedera.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)