Angkat tangan jika anda salah seorang peminat fanatik filem Titanic.
Filem yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1997 ini adalah berdasarkan tragedi kapal karam pada tahun 1912 yang menyayat hati, selepas melakukan pelayaran dari Southampton, England ke New York, Amerika Syarikat.
BESARKAN TEKS A- A+
Cerita ini memaparkan gambaran sebenar tragedi ketika pelayarannya namun objek-objek yang terselamat daripada insiden ini lebih menceritakan kisah kehidupan sebenar yang berlaku di atas Titanic.
Berdekad-dekad kemudian, barang-barang ini menjadi tersangat bernilai dan menjadi kegilaan pengumpul. iluminasi.com kongsikan 5 barang paling mahal pernah dijual yang terselemat dari tragedi kapal Titanic tahun 1912.
5. Jam poket
Jam poket ini adalah milik seorang pelayan di kapal yang bernama Edmund Stone. Beliau adalah pramugara kelas pertama dan juga individu yang memegang kunci induk bagi kabin kelas pertama.
Jam tangan itu berhenti berdetik pada jam 2:16 pagi, kemungkinan besar adalah saat yang tepat di mana Edmund Stone mendarat dalam air sejuk di lautan Atlantik.
Apabila ia dijual pada tahun 2008, jam poket ini mencipta rekod sebagai objek yang terselamat daripada Titanic yang paling mahal, dijual dengan harga RM616,000 namun rekod ini telah dipecahkan oleh barangan lain di bawah.
4. Kot bulu memerang
Kot anggun cantik yang diperbuat daripada bulu memerang ini adalah kepunyaan pramugari kelas pertama, Mabel Bennet. Ketika Titanic mula tenggelah, Mabel hanya memakai pakaian tidur.
Dia kemudiannya diberikan kot ini untuk melindunginya dari cuaca sejuk ketika menunggu giliran untuk menaiki bot keselamatan. Kot ini berjaya dijual dengan harga RM956,500, dua kali ganda daripada harga yang dianggarkan.
Daripada semua pakaian terselamat daripada Titanic yang dijual dalam lelongan tersebut, kot ini merupakan satu-satunya pakaian yang masih berada dalam keadaan baik.
3. Pelan kapal Titanic
Pelan kapal Titanic telah dilukis oleh Jabatan Arkitek Laut dari syarikat White Star Line yang membina kapal mewah ini. Ia adalah antara salah satu bahagian penting daripada sejarah Titanic kerana ia digunakan untuk menyiasat kapal yang telah karam di lautan.
Saksi-saksi menggunakannya untuk mengenalpasti lokasi-lokasi di dalam kapal dan nota di mana kapal ini menghentam aisberg boleh dilihat di atas pelan peta tersebut.
Lukisan teknikal yang mempunyai ukuran 9.2 meter panjang ini terjual dengan harga RM1.46 juta dalam sebuah lelongan.
2. Biola Wallace Hartley
Dalam filem Titanic, apabila kapal mula tenggelam, pemain biola mula bermain dan kemudiannya disertai oleh pemuzik-pemuzik lain. Ini kedengaran seperti senario Hollywood yang terlebih romantis, tetapi sebenarnya ia adalah berdasarkan peristiwa yang benar.
Wallace Hartley mula bermain lagu "Nearer My God to You" pada saat-saat terakhir yang kritikal. Walaupun Wallace terbunuh namun biolanya terselamat walaupun telah rosak.
Biola tersebut telah berjaya dijual dalam sebuah lelongan dengan harga RM7.11 juta.
1. Koleksi gelang berlianĀ
Jika anda pernah menonton filem Titanic lebih daripada sekali, pasti anda ingat akan kalung yang dipakai oleh Rose di atas kapal yang ditemui beberapa tahun kemudian. Dalam rangka kapal yang sebenar, banyak perhiasan yang ditemui oleh pasukan ekspedisi.
Dan ini adalah masuk akal kerana ramai individu terkenal dan jutawan yang menaiki Titanic ketika itu. Satu koleksi gelang berliang yang ditemui dalam Titanic telah dijual dalam satu acara lelongan yang terjual dengan harga mencecah RM7.08 bilion.
Barang kemas yang paling menonjol di antara kesemuanya adalah seutas gelang berlian terukir nama "Amy".