Nama Illuminati tidak lagi asing pada hari ini dan dikaitkan dengan perkara-perkara yang aneh dan menyeramkan. 

Salah satu teori konspirasi yang berterusan berkenaan dengan "Illuminati," satu nama yang digunakan untuk mana-mana kumpulan rahsia, umumnya melibatkan manipulasi masyarakat dan peristiwa-peristiwa dunia.

Antara yang terbaru adalah berkaitan dengan kematian bintang bola keranjang LA Lakers, Kobe Bryant.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Para ahli teori konspirasi mendakwa bahawa Kobe terbunuh disebabkan kemalangan yang dirancang oleh Illuminati, dan bertujuan menggantikannya dengan seorang lagi altet terkenal iaitu LeBron James.

illuminati wujud atau tidak

Mereka yang sangat ragu-ragu terhadap kumpulan ini biasanya merujuk kepada teori-teori konspirasi Illuminati dalam cara yang kelakar lucu dengan mempercayai konsep yang paling tidak munasabah.

Manakala yang lain pula terus berpendapat bahawa bahawa kumpulan rahsia ini bertanggungjawab ke atas majoriti peristiwa yang berlaku di tahap global.

Golongan yang percaya bahawa Illuminati bertanggungjawab bagi perkara-perkara buruk yang berlaku telah menyuarakan kebimbangan bahawa kumpulan rahsia ini sering terlibat dalam pemesejan berkod, memberi isyarat kepada mereka yang tahu dengan menunjukkan kuasa mereka secara besar-besaran.

Illuminati dan NSA

apa kaitan nsa dengan illuminati

Apa yang lebih mengejutkan adalah sejak seawal tahun 2009 (atau lebih awal), terdapat khabar angin bahawa kerajaan Amerika Syarikat dan Illuminati seolah-olah mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Khabar angin ini mendakwa bahawa jika anda menaip Itanimulli.com pada pelayar Internet anda atau membuat carian itanimulli pada enjin carian seperti Google,  ia akan membawa anda ke laman sesawang satu lagi organisasi yang sudah biasa dengan konspirasi, iaitu Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA).

Dan ini bukan hanya sekadar khabar angin, tetapi benar-benar berlaku. Dan jika anda perhatikan, perkataan "Itanimulli" merupakan ejaan perkataan Iluminati secara terbalik. Ini sekaligus membuatkan para ahli teori konspirasi mengaitkan NSA dengan Illuminati.

Hingga ke tahap ini, anda sendiri mungkin tertanya-tanya, jika konspirasi antara NSA dan Illuminati wujud sehingga ke skala ini, sudah tentunya mereka yang terlibat tidak mahu meninggalkan kesan yang jelas dan mudah dikesan oleh orang ramai, apatah lagi di Internet, kan?

laman sesawang nsa

Walaupun NSA berhadapan dengan cabaran terbesarnya berikutan pendedahan tentang alat pengawasan global A.S. yang dibuat oleh bekas kontraktor Edward Snowden pada tahun 2013, kaitan laman web NSA dengan Illuminati ini tidaklah begitu menakutkan. 

Penjelasan sebenar disebalik Itanimulli

Sebenarnya, domain Itanimulli.com ini memang wujud dan tidaklah sukar untuk dijelaskan.

Ia adalah satu tindakan yang ringkat bagi sesiapa sahaja untuk mendaftar mana-mana nama domain yang tidak digunakan dan membawa mereka yang melawatnya ke mana-mana laman sesawang lain.

Malah, pemilik nama domain boleh dengan mudah menyembunyikan identiti mereka, namun ia tidak berlaku dalam kes Itanimulli.com ini.

Menurut sumber, individu yang mendaftarkan laman web ini pada tahun 2002 telah disenaraikan dalam maklumat pendaftaran domain awam yang tersedia sebagai John Fenley dari Provo, Utah.

john fenley

(John Fenley, pemilik domain Itanimulli.com)

John Fenley menjelaskan pada tahun 2009 bahawa dia memilih untuk mengarahkan semula domain itanimulli.com (yang telah dibeli bertahun-tahun lebih awal) ke laman web NSA yang untuk suka-suka dan tidak mempunyai kaitan dengan agensi itu. Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh John:

"Saya memutuskan untuk mengarahkan domain Itanimulli.com kepada NSA sebagai satu gurauan. Saya mendaftarkan laman sesawang itu beberapa tahun yang lain memang kerana ia merupakan ejaan Illuminati secara terbalik, tetapi tidak membuat apa-apa dengan laman ini untuk tempoh yang lama.


Apabila saya mendapat idea untuk mengarahkan domain ini ke laman sesawang NSA, ia sangat kelakar dan saya tak dapat berhenti ketawa. Saya tidak percaya bahawa Illuminati itu wujud dan saya tak pasti apa itu rancangan New World Order, tetapi jika anda mempunyai maklumat lanjut, saya dengan suka hati akan memberikan pendapat saya. 

Saya bukan kakitangan NSA atau DARPA, walaupun saya telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan DARPA termasuk 2 Grand Challenges, Cabaran Urban dan Pertandingan Rangkaian baru-baru ini" - John Fenley, 2002.

itanimulli nsa laman web

Kelakar bukan? Perkara kecil yang hanya dibuat main-main, tapi menjadi kepercayaan dan paranoia para pencinta teori konspirasi. Maka terjawablah sudah misteri itanimulli ini.

Rujukan:

1. Reader's Digest

2. Quora

3. Snopes




Hakcipta iluminasi.com (2017)