Media barat seakan gemar membesar-besarkan apa saja bentuk pergerakan yang berkait dengan 'Black Lives Matter' bukan?

Kumpulan penyokong yang menyokong gerakan ini seringkali dikategorikan sebagai individu-individu yang sedar tentang kerosakan yang berlaku akibat masalah etnik, yang akhirnya menyebabkan mereka bangkit menentang sentimen yang mereka percayai wujud.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau demikian, penulis turut sama melihat daripada 'kesedaran' yang mereka ada ini, menyebabkan mereka mudah untuk dijadikan alat propaganda pihak tertentu sehinggakan wujud banyak percanggahan dalam amalan yang dilakukan mereka sendiri.

1. Menggunakan alasan rusuhan untuk mencuri

perusuh mencuri ambil peluang

Amat menyedihkan melihat bagaimana masyarakat Amerika Syarikat menggunakan rusuhan yang ada, sebagai pemudah cara untuk mereka mencuri.

Lebih menghairankan, banyak pihak yang mencuri di pasaraya-pasaraya terkenal di seluruh Amerika Syarikat menghalalkan tindakan mereka dengan memainkan mesej-mesej anti kapitalis sebagai hujah utama.

Apa kaitannya sentimen anti kapitalis, kematian seorang lelaki kulit hitam di tangan polis dan juga perbuatan mencuri yang bukan saja dilakukan dengan terbuka, malahan direkodkan dan disebarkan dengan bangga tanpa ada rasa lagi rasa malu?

2. Memohon maaf kepada komuniti kulit hitam

etnik kulit putih melutut pada komuniti kulit hitam

Anda sudah menonton video di atas? Agak aneh kan kenapa masyarakat kulit putih Amerika Syarikat merasakan mereka perlu memohon maaf kepada komuniti kulit hitam?

Apa simboliknya di situ? Kenapa pula mereka yakni komuniti kulit putih perlu memohon maaf terhadap sesuatu yang tidak mereka lakukan? Kenapa pula komuniti kulit hitam perlu menerima kemaafan yang diberikan, walhal bukan mereka yang terlibat?

Bukankah dengan meneruskan amalan-amalan bodoh sebegini, hanya akan lebih menampakkan wujudnya perbezaan ketara dalam masyarakat Amerika Syarikat - disebabkan perbezaan warna kulit?

3. Petugas perubatan langgar saranan sendiri

petugas perubatan amerika syarikat sertai perarakan

Masih ingat bagaimana petugas perubatan di seluruh dunia merayu agar kita mengamalkan jarak dan langkah yang betul, demi melindungi diri kita daripada jangkitan?

Perkara sama juga berlaku di Amerika Syarikat pada awalnya di mana pasukan kesihatan merayu agar semua warga Amerika Syarikat memberikan kerjasama. Bagaimanapun semua permintaan yang dikeluarkan sebelum ini, mula dilanggar sendiri oleh petugas perubatan - selepas kematian George Floyd.

Petugas-petugas mula menyertai perarakan, berdiri beramai-ramai di depan hospital untuk bertepuk tangan kepada penunjuk perasaan yang lalu dan ada juga yang menyertai acara-acara protes yang dianjurkan.

Penjarakkan sosial sudah dilupakan. Kuarantin sudah boleh ditolak ke tepi. Hujah persatuan petugas perubatan Amerika Syarikat dalam menjustifikasikan tindakan mereka?

"Masalah rasisme telah membunuh lebih ramai etnik bukan kulit putih sejak dahulu lagi."

4. Mereka merosakkan hidup orang lain dengan rusuhan

peniaga premis rugi diserang perusuh

Sesuatu yang jarang dilaporkan berlaku melibatkan peserta-peserta rusuhan di Amerika Syarikat, adalah bagaimana ramai peniaga kecil marah dengan tindakan sesetengah mereka yang tergamak mengganggu peniaga - mengambil kesempatan atas situasi kelam kabut yang ada.

Sudah banyak kes-kes peniaga cuba melawan penunjuk perasaan yang mencetuskan huru-hara dibelasah dan dipukul oleh peserta; hanya kerana mereka mempertahankan premis perniagaan mereka.

Apa yang menakutkan, pemilik-pemilik perniagaan ini kebiasaannya terpaksa berhadapan dengan penunjuk perasaan sendirian, meningkatkan risiko terjadi sesuatu yang buruk kepada mereka.

5. Mereka membunuh

pesara polis mati dibunuh pencuri

Penunjuk perasaan di Amerika Syarikat bangkit untuk mempertahankan nyawa seorang lelaki kulit hitam bernama George Floyd, yang mati ditangan polis.

Tahukah anda, setakat 3 Jun 2020 - sudah 12 nyawa terkorban majoritinya melibatkan individu kulit hitam sendiri, disebabkan menjadi mangsa keadaan?

Kematian pertama yang berlaku disebabkan rusuhan besar-besaran ini dilaporkan berlaku pada 29 Mei 2020 melibatkan seorang individu kulit hitam bernama Calvin Lewis Horton Jr. di Minneapolis.

Kematian Horton Jr. berlaku disebabkan tembakan senapang patah seorang peniaga yang dipercayai bimbang akan keselematan kedainya selepas lebih 100 penunjuk perasaan mula menghentak cermin premis di laluan yang mereka lalui.

Antara insiden paling menyayat hati adalah kematian seorang pesara polis kulit hitam bernama David Dorn berusia 77 tahun.

rusuhan kulit hitam di amerika

Selepas rakannya meminta tolong memeriksa penggera yang berbunyi di kedai, Dorn yang hadir cuba menghalang kecurian televisyen - ditembak mati seorang lelaki bernama Stephen Cannon, berusia 24 tahun yang hadir bersama 6 lagi rakannya.

Mangsa dan penembaknya, kedua-duanya adalah individu berkulit hitam. Black lives matter, jerit mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)