Kita sering mengaitkan sesuatu benda dengan budaya atau era kerana ia membantu otak untuk membuat pengelasan maklumat. Apabila kita mendengar perkataan "piramid" misalnya, secara automatik kita mengaitkannya dengan tamadun Mesir walaupun terdapat banyak lagi piramid yang bukan berasal dari Mesir.

Tanggapan generalisasi seperti ini adakalanya tidak tepat. Kami kongsikan beberapa benda lain yang kita kaitkan dengan dunia moden namun sebenarnya telah wujud lebih lama daripada yang kita sangka:

BESARKAN TEKS     A-  A+

ciptaan kasut roda pertama merlin barang ini wujud lebih lama daripada yang kita sangka 4

1. Rap battle

Penyanyi rap pada awal tahun 80-an di New York mungkin sering dikaitkan dengan sejarah awal jenis persembahan lirikal ini. Namun, sebenarnya ia telah wujud jauh lebih lama dan apa yang menarik, ia bermula di Scotland.

ciptaan rap battle pertama wujud lebih lama daripada yang kita sangka 4

Pertempuran rap itu dipanggil flyting dan dialunkan oleh makaris (penyair Scotland) pada kurun ke-15 dan ke-16. Dalam perlawanan ini, dua penyair akan berlawan 'mengeji' yang kebiasaannya dibuat dalam bentuk rangkap. Pemenang akan dipilih oleh para penonton melalui sorakan.

Flytes sering diadakan di ruangan yang besar seperti dewan makan namun penyair yang paling hebat dalam flyting akan bertempur di dewan istana. Ini disebabkan Raja James IV merupakan peminat acara ini, diikuti dengan James V.

2. Gigi palsu

ciptaan gigi palsu pertama barang ini wujud lebih lama daripada yang kita sangka 3

George Washington yang mengasaskan Amerika Syarikat terkenal sebagai salah sorang pemakai gigi palsu. Namun, sejarah penciptaan dentur ini boleh dijejak lebih lama lagi sehingga ke zaman peradaban Etruska di Itali antara abad ke-8 hingga ke-4 sebelum Masihi.

ciptaan gigi palsu pertama barang ini wujud lebih lama daripada yang kita sangka 4

Banyak penemuan bukti yang mengatakan orang Etruska adalah yang pertama mencipta gigi palsu seawal 700 tahun sebelum Masihi. Banyak tengkorak dijumpai dengan pengikat emas dan di Marzabotto, satu tengkorak dijumpai dengan gigi palsu yang dipasang menggunakan wayar emas. Selain gigi palsu, bentuk korona individu yang dibuat untuk gigi geraham dan gigi taring juga pernah ditemui. Ia diperbuat daripada gigi haiwan atau manusia yang diikat menggunakan emas dengan pin besi yang kemudian akan dipasang di dalam mulut.

3. Berus gigi

Teknik penjagaan gigi pada zaman dahulu bermula dengan kaedah bersugi yang menggunakan kayu siwak. Berus gigi yang lebih moden hanya mula muncul pada abad ke-15 di China. Berus gigi pertama ini diperbuat daripada tulang atau buluh dan dibuat menggunakan bulu di bahagian leher khinzir. Ketika itu, China banyak urusan perdagangan dengan Eropah, jadi rekaan berus gigi itu dibawa pulang ke Eropah. Namun, orang Eropah mendapati bulu khinzir adalah agak kasar, jadi mereka menggantikannya dengan bulu kuda.

ciptaan berus gigi pertama barang ini wujud lebih lama daripada yang kita sangka 3

Pelbagai jenis bulu haiwan dan rekaan berus bertukar ganti sehinggalah awal kurun ke-20 apabila Wallace Carothers mula mencipta nilon bagi DuPont dan menggantikan penggunaan bulu haiwan.

ciptaan berus gigi pertama barang ini wujud lebih lama daripada yang kita sangka 2

4. Odometer

Odometer yang kini terdapat dalam kenderaan moden untuk mengesan jarak perjalanan sebenarnya telah wujud sejak zaman Yunani kuno lagi. Tidak dapat dipastikan siapakah sebenarnya pencipta odometer namun Vitruvius pernah menyebut tentang odometer dalam penulisannya. Ada yang berpendapat alat itu telah dicipta oleh Archimedes.

ciptaan odometer pertama barang ini wujud lebih lama daripada yang kita sangka 2

Konsep odometer ini diguna pakai berdasarkan sebuah pedati yang menggunakan tayar sama saiz. Sebuah tayar perlu berputar sebanyak 400 kali untuk melengkapkan satu batu Rom. Pin gandar yang dipasang pada gear menggerakkan pinan dengan 400 gerigi. Setiap kali lengkap satu putaran roda, gear akan melepaskan satu batu ke dalam kotak. Pada akhir perjalanan, kiraan batu menentukan jarak perjalanan.

Kami tidak ada sumber bukti kukuh menyatakan alat ini pernah dibina. Walau bagaimanapun, Alexander the Great mempunyai seorang pakar yang digelar bematist mengiringi perjalanannya untuk mengukur jarak perjalanan. Ukuran dan jarak ini kemudian telah direkodkan oleh Pliny the Elder dalam Natural History. Setiap ukuran ini adalah sangat tepat jika dibandingkan dengan sistem ukuran moden menggunakan peralatan masa kini.

ciptaan odometer pertama barang ini wujud lebih lama daripada yang kita sangka 3

Tidak berapa lama selepas itu, satu lagi odometer dicipta di China oleh seorang pencipta prolifik bernama Zhang Heng. Konsepnya adalah seakan-akan sama, cuma Zhang Heng memasang dram yang akan mengetuk secara automatik pada setiap setengah kilometer perjalanan.

5. Kasut beroda

Jika sebut roller skates, kita mesti akan mengaitkannya dengan populariti era disko pada tahun 1960-an dan 70-an namun tahukah anda, ciptaan ini telah wujud lebih lama dari itu? Rekod pertama kasut beroda bermula pada abad ke-18 lagi.

Pada tahun 1760, seorang pencipta dari Belgium iaitu John Joseph Merlin telah mencipta kasut luncur sebaris yang merupakan kasut luncur ais dengan roda. Merlin amat bangga dengan ciptaannya dan memperagakan kasut itu di sebuah majlis tari-menari di bandar Huys. Dikhabarkan dia tidak dapat menghentikan kasut itu dan meluncur laju sehingga melanggar sebuah cermin besar.

ciptaan kasut roda pertama merlin barang ini wujud lebih lama daripada yang kita sangka

Adapun begitu, kasut luncur pertama yang dipatenkan adalah ciptaan Frenchman M. Petitbled. Rekaannya lebih kepada sandal kayu dengan tiga roda yang dipasang pada bahagian tapak. Seperti kasut luncur Merlin, kasut ciptaan Petitbled juga amat sukar dipusingkan, diberhentikan dan terlalu mudah menghala ke merata-rata tempat.

Pada tahun 1863, muncul seorang lagi pereka cipta iaitu James Leonard Plimpton yang memperbaiki rekaan-rekaan terdahulu  sehingga berjaya mencipta roller skates yang kita kenali hari ini. Ciptaan kasutnya dengan dua pasang roda adalah yang pertama di dunia dan lebih selamat serta senang dikendalikan. Plimpton kemudian telah menukarkan lokasi perniagaan perabotnya menjadi arena kasut luncur dan mengasaskan Persatuan Kasut Luncur New York untuk mempromosikan sukan itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)