Semakin canggih teknologi, semakin berguna sesuatu ciptaan, itu yang sepatutnya berlaku. Namun manusia ini terdapat macam-macam ragam dan pemikiran yang sangat pelik. Pemikiran-pemikiran ini diterjemahkan menjadi idea dan dihasilkan produk lalu dipasarkan.

Namun, sama ada ia berguna atau tidak dalam kehidupan seharian, anda lah yang menentukannya. iluminasi.com ingin berkongsi 8 ciptaan yang wujud dan sangat pelik yang membuatkan anda terkedu. Ini merupakan bahagian kedua, sambungan daripada artikel 7Ciptaan Yang Terlalu Pelik Yang Akan Buat Anda Geleng Kepala (Bahagian 1)

8. Pintu merangkap meja ping pong

BESARKAN TEKS     A-  A+

Anda atlet ping pong dan kini bekerja di pejabat sebagai kerani, namun masih rindukan sukan itu? Mungkin sudah sampai masanya anda mencadangkan kepada bos anda untuk memasang pintu ini di pejabat anda. Sambil bosan kerja, anda boleh melajukan pengaliran darah dalam badan anda dengan bermain ping pong.

Ia merupakan idea hebat kerana menjimatkan ruang, tapi kalau anda tengah sengit berlawan, staf-staf lain nak masuk pejabat, anda terpaksa pause permainan anda untuk memberikan laluan. Potong stim betul kan?

7. Payung google

payung google

Kalau hujan terlalu lebat dan anda baru keluar daripada salun rambut, payung ini boleh menjadi penyelamat anda. Dengan ruang yang luas, rambut anda tak akan rosak. Juga sesuai bagi mereka yang sangat sukakan privasi dan juga artis-artis.

Payung ini dapat mengelakkan orang daripada nampak atau kenal siapa anda. Juga sangat berguna dalam situasi seperti anda turun dari kedai runcit dan tak sempat nak mekap. Tapi kekurangan kepada ciptaan ini adalah anda tak nampak sekeliling kecuali bahagian hadapan, yang membolehkan anda dilanggar motosikal ketika melintas jalan.

6. Loceng pintu piano

loceng pintu piano

Ini sama seperti konsep caller-ringtone, di mana tetamu yang datang ke rumah boleh bergembira bermain piano ketika menunggu anda membuka pintu. Tapi jangan marah jika 24 jam alunan muzik beralun di rumah anda kerana ada jiran yang nakal bermain loceng piano anda. Kalau bajet lebih, boleh tambah key lebih banyak sikit.

5. Sarung tangan lupa anak

sarung tangan anak bapa

Kepada ibu bapa yang acah-acah bujang yang selalu terlupa anda ada anak, segeralah dapatkan sarung tangan ini. Sarung tangan boleh menyelamatkan anak anda daripada hilang dan menjimatkan masa anda supaya tak tercari-cari anak anda.

Sangat berguna ketika musim raya di mana orang sangat sesak, dan juga jika masuk kedai mainan, jadi anak anda tak boleh nak lari main mainan. Tapi ia cuma terhad kepada 4 orang anak, 2 orang ibu jaga, lagi 2 orang ayah jaga.

4. Plastik anti-pencuri

plastik anti pencuri 372

Anda selalu siapkan makanan anda, seperti sandwich, dan rakan rumah atau pejabat anda suka curi? Dah letak nota "Jangan curi nanti dose, Tuhan Marah" pun masih kena curi? Kini tidak lagi. Apa yang anda perlukan adalah plastik ini. Dengan adanya plastik pintar ini, makanan anda tak akan dicuri lagi kerana mereka ingat sandwich anda sudah berkulat.

Tapi, kalau hilang juga, penulis cadangkan anda cari dalam tong sampah sebab mesti ada orang yang buang sebab dia rasa dah tak boleh makan. Tak tahu nak cakap idea bijak, atau pelik. Anda boleh cuba sendiri.

3. Penutup mulut anjing / kucing

penutup mulut anjing 168

Jika anjing anda suka menyalak tak tentu pasal setiap kali dibawa keluar jalan-jalan waktu pagi atau petang, ini produk yang sangat sesuai untuk anda. Tapi produk ni secara tak langsung buatkan orang dari jauh nampak anjing anda macam haiwan hybrid antara anjing dan angsa.

Juga, kalau anjing jiran anda suka menyalak tak berhenti, mungkin ini adalah hadiah harijadi yang terbaik untuk diberikan di majlis ulang tahun anjing tersebut. Walaupun ia boleh dikatakan berguna, tetapi ia seperti menyeksa dan menyekat kebebasan anjing anda sebagai haiwan. Pelik juga siapa yang cipta benda ini. Mungkin dicipta untuk mengawal anjing yang gila agaknya.

2. Cawan seterika

cawan seterika 734

Ini amat sesuai bagi mereka yang suka multitasking dan nak jimat masa atau mereka yang kerap bangun lewat setiap pagi. Dalam masa yang suntuk untuk pergi kerja, anda mampu minum kopi atau teh sambil seterika baju, dan juga menonton Selamat Pagi Malaysia. Lakukan ketiga-tiganya serentak dapat menjimatkan masa anda. Tapi kalau minum kopi sambil seterika kemeja putih, hati-hati la ye. Kreatif, tapi pelik.

1. Tali pinggang diet

tali pinggang diet 83

Anda cuba diet dah bertahun-tahun tapi tak kurus? Tak perlu susah hati lagi, anda hanya perlu membeli tali pinggang diet ni sahaja. Tali pinggang ini mempunyai ukuran jadi anda mudah nak pantau berapa saiz pinggang anda. Setiap kali anda makan, dan kalau bacaan meningkat, anda dah boleh berhenti makan okay?

Tapi kekurangannya adalah ia akan membuatkan anda tertekan dan tak dapat nak nikmati hidup anda sepenuhnya, yang boleh menyebabkan kemurungan kronik. Apa la yang si pereka cipta ni fikir kan, mesti dia pun susah nak turunkan berat, kan?




Hakcipta iluminasi.com (2017)