Dengan berita penjualan Uber Asia Tenggara kepada Grab, maka tamatlah sudah persaingan perkhidmatan teksi di antara kedua-dua syarikat ini. Kedua-dua platform ini mempunyai penyokong masing-masing, dan anda mungkin tidak bersetuju dengan kami.

Namun, menurut TravelNinjas dan bertanyakan kepada pemandu-pemandu kedua-dua syarikat ini, kami ingin kongsikan 4 sebab-sebab yang mungkin menjadi penyebab mengapa Grab adalah lebih baik daripada Uber dan menjadi pilihan rakyat tempatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nota: Perbandingan bukan hanya di KL sahaja, tetapi di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.

1. Harga Grab tidak berubah

pemandu grab malaysia

Trafik di Asia Tenggara adalah sangat teruk, sesak dan sukar untuk diramalkan. Dengan menaiki teksi atau Uber, tambang yang sepatutnya RM4 boleh menjadi RM40 bergantung kepada trafik dan kejujuran pemandu.

Grab membuatkan anda tak perlu pening kepala kerana sebarang kelewatan tidak akan dicaj. Anda perlu membayar lebih kepada Uber jika berlaku kesesakan atau kelewatan walaupun jika ia disebabkan oleh kecuaian pemandu sendiri seperti tersalah jalan.

Kelebihaan harga yang ditetapkan oleh Grab sangat jelas berbanding harga yang dianggarkan oleh Uber. Uber akan menganggarkan harga ketika anda menempah, namun julat harga yang diberikan tak menentu. Jika berlaku kesesakan, contohnya kemalangan, anda harus bersiap sedia untuk membayar dengan harga yang tinggi.

2. Grab lebih dipercayai

pejabat grab asia

Harga yang ditetapkan membuatkan Grab lebih dipercayai. Bagi Uber dan teksi, semakin panjang masa perjalanan, semakin mahal tambang. Bagi pemandu Grab, mereka ingin anda sampai ke destinasi dengan cepat dan paling efisyen kerana harga tambang telah ditetapkan.

Harga yang telah ditetapkan berfungsi seperti magik. Ia melaraskan kepentingan anda dan juga kepentingan pemandu membawa kepada perkhidmatan yang boleh diharap. Da ia juga menjimatkan wang anda.

3. Grab lebih menyeronokkan

sticker wrap kereta grab warna hijau

Harga yang telah ditetapkan lebih awal membuatkan penumpang berasa lebih seronok. Dengan ini, anda boleh mempercayai pemandu dengan tenang. Jika anda menaiki Uber, anda tak tahu sama ada pemandu tersebut jujur atau tidak.

Kebanyakannya adalah jujur tapi anda pasti akan berhati-hati kerana penipuan ada di mana-mana. Dengan harga Grab yang tetap, anda tak perlu curiga lagi. Anda hanya perlu duduk dan relaks, malah anda juga boleh tidur.

4. Grab selalunya lebih murah

kereta grab warna hijau

Grab digunakan di seluruh Asia Tenggara dan biasanya antara yang termurah. Malah, kadang-kadang harga Grab berbeza dengan begitu ketara sekali. Sebagai contoh, perjalanan dari KLCC ke KLIA agak jauh iaitu memakan masa lebih kurang 1 jam.

harga grab

Harga Grab

  harga uber

Harga Uber

Seperti gambar di atas, jelas menunjukkan harga Grab lebih murah berbanding Uber, dan perlu diketahui harga yang ditunjukkan oleh Grab tidak termasuk tol, namun perjalanan di atas tidak melalui jalan yang bertol.

Kekurangan Grab

Grab masih belum 100% sempurna. Keterbataasan yang dialami oleh Grab adalah ketidakhadiran pemandu Grab di kawasan anda. Semua pemandu adalah pemandu bebas dan bekerja bila-bila masa mereka suka.

Terdapat ketika apabila tiada langsung pemandu Grab atau masa menunggu yang lama. Dalam kes ini, teksi biasa mungkin menjadi satu-satunya pilihan. Namun ini agak jarang berlaku di bandar-bandar besar di Asia Tenggara di mana Grab mempunyai kehadiran yang tinggi dan semaking berkembang. 

Tapi, ia masih boleh berlaku.




Hakcipta iluminasi.com (2017)