Ada kalanya semasa memandu kita berharap agar jalan di depan kita dapat lurus supaya dapat diturunkan tangan sebentar dari stereng, bagi merehatkan tangan yang penat.

Di Malaysia yang tanahnya berbukit-bukau, agak sukar untuk kita dapat jalan lurus sepanjang perjalanan kita jadi kita kurang peluang untuk merasai jalan lurus dalam satu jarak yang panjang seperti mana yang terdapat di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di manakah jalan paling lurus terpanjang di dunia terletak? Berikut adalah 4 jalan lurus paling panjang jaraknya di dunia setakat ini.

1. Laluan 85 Jordan-Bahrain

laluan jordan bahrain

Secara teknikal, jalan ini bukan benar-benar lurus, tetapi sepanjang perjalanan melalui dua negara ini yang berjarak 1078km, besar kemungkinan anda langsung tidak perlu memusingkan stereng lebih dari suku pusingan.

2. Lebuhraya 46 North Dakota

highway 46 north dakota

Dengan panjang sejauh 119km lurus seperti pembaris, lebuhraya 46 North Dakota (ND46) merupakan jalan lurus paling panjang di Amerika Syarikat.

highway

Bermula daripada sebuah pekan bernama Hickson dan berakhir di Streeter, jalan ini selalu dikatakan sebagai jalan di mana pemandu boleh memulakan sistem pemanduan auto cruise control kereta dan melelapkan mata.

3. Lebuhraya Eyre, Australia

laluan terpanjang lurus dunia eyre australia

Dengan jarak 144km, jalan ini adalah jalan lurus paling panjang di Australia. Tak tahulah apa yang akan dilakukan oleh pemandu untuk mengisi masa lapang ketika memandu di sini.

eyre highway peta jalan lurus terpanjang

Jalannya juga agak sunyi dan jarak penglihatan yang luas membantu kita melihat jika ada sebarang kenderaan datang dari depan. Jika 144km dipandu dengan konsisten 90km/j, memerlukan lebih kurang 1 jam 36 minit yang boleh dihabiskan dengan membaca buku.

4. Lebuhraya 10, Arab Saudi

highway 10 saudi arabia arab saudi

Merentasi kawasan gurun, Lebuhraya 10 mempunyai jarak sejauh 260km yang lurusnya tidak langsung memerlukan kawalan stereng daripada pemandu. Tatacara pembinaan jalan sebenarnya tidak menggalakkan jalan lurus dibina pada jarak panjang untuk mengelakkan konsentrasi pemandu hilang, tetapi pihak Saudi mungkin berpendapat - oleh kerana kiri kanan jalan tersebut kosong, jika berlaku sebarang kelekaan sekalipun, risiko berlaku kemalangan lebih rendah dari biasa.

laluan terpanjang lurus dunia highway 10

Bayangkan, perjalanan selama 3 jam lebih tanpa pemandangan menarik, dipenuhi gurun tandus. Alangkah bosan perjalanan itu. Pemandu boleh menonton filem sampai habis tanpa pedulikan jalan.


Itulah dia 4 jalan lurus paling panjang di dunia yang hanya memerlukan pemandu menekan pedal minyak tanpa banyak mengawal stereng. Kami mengesyorkan manalah tahu rezeki anda dapat memandu di sana, pastikan kereta anda cruise control dan bawa bantal sebiji dua. Masuk jalan, nyalakan fungsi cruise control kemudian lelapkanlah mata sementara menunggu tiba.




Hakcipta iluminasi.com (2017)