Perkataan "kamikaze" sememangnya sinonim dengan tentera Jepun. Kamikaze adalah satu bentuk serangan berani mati dengan mengorbankan diri. Serangan kamikaze ini banyak digunakan untuk melakukan serangan terhadap pasukan tentera pihak Perikatan terutamanya ketika penghujung Perang Dunia ke 2.
Teknik serangan ini dikatakan lebih efektif untuk melakukan serangan terhadap kapal perang dan kapal pembawa pesawat pihak musuh berbanding cara konvensional. Ketika Perang Dunia ke 2, kira-kira 3862 juruterbang dikatakan telah melakukan serang kamikaze dan dipercayai 19% daripada serangan yang dilancarkan berjaya menemui sasaran.
BESARKAN TEKS A- A+
Pihak tentera Jepun sanggup membunuh diri melalui serangan kamikaze kerana sumpah taat setia mereka kepada Maharaja Jepun dan pemerintah tentera mereka. Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa jenis teknik serangan kamikaze yang pernah dilancarkan oleh pihak tentera Jepun semasa Perang Dunia ke 2.
1.Pesawat Yokosuka MXY-7
Unit utama bagi kebanyakan serangan kamikaze Jepun adalah melalui serangan udara. Untuk tujuan ini, pesawat pejuang yang diberi nama Yokosuka MXY-7 Ohka telah berjaya dicipta pada September 1944.
Ketika di medan perang, pesawat Ohka ini akan dibawa oleh pesawat Mitsubishi G4M sebelum ianya akan dilepaskan apabila menghampiri sasaran. Juruterbang pesawat Ohka kemudiannya akan mengawal pesawatnya sehampir yang mungkin dengan sasaran sambil melepaskan tembakan sebelum melanggar atau meletupkan diri di sasaran yang dituju.
Setiap pesawat pengebom berani mati ini akan dipasang dengan bom seberat 1200 kg bagi memastikan kesan letupan yang dahsyat pada sasarannya. Kelajuanya yang sangat laju menyebabkannya sukar dipintas oleh peluru anti-pesawat pihak musuh.
2. Peluru Torpedo Kaiten
Pada 1944, Jepun hampir mengalami kekalahan dalam Perang Pasifik. Mereka mengalami kesukaran untuk menandingi kekuatan dan teknologi kapal perang dan pesawat pejuang tentera Amerika Syarikat.
Disebabkan sudah kehilangan ramai tentera terlatih dan kekurangan masa untuk melatih pasukan elit yang baru, maka mereka telah menubuhkan unit pasukan khas yang diberi nama shimbu-tai yang bertujuan untuk melancarkan serangan kamikaze ke atas perang Amerika Syarikat. Maka lahirlah Kaiten, sejenis torpedo yang dikawal oleh manusia untuk menyerang kapal perang pihak musuh.
3. Fukuryi
Selain peluru torpedo Kaiten, pasukan unit tentera laut Jepun juga melancarkan serangan kamikaze pada kapal musuh menggunaka pengebom berani mati yang menggunakan pakaian khas yang dikenali sebagai Fukuryi.
Fukuryi adalah sejenis pakaian renang yang dipasang bom seberat 15 kg. Setiap pengebom yang memakai pakaian ini akan berjalan dan berenang selama maksimum 6 jam pada kedalaman 5 - 7 meter. Sebaik sahaja sampai ke sasaran, mereka akan meletupkan diri seterusnya menyebabkan kerosakan dan kemusnahan pada sasaran mereka. Dilaporkan beberapa kapal perang telah berjaya diserang melalui teknik ini.
Kredit: