Kredit foto: Instagram Neelofa
Aktres Neelofa akui mengalami kesukaran sewaktu menjiwai watak Helena dalam drama rantaian Red Velvet.
Pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini berhadapan dengan cabaran pada minggu awal penggambaran.
“Watak Helena berbeza dengan karakter sebenar saya. Helena seorang remaja yang sedikit ‘lost’.
“Pada minggu pertama penggambaran, saya akui saya belum mendapat ‘feel’ yang sebenarnya untuk membawakan watak Helena,” katanya memetik laporan Astro Gempak.
Dalam drama arahan Hadith Omar ini menyaksikan pengacara Meletop itu digandingkan dengan Alif Satar yang membawa peranan Izat.
Manakala dirinya sebagai Helena, gadis berusia 22 tahun.
Neelofa berkata, dia hanya menemui rentak lakonan selepas minggu ketiga berada di set penggambaran.
“Saya banyak berbincang dengan Hadith dan Alif mengenai cara untuk menghidupkan Helena.
“Syukur Alhamdulillah, selepas masuk minggu ketiga, saya mula mendapat rentak yang dikehendaki dan berjaya menjiwai Helena,” katanya lagi.
Drama bersiri Red Velvet bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria. Turut dibintangi Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Alif Hadi dan Fatin Afeefa.
Sumber berita: Astro Gempak