santos a sinking city in brazil 1

Rumah merupakan salah satu keperluan asas paling penting manusia dalam mendapatkan tempat berteduh. Rumah juga menjadi pusat aktiviti kita dan keluarga, dengan lokasinya menjadi tempat pulang kepada kita setelah kita keluar melakukan aktiviti yang perlu kita lakukan.

Namun, bukan semua orang dapat menikmati kemudahan rumah yang selamat. Ada kalanya pemilik-pemilik rumah terpaksa meneruskan hidup di dalam rumah mereka yang tidak lagi selamat, berikutan faktor geografi, cuaca mahupun struktur rumah itu sendiri. Berikut adalah 5 contoh kediaman paling berbahaya dan berisiko tinggi di dunia, yang masih lagi didiami oleh manusia sehingga kini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Castellfollit de la Roca

castellfollit de la roca in november

Castellfollit de la Roca merupakan sebuah kawasan pekan yang terletak di Catalonia, Sepanyol. Uniknya Castellfollit de la Roca ini berikutan kedudukannya yang terletak di sebuah tebing sepanjang 1 kilometer dengan ketinggian 50 meter dari aras tanah.

castellfollit de la roca 22

Castellfollit de la Roca terbentuk ekoran letusan lava gunung berapi yang mempunyai dua lapisan dan kemudiannya membeku membentuk satu tebing yang rata dan 'sesuai' untuk dijadikan penempatan. Rumah-rumah disitu dibuat oleh batu-bata yang terhasil daripada lava yang sejuk dengan satu jalan membahagikan pekan tersebut kepada dua bahagian.

castellfollit de la roca catalunya1

Apa yang menakutkan di situ, adalah kediamannya yang kebanyakannya dibina betul-betul selari dengan tebing tersebut, membuatkan pekan kecil yang mempunyai penduduk seramai 1000 orang itu, kelihatan tidak seimbang.

2. Meteora Monasteries

varlaam monastery

Meteora Monasteries adalah 6 monasteri yang dibinia di sebuah formasi batu-batuan di Greece, semasa kurun ke 14. rahin Kristian ketika itu perlu mencari jalan bagi mengelakkan diri daripada ditangkap semasa kedatangan tentera Tukri ke Greece jadi mereka membina monasteri mereka di atas puncak batu-batuan yang ada, dengan 24 daripadanya berjaya dibina.

800px meteora agios triadas img 7632

Sehingga ke abad ke 17, satu-satunya cara untuk individu naik dan turun atau mengangkut barangan, adalah menggunakan tali dan bakul. Kemudian tangga diukir daripada batu-batu yang berada di sekeliling monasteri tersebut bagi memudahkan manusia naik dan turun.

greece meteora st nicholas

Pada tahun 2015, dilaporkan seramai 15 orang rahib Kristian dan 41 orang biarawati masih lagi menjadikan 6 struktur monasteri di situ sebagai kediaman mereka. (rujukan)

3. The Leaning Tower of Santos

santos leaning buildings 4 2

Projek besar-besaran membina bangunan-bangunan tinggi di sepanjang pantai Santos, Brazil membuatkan bangunan disiapkan dalam masa yang singkat. Apabila bangunan perlu disiapkan dengan cepat, projek pula berjalan dalam keadaan nak cepat siap.

bangunan condong di santos brazil

Itulah yang berlaku pada 90 bangunan yang dibina di sepanjang pantai di Santos ini, ekoran tapaknya dikorek tidak mencecah permukaan batuan bumi. Yang anehnya, kebanyakan bangunan yang condong ini, masih berpenghuni dan penghuninya pula mempunyai beberapa masalah unik.

rumah senget di brazil 767

Mereka mempunyai perabot yang sentiasa perlu disendal atau disandar pada dinding, bola yang tidak mahu duduk diam mahupun hilang keupayaan untuk tuang air dengan sempurna kerana kedudukan cawan yang senget. Dijangkakan, andainya salah satu bangunan itu tumbang, berkemungkinan besar akan mengakibatkan beberapa bangunan lain turut sama tumbang. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)