Penyanyi popular antarabangsa biasanya akan menjelajah untuk membuat persembahan di seluruh dunia. Akan tetapi, ini tidak bermakna mereka bebas untuk membuat persembahan di mana-mana negara sahaja tanpa perlu melalui proses penapisan.

Kerajaan sesebuah negara itu boleh menyekat seseorang artis popular memasuki negara mereka atas pelbagai sebab. Berikut adalah senarai beberapa penyanyi popular bertaraf dunia yang diharamkan membuat persembahan di negara-negara lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Bob Dylan 

bob dylan

Penyanyi dan penulis lagu legenda ini pernah diharamkan membuat dua konsert di Beijing dan Shanghai, China, pada 2010. Ini kerana dia pernah menghasilkan lagu tentang protes sosial dan revolusi.

Akibat pengharaman itu, Bob turut membatalkan konsert lain dalam jelajahnya di Asia termasuk di Taiwan, Korea Selatan dan Hong Kong. Namun, pada tahun berikutnya dia dibenarkan membuat persembahan di China tetapi perlu menghantar senarai lagu yang akan dipersembahkannya terlebih dahulu.

2. Björk 

bjork

Ketika menyanyikan lagunya 'Declare Independence' pada konsert di Shanghai, penyanyi Iceland ini telah menjerit "Bebaskan Tibet!" dan "Naikkan bendera anda" kepada penonton.

Kementerian Kebudayaan China telah mengkritik perbuatan Bjork dan mengharamkan penyanyi itu untuk kembali ke China. Bjork dianggap telah mengancam kedaulatan negara, mengguris perasaan rakyat dan tidak profesional sebagai seorang artis.

3. Madonna 

madonna 557

Penyanyi yang diberi julukan "Ratu Pop" ini telah dilarang memasuki Mesir pada tahun 2004. Ahli-ahli parlimen Mesir meminta agar Madonna tidak dibenarkan masuk kerana pernah melawat Israel dan seorang penyokong kuat Kabbalah (kepercayaan mistik Yahudi).

Bukan sahaja tidak dibenarkan membuat persembahan di sana, malah Madonna juga tidak dibenarkan melawat atau mengembara ke Mesir. Selain itu, dia juga pernah diharamkan membuat persembahan di Itali pada 1990, Rusia dan Malawi pada 2013.

4. Snoop Dogg 

snoop dogg 815

Rapper legenda ini telah beberapa kali dilarang melakukan persembahan di luar negara. Pada 2006, Snoop Dogg dan rombongannya ditangkap di Lapangan Terbang Heathrow di London selepas mereka membuat kacau di kedai bebas cukai. Mereka dipenjarakan satu malam, menyebabkan Snoop terlepas konsert pada keesokan harinya di Johannesburg, Afrika Selatan.

Kementerian Dalam Negeri telah menafikan kemasukan Snoop Dogg ke UK selama beberapa tahun sehingga 2010. Selain itu, dia juga pernah diharamkan memasuki Australia pada tahun 2007 kerana rekod jenayah lampau. Pada 2012, Snoop Dogg didapati memiliki ganja ketika cuba masuk ke Norway, menyebabkan dia diharamkan di negara itu selama dua tahun.

5. The Beatles 

the beatles 104

Israel telah mengharamkan The Beatles pada 1964 dengan alasan kumpulan muzik itu mempunyai pengaruh negatif terhadap belia di negara itu dengan menyebabkan histeria dan gangguan besar-besaran.

The Beatles juga pernah diharamkan di Filipina pada 1966 dan hampir diserang peminat di sana kerana menolak jemputan untuk bersarapan bersama Wanita Pertama FIlipina, Imelda Marcos.

6. Elton John

elton john 574

Penyanyi legenda Elton John telah diharamkan dari mengadakan konsert di Mesir kerana dia adalah seorang homoseksual yang menyokong gerakan LGBT secara lantang dan terbuka. Selain itu, Elton juga seorang anti agama dan pernah membuat kenyataan biadab mengatakan bahawa Nabi Isa atau Jesus adalah homoseksual.

Dia mempunyai sebab yang jelas mengapa diharamkan di negara majoriti penganut agama Islam itu. Bahkan, Kesatuan Pemuzik Mesir juga telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menghalang kemasukan Elton John.

7. Jon Bon Jovi

bon jovi

Penyanyi dan kumpulannya itu telah diharamkan memasuki China selepas mereka menggunakan imej Dalai Lama sebagai latar belakang ketika melakukan persembahan di Taiwan. Perkara itu turut menyebabkan persembahan mereka di Shanghai dibatalkan. Selain itu, kumpulan lain seperti Maroon 5 juga telah diharamkan China kerana menunjukkan sokongan terhadap Dalai Lama.

8. Lady Gaga

lady gaga

Lady Gaga telah diharamkan di Indonesia pada tahun 2012 kerana sering berpakaian menjolok mata ketika melakukan persembahan dan dikhuatiri boleh meruntuhkan moral penduduk negara majoriti Muslim itu. 

Lady Gaga turut diharamkan di Rusia kerana menyokong hak LGBT secara lantang dan di China kerana berjumpa dengan Dalai Lama yang dianggap sebagai pengganas. Dia juga telah menaikkan kemarahan penganut Katolik di Korea Selatan dan Filipina melalui lirik lagunya.

9. Beyoncé

beyonce

Beyonce pernah diharamkan untuk mengadakan konsert di Malaysia pada 2007. Ini kerana penyanyi itu sering memakai pakaian menjolok mata dan melakukan rutin tarian seksi yang dikira tidak bermoral.

Selain Beyonce, suaminya iaitu penyanyi rap Jay-Z juga diharamkan membuat persembahan di China kerana lirik lagunya yang mempromosi keganasan dan penuh kata-kata kesat.

10. Selena Gomez

selena gomez 195

Visa Selena Gomez telah dibatalkan oleh Rusia ketika dia ditetapkan untuk membuat persembahan di Istana Ais di St. Petersburg. Visanya dibatalkan kerana Selena menyokong hak asasi LGBT.

11. Justin Bieber

justin bieber menyerang jurugambar

Penyanyi muda ini didakwa telah menyerang seorang jurugambar di Argentina dan dituduh tidak menghormati bendera negara itu semasa mengadakan konsert di sana. Dia diharamkan untuk memasuki negara itu semula selepas itu.

12. Chris Brown

chris brown

Kes penderaan Chris Brown terhadap bekas kekasihnya dan juga penyanyi Rihanna menyebabkan dia dilarang untuk memasuki UK sejak tahun 2011 dan Australia sejak tahun 2015.

Selepas diharamkan memasuki Australia, Brown memulakan kempen kesedaran keganasan domestik di Twitter dengan harapan pengharamannya akan ditarik semula. Namun, sehingga kini kedua-dua negara itu masih lagi kekal dengan keputusan mereka.

13. Miley Cyrus

miley cyrus mata sepet

China telah mengharamkan Miley Cyrus ke negara itu kerana telah memuat naik satu gambar berbaur perkauman apabila membuat gaya "mata sepet" bersama rakan-rakannya. Dia kemudian memohon maaf dengan mengatakan hanya bergurau.

Kerajaan China juga mengharamkan sebarang siaran TV, filem atau penjualan barangan berkaitan Miley. Selain itu, Miley juga diharamkan di Republik Dominica pada 2014 kerana "melakukan perbuatan yang bertentangan dengan moral dan adat". Ia melanggar undang-undang negara itu.

14. 50 Cent

50 cent

Pada tahun 2005, Kanada mengharamkan rapper 50 Cent kerana rekod jenayah lampau dan lagu-lagunya yang mempromosi keganasan senjata api. Anggota parlimen Toronto, Dan McTeague, mengeluarkan kenyataan itu dengan menyatakan tiada orang di Kanada mahu mendengar mesej buruk yang ingin disampaikan rapper itu.

15. Akon

akon

Dalam muzik video lagunya berjudul "Sexy Chick", terdapat satu babak di mana penyanyi itu mengadakan pesta kolam renang di depan sebuah patung Buddha. Perkara itu menyebabkan berlakunya protes dan membawa kepada pembatalan visa dan pengharaman Akon untuk ke Sri Lanka.

Sebenarnya ramai lagi penyanyi, pelakon dan selebriti popular yang diharamkan memasuki negara-negara tertentu atas pelbagai sebab. Walaupun mereka terkenal dan diminati ramai, ini tidak bermakna mereka boleh berbuat apa sahaja sewenang-wenangnya.

Rujukan:

1. Penyanyi antarabangsa yang diharamkan di negara luar

2. Artis popular yang diharamkan negara lain

3. Selebriti yang tidak dibenarkan membuat pertunjukan di negara tertentu




Hakcipta iluminasi.com (2017)