Hampir semua daripada manusia sukakan pengembaraan lebih-lebih lagi ke negara lain untuk melihat adat, budaya dan cara hidup yang berlainan.
Bagi sesetengah orang, ia menjadi tradisi untuk mengembara ke negara asing. Namun, tak semua negara yang boleh dilawati atas beberapa faktor. iluminasi.com kongsikan 10 negara yang paling sukar dikunjungi di dunia.
1. Bhutan
BESARKAN TEKS A- A+
Sebelum tahun 1974, pelancong tidak dibenarkan untuk melawati Kingdom o Bhutan. Kawasan Tibet bergunung di bahagian utara dan hutan tebal di Bengal Barat di bahagian selatan membuatkannya sangat sukar untuk diakses.
Sehingga hari ini, hanya terdapat dua syarikat penerbangan yang singgah ke dan dari Bhutan, iaitu Drukair dan Bhutan Airlines. Namun, jalan raya telah melalui penambahbaikan yang sangat drastik jika anda menggunakan kereta.
Walaubagaimanapun, anda perlu membayar perjalanan anda terlebih dahulu, bukan hanya tiket penerbangan tetapi pakej lengkap termasuk agen perjalanan oleh orang Bhutan.
Namun, peratusan rakyat Malaysia yang ingin ke negara ini mungkin agak rendah, jadi ia bukanlah satu masalah.
2. Kiribati
Bukan sahaja ia sukar untuk dilawati, malah ramai di antara kita yang tak pernah tahu kewujudan negara ini.
Untuk sampai dan melihat keindahan Kiribati yang masih belum tercemar, anda perlu melakukan beberapa rangkaian penerbangan sambungan melalui pulau-pulau Pasifik lain yang jauh terpencil.
Menurut pelancong yang berpengalaman, anda perlu memulakan perjalanan dari Fiji, Honolulu, Brisbane, Manila atau Taipei dan melompat melangkau melintasi beberapa pulau dalam pesawat yang lebih kecil melalui beberapa lapangan terbang, sebelum sampai ke Kiribati.
Memasuki Kiribati pula bukannya mudah, melainkan anda datang datang dari 60 negara yang dibenarkan membayar untuk mendapatkan visa ketika ketibaan.
Bagi rakyat Malaysia, kita tidak memerlukan visa untuk memasuki negara ini dan dibenarkan untuk tinggal selama 120 hari.
3. Nauru
Pulau Nauru telah mencetuskan kontroversi sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebagai tapak pusat penahanan pelarian Australia yang terkenal.
Apa yang menyukarkan pelancong untuk melawat negara ini adalah hanya terdapat satu sahaja syarikat penerbangan yang terbang ke negara ini iaitu Air Nauru, serta hanya kedutaan dan konsulat di 10 negara lain termasuklah Australia, Fiji, Taiwan dan Thailand.
Malah, Nauru adalah negara yang paling kurang dilawati di dunia.
4. Rusia
Negara paling luas di dunia tidaklah sesukar mana untuk dikunjungi namun ia memerlukan pelbagai perancangan awal. Untuk masuk ke negara ini, anda memerlukan jemputan, yang mana biasanya boleh diatur melalui hotel tempat anda menginap.
Ia juga mengambil tempoh yang lama untuk visa anda diluluskan dan diperoleh. Dan jangan terkejut jika permohonan anda diberikan penelitian yang lebih lanjut mengenai pendaratn.
Petua berguna untuk diingat dan diguna adalah anda tidak memerlukan visa pelancong jika tinggal dalam tempoh 72 jam dan tiba dengan kapal pesiar atau feri.
5. Uzbekistan
Seperti Rusia dan banyak negara bekas Kesatuan Soviet yang lain, anda memerlukan surat jemputan sebelum memohon visa Uzbekistan.
Sekali lagi, ia biasanya diperoleh dari pengendali hotel tetapi ia adalah satu lagi langkah dalam proses yang menyekat sejumlah besar pelawat daripada melawat.
Anda juga perlu menjelaskan kepada jabatan tempatan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Uzbekistan jika tinggal lebih daripada 3 hari.
Namun, bermula 10 Februari 2018, beberapa negara dibenarkan untuk masuk ke Uzbekistan tanpa visa untuk tempoh 30 hari termasuklah rakyat Israel, Indonesia, Korea Selatan, Singapura, Turki, Jepun dan juga Malaysia.
6. Turkmenistan
Sepanjang perjalanan anda di Turkmenistan memerlukan anda ditemani oleh pemandu pelancong. Walaupun ianya tidak terlalu mahal, namun ia adalah kos tambahan yang tidak disukai oleh mana-mana pelawat.
Tetapi, ada cara untuk mengatasinya. Jika anda sampai dengan kereta atau motosikal melalui negara lain, anda boleh memohon transit. Dengan ini anda boleh menjelajah negara ini tanpa pemandu pelancong.
Akan tetapi, mengunjungi negara yang rumit seperti Turkmenistan ditemani oleh pemandu pelancong adalah idea yang baik.
7. Somalia
Somalia bergelut dengan konflik dalaman selamat bertahun-tahun dan walaupun kerajaan kebanyakan negara memberi amaran mengenai kunjungan ke negara ini, namun ia masih boleh dilawati.
Bagi Malaysia, kita boleh mengunjungi negara ini menggunakan visa ketibaan dan tinggal selama 30 hari. Walaupun begitu, penulis tak rasa anda ingin melawati negara bergelut ini disebabkan faktor keselamatan.
Dan perlu diingat, anda perlu menaiki pewasat dan transit sekurang-kurangnya 4 kali sebelum sampai ke negara ini, dengan harga tiket melebihi RM5,000.
8. Libya
Sama seperti Somalia, kebanyakan kedutaan negara memberi amaran berkenaan kunjungan ke Libya, namun masih boleh dikunjungi.
Sempadan darat Libya dengan Algeria, Niger, Sudan dan Chad telah ditutup kepada warga bukan Afrika jadi anda perlu memasuki Libya melalui Mesir.
Tiada penerbangan terus untuk sampai ke negara ini, sama seperti Somalia dengan kos yang sangat tinggi.
9. Equatorial Guinea
Equatorial Guinea adalah negara yang dihindari oleh ramai pelancong dunia kerana penindasan negara dan rekod penyalahgunaan hak asasi manusia yang sangat dahsyat.
Permusuhan antara rakyatnya sendiri diperluaskan kepada pelawat dan hasilnya, negara ini sangat sukar untuk dikunjungi melainkan rakyat Amerika Syarikat.
Apa yang pelik adlah warganegara Amerika Syarikat adalah satu-satunya warga asing yang tidak memerlukan visa untuk memasuki Equatorial Guinea.
Dan apabila di negara ini, perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain adalah sukar dan harga penginapan di hotel sangat mahal berbanding negara-negara jiran.
10. Angola
Proses permohonan visa ke Angola yang mengambil masa beberapa minggu merupakan salah satu sebab ia tidak menjadi destinasi pilihan pelancong.
Namun, ramai pelancong yang berpengalaman tertarik dengan negara ini kerana ia sukar untuk dikunjungi. Malah, anda memerlukan surat jemputan rasmi dan bukti tempahan hotel yang sudah dibayar, sebelum anda tahu sama anda dibenarkan mengunjungi negara ini atau tidak.
Jadi, surat jemputan rasmi dan tempahan hotel bukanlah penentu anda dibenarkan melawat Angola.
11. Korea Utara
Pada tahun 2016, jumlah pengunjung yang mengunjungi negara yang paling berahsia di dunia ini telah mencecah 100,000 orang, dan juga menghantar pulang sebahagian daripadanya kerana dilihatkan melanggar undang-undang melawat negara ini.
Rakyat Malaysia dibenarkan untuk melawat negara komunis ini namun ia telah diharamkan mulai tahun 2017 atas sebab keselamatan.
Di Korea Utara, anda tidak dibenarkan untuk mengembara atau berjalan bersendirian dan mesti diiringi oleh pemandu pelancong yang diluluskan oleh kerajaan Pyongyang.
Dan anda mungkin terkejut mengetahui bahawa untuk memperoleh visa pelancong ke Korea Utara adalah tidak terlalu rumit, namun mengambil masa 6 hingga 8 minggu untuk siap.
Sebagai negara dengan passport yang paling versatil, rakyat Malaysia tidak memerlukan passport untuk masuk ke Korea Utara. Walaubagaimanapun, anda terhad kepada jadual perjalanan yang sudah ditentukan oleh agen apabila berada di negara ini.