Tidak kira di mana anda berada atau anda tinggal di ceruk dunia mana sekalipun, mesti ada banyak destinasi pelancongan yang membuatkan anda teringin untuk berkunjung. Ada sesetengah tempat ini berbaloi untuk dilawati. Namun, ada juga tempat yang tidak begitu "mesra pelancong" sehingga boleh menjadi mimpi ngeri bagi sesiapa yang ke sana.
Kami kongsikan 10 tempat 'pelancongan' paling teruk untuk dikunjungi. Jika anda sukakan cabaran, bolehlah cuba ke tempat-tempat berikut:
1. Oymyakon, Russia
BESARKAN TEKS A- A+
Bandar ini merupakan salah satu tempat yang paling sejuk di dunia dengan suhu hampir mencecah 3 angka di bawah tahap beku. Oymyakon bukanlah destinasi pelancongan apatah lagi jika anda tidak begitu gemarkan salji. Jauh dari penempatan lain, Oymyakon terletak jauh di tengah-tengah Siberia.
2. Harare, Zimbabwe
Pada tahun 2012, Harare telah dinobatkan sebagai bandar paling teruk untuk didiami oleh the Economist. Suatu masa dahulu, Harare pernah dianggap sebagai bandar berpotensi bagi kerajaan Zimbabwe tetapi disebabkan polisi ekonomi yang teruk, menjerumuskan bandar itu ke dalam keadaan tenat. Inflasi dan kerajaan yang korup membuatkan mata wang mereka bernilai kurang dari 1 sen.
Walaupun mata wang asing diterima pakai di sini, namun tiada pelabur luar yang berani untuk melabur di bandar.
3. Kiev, Ukraine
Ukraine sering berada di ambang rusuhan di mana kerap kali berlaku kejadian merusuh yang telah menyebabkan beratus nyawa melayang dan beribu yang lain cedera. Pelbagai demonstrasi diadakan untuk memprotes hubungan negara dengan Kesatuan Eropah dan seumpaanya. Sementara itu, pada masa yang sama juga, kerajaan Ukraine masih bergelut untuk berdikari sendiri tanpa bantuan luar.
4. Port Au Prince, Haiti
Walaupun sebelum gempa bumi pada 2010 yang telah mengorbankan lebih 100,000 nyawa, Haiti sememangnya tidak pernah menjadi sebuah negara yang menarik untuk dilawati oleh pelancong. Di Port au Prince misalnya, terdapat sebuah kawasan yang dipanggil Cite Soleil yang merupakan salah satu kawasan setinggan yang terbesar di dunia. Kawasan setinggan ini kekurangan penjagaan kesihatan, pendidikan dan penuh dengan kemiskinan.
Lebih memburukkan keadaan, gempa bumi tahun 2010 di Haiti itu telah menyebabkan ramai banduan ganas yang terlepas dari penjara dan tiada langkah yang diambil untuk menangkap mereka semula yang kini hidup bebas di jalanan. Ramai sukarelawan yang membantu mangsa gempa bumi juga dapat merasakan keganasan penduduk di kawasan itu.
5. Ciudad Juarez, Mexico
Dianggap kota yang paling banyak berlaku pembunuhan, Ciudad Juarez sentiasa bergelut dengan korupsi kerajaan, kemiskinan dan sindiket dadah. Ciudad Juarez juga menjadi bandar yang paling banyak membekalkan dadah ke Amerika Syarikat. Kesannya, ramai yang telah dicacatkan dengan sengaja atau dibunuh oleh pengedar dadah atau pihak musuh yang ingin menguasai pasaran dadah di situ.
6. Mogadishu, Somalia
Dilabelkan oleh Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat sebagai bandar paling berbahaya untuk dilawati pada 2014, Mogadishu bukanlah destinasi popular untuk anda lawati. Terlibat dengan perang saudara bertahun lamanya, Mogadishu juga terkenal dengan tragedi Black Hawk Down dan menjadi tumpuan bagi lanun-lanun di Afrika. Ditambah pula dengan kemunculan kumpulan pengganas seperti Al-Shabaab menjadikan Mogadishu sebagai markas mereka menyebabkan bandar ini menjadi antara tempat yang paling tidak patut dikunjungi.
7. Kandahar, Afghanistan
Terlibat dengan peperangan sejak 2001, Kandahar kekal sebagai salah satu tempat pelancongan paling teruk di dunia. Walaupun dikelilingi oleh gunung-ganang yang indah, Kandahar sentiasa menjadi tumpuan pengebom berani mati, penculik dan juga pengganas. Ia juga kekal sebagai salah satu negara termiskin di dunia dengan 25% penduduknya tidak tahu membaca atau menulis.
8. Nigeria
Apabila bercerita tentang Nigeria, tidak kisahlah bandar manapun yang anda ingin lawati dalam negara itu, semuanya adalah teruk belaka. Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan pada tahun 2013, Nigeria berada di tangga 10 tercorot di dalam semua kategori termasuklah korupsi, rasuah, keganasan, jenayah, HIV/AIDS, kemudahan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, Nigeria berada dalam ranking pertama di dunia yang membayar gaji paling tinggi kepada pegawai tinggi kerajaannya. Namun, ia bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan jika rakyat yang selebihnya mati kelaparan.
9. Islamabad, Pakistan
Walaupun tiada kena mengena dengan pengganas yang mendalangi 9/11, namun daerah ini telah lama menjadi tempat persembunyian yang selamat bagi pengganas. Hari ini, pelancong barat yang berkunjung sering ditahan dan disoal siasat oleh badan perisik negara ini. Pengeboman berani mati dan penculikan pelancong dari barat adalah perkara biasa di sini.
10. Damascus, Syria
Sejak Mac 2011, Syria telah terlibat dengan perang saudara yang amat dahsyat bermula dari rusuhan menolak rejim Presiden Assad. Pada Ogos 2013, ketakutan seluruh dunia menjadi nyata apabila tentera Assad menggunakan senjata kimia ke atas rakyatnya sendiri. Serangan senjata kimia diteruskan lagi pada tahun 2017. Sehingga kini, keadaan semakin tegang dan Syria kekal sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling tidak patut dilawati.