Kita pernah melihat pelbagai senjata maju yang dihasilkan pada zaman sekarang di mana kebanyakan daripadanya adalah berbahaya dan membinasakan. Namun, pada zaman dahulu juga terdapat beberapa senjata purba yang sangat inovatif dan berbahaya.
Senjata-senjata ini direka bertujuan untuk menjadi alat paling membinasakan, tidak kira dalam pertempuran satu lawan satu ataupun di medan perang. Berikut adalah senarai beberapa antara senjata purba paling membinasakan.
10. Shuriken
BESARKAN TEKS A- A+
Shuriken adalah senjata kecil yang berasal dari Jepun dan selalunya digunakan sebagai pisau rahsia atau tersembunyi. Senjata ini biasanya berbentuk bintang dengan pelbagai variasi dari sisi tepi. Bahagian tepinya pula dibuat cukup tajam untuk menghasilkan luka yang dalam pada tubuh lawan.
Teknik menggunakan Shuriken ini sering diajarkan di kebanyakan sekolah mempertahankan diri yang mahsyur di Jepun dan China. Sebagai tambahan, Shuriken juga sering direndamkan dalam racun atau diletakkan dalam kawasan berlumpur yang mempunyai najis haiwan supaya ia mengandungi bakteria yang akan menyebabkan jangkitan.
9. Khopesh
Khopesh adalah perang sabit yang berasal dari zaman Mesir Kuno. Pedang panjang jarang digunakan di Mesir dan mereka lebih banyak menggunakan pedang pendek atau pisau belati. Di sinilah terhasilnya Khopes yang merupakan campuran pisau dan pedang pendek yang mempunyai bentuk bulan sabit.
Senjata ini biasanya berukuran 50 hingga 60 cm panjang. Bahagian dalam cangkuk senjata ini tidak diasah tetapi bahagian luarnya dihasilkan menjadi sangat tajam. Selain memotong, senjata ini juga digunakan untuk mencangkuk senjata lain atau pihak lawan. Selalunya, ia diperbuat daripada tembaga atau besi. Beberapa kubur mumia Firaun telah ditemui mengandungi Khopesh yang ditanam bersama mereka.
8. Anak panah berapi
Senjata ini mungkin anda pernah lihat dalam kebanyakan filem atau drama di kaca televisyen. Senjata yang biasanya dipanggil anak panah berapi ini sememangnya menimbulkan keadaan huru-hara dalam pasukan pihak lawan ketika di medan perang.
Mula digunakan sejak abad ke-8, anak panah berapi ini biasanya diperbuat daripada kayu yang mempunyai kain yang direndam dengan minyak di bahagian kepala anak panah. Kebiasaannya, anak panah berapi ini dihasilkan sedikit panjang daripada anak panah biasa, kira-kira 2 meter panjang.
Senjata ini adalah sangat efektif kerana ia dapat melakukan kerosakan yang berskala besar dan diketahui digunakan oleh beberapa tamadun seperti Rom, Assyria, Judea, Jepun dan banyak lagi. Sewaktu zaman Dinasti Song di China, mereka telah mencipta anak panah berapi menggunakan mercun yang diikat pada anak panah.
7. Pisau belati tumbuk
Pisau tumbuk atau dikenali juga sebagai "pisau tangan T" ini adalah senjata maut zaman purba. Ia mendapat nama pisau tangan T kerana bentuknya yang menyerupai huruf T dengan mata tajam di bahagian hadapan.
Cara menggunakan senjata ini adalah dengan menggenggamnya dengan bahagian yang tajam diletakkan antara jari telunjuk dan jari tengah. Senjata kecil yang cukup berbahaya ini diharamkan di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat.
Sejak kurun ke-19, senjata ini digunakan sebagai alat membela diri dan banyak digunakan oleh orang biasa. Ia terhasil daripada pecahan senjata "Katar" yang dihasilkan di India pada kurun ke-14.
6. Keris
Senjata ini sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana ia merupakan senjata tradisi yang digunakan oleh nenek moyang kita sejak ratusan tahun dahulu. Ia juga merupakan senjata purba di beberapa negara asia lain seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina.
Senjata yang direka dengan bilah mata yang berlekuk-lekuk ini bertujuan untuk memaksimumkan keceaderaan akibat kesan tikaman pada pihak lawan. Keris mempunyai kedua-dua bahagian sisi tepi yang diasah tajam.
Selain digunakan untuk bertempur, senjata ini juga digunakan sebagai alat kebesaran diraja dan merupakan lambang kedaulatan orang Melayu sendiri.
5. Haladie
Haladie adalah senjata paling kuat dalam kerajaan Rajput ketika zaman India purba. Senjata ini sering digunakan oleh pembunuh upahan kerana penggunaannya yang mudah untuk menikam dan memotong.
Haladie mempunya 2 mata pisau yang tajam di setiap penghujungnya dan setiap satu mata pisau biasanya berukuran 8.5 inci panjang. Haladie mempunyai pemegang di bahagian tengah dan sesetengah darinya mempunyai pemegang seakan buku lima dengan mata pisau kecil bagi memastikan kecederaan maksimum dapat dilakukan.
4. Shotel
Shotel adalah antara pedang paling membinaskan dan salah satu senjata purba paling berbahaya sepanjang masa. Senjata ini mempunyai penampilan fizik seperti pedang yang mempunyai lengkungan berbentuk separa bulat.
Senjata yang berasal daripada Ethiopia purba ini mempunyai purata panjang kira-kira 40 inci. Pahlawan yang menggunakan pedang ini dinamakan "Shotelai".
Senjata yang menggunakan serangan teknik mencangkuk ini dilaporkan adalah yang terbaik untuk memenggal kepala musuh atau memotong anggota badan yang lain.
3. Katar
Daripada senjata Katar inilah pisau belati tumbuk dihasilkan. Katar dianggap sebagai salah satu senjata paling membunuh pada zaman dahulu. Senjata ini berbentuh seperti huruf H dengan unjuran tajam di bahagian hadapannya. Ia digunakan dengan cara yang sama menggunakan pisau belati tumbuk dan boleh membunuh dengan hanya sekali tumbukan sahaja.
Katar berasal dari negara Asia Selatan atau lebih spesifiknya subkontinen negara India. Dihasilkan pada kurun ke-14 dari Empayar Vijayanagara, senjata ini juga banyak digunakan di bahagian Selatan India sebagai salah satu alat dalam seni mempertahankan diri.
2. Bagh Nakh
Bagh Nakh yang juga dikenali sebagai "vagh nakhya" membawa maksud cakar harimau. Ia merupakan senjata bahaya yang dipakaikan pada jari. Berasal dari India, senjata ini pertama kalinya digunakan oleh Maharaja Shivaji untuk mengalahkan Afzal Khan dari Bijapur. Ia mempunyai empat atau lima bilahan tajam yang dicipta untuk memotong kulit dan isi.
Walaupun senjata ini tidaklah menghasilkan luka yang dalam tetapi ianya sering digunakan bersama racun dan menjadikan senjata ini sebagai pembunuh senyap. Terdapat beberapa lagi viariasi rekaan Bagh Nakh ini, salah satunya mempunyai pisau kecil yang keluar dari bahagian tepi seakan kerambit.
1. Urumi
Senjata ini berasal dari wilayah selatan benua India. Urumi dianggap sebagai senjata kuno paling kuat dan merbahaya sepanjang zaman. Senjata ini diperbuat daripada campuran besi dan tembaga yang fleksibel. Ia kelihatan seakan pedang namun boleh dilenturkan sewaktu menggunakannya, membuatkannya sukar dijangka oleh musuh.
Bukan itu sahaja, Urumi juga dianggap senjata yang paling sukar dikuasai. Fleksibiliti senjata ini boleh menyebabkan bahaya pada pemiliknya jika tidak dikendalikan dengan betul. Senjata ini mempunyai saiz purata 4-5 kaki panjang dan dibina dengan mempunyai bilah tunggal atau banyak.
Sekiranya seseorang itu mahir menggunakan senjata ini, ia boleh menjadi sangat berbahaya kepada pihak lawan kerana mampu mencederakan walaupun pihak lawan itu mempunyai perisai kerana fleksibilitinya. Oleh sebab itu, ia dilabelkan sebagai senjata kuno paling membinasakan.
Rujukan:
2. List Verse
3. List A Maze