Perang zaman dahulu adalah berbeza dengan perang zaman kini. Jika pada hari ini peperangan kita dilakukan lebih kepada dengan menggunakan teknologi (walaupun ada yang secara fizikal), namun pada zaman dahulu peperangan dilakukan tiada dengan cara lain melainkan dengan mengangkat pedang.

Dengan ini, pahlawan adalah kumpulan yang paling penting ketika berlakunya peperangan, atau pencerobohan di sesebuah negara atau kerajaan. Kedamaian dan kekuatan sesebuah kerajaan itu sebahagiannya terletak di bahu pahlawan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin kongsikan antara 5 kumpulan pahlawan paling hebat dan dahsyat dalam sejarah.

5. Spartan

spartan 5 pahlawan perang zaman pubra yang paling power

Spartan sangat terkenal sebagai antara pahlawan yang paling ditakuti dalam sejarah dan antara yang paling brutal. Walaupun ramai yang percaya Spartan hanyalah mitos dan bukan fakta, namun spartan dibesarkan dan dilatih untuk menjadi pahlawan yang kejam. 

Kanak-kanak spartan diperiksa untuk melihat jika ada kecacatan atau ketidakupayaan. Jika terdapat kekurangan, kanak-kanak itu akan dibiarkan mati. Pada usia 7 tahun, kanak-kanak yang melepasi ujian ini akan diambil daripada keluarga dan mula latihan ketenteraan yang sangat dahsyat.

spartan 5 pahlawan perang zaman pubra yang paling power 2

Mereka akan belajar bertarung dan memburu. Untuk melatih kebolehan berdikari, pada usia 12, spartan harus tidur di luar kawasan rumah dan membuat katil sendiri menggunakan buluh serta mencari makanan sendiri dengan cara mencuri.

Jika prestasi spartan seseorang itu tidak memuaskan dia akan dihukum untuk bekerja lebih keras, dan dibuli. Peperangan melibatkan Spartan yang paling terkenal adalah Pertempuran Thermopylae.

Menurut ahli sejarah Herodotus, dalam pertempuran tersebut, kekuatan Spartan yang dipimpin oleh Raja Leonidas hanyalah 5,200 tentera manakala Raja Persia iaitu Xerxes mempunyai kekuatan 2.5 juta tentera. Walaupun dengan jumlah yang terlalu berbeza iaitu 480 kali ganda, Spartan masih mampu bertempur dan membunuh jumlah musuh yang sangat banyak.

4. Samurai

samurai 5 pahlawan perang zaman pubra yang paling power 2

Pahlawan dari Pulau Jepun di zaman pertengahan dikenali sebagai Samurai. Samurai sangat terkenal pada hari ini kerana kemahiran yang sangat tinggi menggunakan pedang ikonik mereka iaitu Katana. Pahlawan ini juga terkenal kerana kesetiaannya dan kemuliannya, namun tidak semestinya begini. 

Terdapat juga Samurai yang pengecut atau tidak setia. Samurai setia kepada orang ketua yang berada betul-betul di atasnya sahaja, tetapi ketuanya tidak selalunya setiap kepada tuannya. Jika pihak atas Samurai berpaling tadah, Samurai juga akan berpaling tadah mengikut pihak atasannya.

samurai 5 pahlawan perang zaman pubra yang paling power

Samurai berpelajaran sebagai pegawai dalam taktik ketenteraan dan strategi utama. Antara samurai yang paling terkenal adalah Hattori Hanzo. Hattori terjun ke dalam pertarungan pertamanya di usia 16 tahun dan berjaya menyelamatkan nyawa anak perempuan Shogun Tokugawa yang telah diculik.

3. Viking

viking 5 pahlawan perang zaman pubra yang paling power 2

Viking merupakan antara kumpulan pahlawan yang paling ditakuti di era mereka. Viking mengembara ke seluruh dunia untuk merompak dan berdagang. Apa yang membuatkan Viking sangat berbahaya adalah mereka percaya hanya kematian mereka sahaja telah ditentukan bila dan dimana, namun perkara lain tidak.

Viking percaya mereka tak akan mati sebelum tiba masanya dan mati tidak dapat dielakkan, memberikan mereka semangat untuk berlawan tanpa rasa takut. Antara pahlawan Viking yang paling menakutkan adalah Berserker.

viking 5 pahlawan perang zaman pubra yang paling power

Berserker dikatakan mampu menggunakan kuasa ajaib untuk memulihkan diri mereka ketika berlawan, membolehkan mereka untuk berlawan dengan melulu. Terdapat teori mengatakan beserker menggunakan dadah dan menjadi berani ketika menyerang.

2. Mongol

mongol 5 pahlawan perang zaman pubra yang paling power

Mongol merupakan pahlawan terhebat pada zaman mereka yang hanya tewas dalam beberapa pertembungan sahaja pada abad ke-13. Mongol kerap mengalahkan musuh yang berkekuatan lebih besar daripada mereka menggunakan taktik yang bijak dan pengalaman yang tinggi.

Kehebatan mereka lebih terserlah kerana dipimpin oleh pemimpin yang sangat hebat iaitu Genghis Khan yang dianggap sebagai antara pakar strategi paling hebat dalam sejarah. Ketika pihak musuh gemar menggunakan serangan dari depan, Mongol menggunakan taktik lencongan yang memerangkap pihak musuh di satu tempat dan terkepung.

mongol 5 pahlawan perang zaman pubra yang paling power 2

Antara taktik yang paling berjaya adalah dengan berpura-pura mengundurkan diri ketika pertarungan dan lari daripada musuh. Ia sangat berbahaya kerana pengunduran diri secara pura-pura boleh menjadi nyata. Namun disebabkan pengalaman, Mongol sudah pakar dengan taktik ini yang membolehkan mereka menjadi empayar paling besar dalam sejarah dunia.

1. Ghazi

ghazi 5 pahlawan perang zaman pubra yang paling power 2

Ghazi (pahlawan) adalah istilah Islam untuk orang yang mengambil bahagian dalam perang agama.. Tidak dinafikan pahlawan Islam satu ketika dahulu merupakan yang terkuat sehinggakan mampu menakluki sebahagian besar dunia. Pahlawan perang yang paling hebat tak lain tak bukan adalah individu bernama Muhammad S.A.W.

Kehebatan yang ada pada Muhammad S.A.W bukanlah sahaja keberanian, tetapi juga kepimpinan yang kuat dan kebijaksanaan yang tinggi. Baginda merupakan perancang yang sangat hebat yang mampu merancang sesuatu yang tidak mampu difahami sepenuhnya oleh tenteranya.

Buktinya adalah ketika Perang Uhud di mana tentera Islam kalah dalam pertempuran akibat tentera pemanah mengingkari arahan taktikal Nabi Muhammad S.A.W iaitu tidak meninggalkan puncak bukit.

ghazi 5 pahlawan perang zaman pubra yang paling power

Bukti kekuatan tentera Islam adalah kemenangan dalam Perang Badar. Walaupun dengan jumlah kekuatan 313 orang yang berhadapan dengan tentera Quraisy yang berjumlah 1,000 orang, tentera Islam telah mengecapi kemenangan yang tersangat penting ini.

Baginda bukan sahaja berani tetapi juga mempunyai peribadi yang sangat hebat, walaupun terhadap musuh. Sebagai contoh, selepas mengalahkan pihak musuh, baginda akan menunjukkan rasa belas kasihan yang menjadi contoh kepada umat Islam yang lain.

Baginda adalah sebenar-benar pahlawan dan contoh kepada ghazi yang lain.




Hakcipta iluminasi.com (2017)