Pendidikan merupakan aset paling penting untuk mengubah nasib sesebuah masyarakat. Pada zaman dahulu, Malaya terketinggalan di belakang dek kerana tiada pendidikan. Sejak kurun ke-18, penjajah British mula membina institusi pendidikan di seluruh Malaya, Sabah dan Sarawak untuk anak-anak mereka.
Di sini iluminasi.com ingin berkongsi 10 sekolah tertua di Malaysia yang sehingga kini masih lagi beroperasi di negeri masing-masing.
10. Sultan Abdul Hamid College (SAHC), Kedah (1908).
BESARKAN TEKS A- A+
Sumber foto: sahc.edu.my
Antara sekolah terawal yang ditubuhkan di Malaysia, Sultan Abdul Hamid College yang kini berusia 109 tahun adalah sekolah Inggeris pertama di Kedah. Sekolah berprestij ini pada asalnya merupakan bangunan kayu yang terletak di antara Mahkamah Tinggi Alor Setar dan Balai Nobat di Jalan Baru (sekarang Jalan Putra).
Sebelum dijadikan sekolah, bangunan kecil ini merupakan pejabat Ketua Menteri Kedah iaitu Wan Md Saman, individu yang bertanggungjawab memperbaiki sistem air di Alor Setar menerusi pembinaan terusan. Pada awalnya, sekolah ini hanya mampu menempatkan tidak lebih 50 orang pelajar
Sumber foto: twicsy.com
Antara bekas pelajar yang menjadi kebanggaan sekolah ini adalah Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama ), Tun Dr. Mahathir (Perdana Menteri Ke-4), Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim dan ramai lagi.
9. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak (1905).
Sumber foto: kualakangsar.net
Malay College Kuala Kangsar (MCKK) yang kini berusia 112 tahun merupakan sekolah berasrama penuh pertama di Malaysia. Ditubuhkan pada 2 Januari 1905, sekolah ini awalnya dikenali sebagai Malay Residential School of Kuala Kangsar.
Sekolah ini adalah hasil buah fikiran R J Wilkinson, seorang pemeriksa sekolah untuk Federated Malay States (FMS). Dalam suratnya yang bertarikh 24 Februari 1904, beliau menulis tentang penubuhan sebuah sekolah demi pendidikan masyarakat Melayu dan mendidik mereka untuk kemasukan ke perkhidmatan awam kerajaan.
Sumber foto: kualakangsar.net
Antara bekas pelajar yang menjadi kebanggaan warga MCKK adalah Tun Razak (bekas Perdana Menteri), Dato' Seri Anwar Ibrahim (Bekas Timbalan Perdana Menteri) dan banyak lagi.
8. Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur (1899).
Sumber foto: stamps-my.club
Kini dikenali sebagai SMK Convent Bukit Nanas, sekolah yang berusia 118 tahun ini diasakan oleh sekumpulan biarawati yang dikenali sebagai 'The Sisters of the Holy Infant Jesus'. Mereka adalah Mother St. Andre, St. Sabine dan Sr. Madeline dari Singapura dengan niat untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak.
Pada 16 Disember 2008, Pos Malaysia telah menghadiahkan empat set premium stem peringatan sebagai saguhati untuk sekolah Premier yang berstatus tinggi dalam bidang akademik, sukan dan aktiviti kurikulum tambahan.
7. Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur (1893).
Sumber foto: ghostsmsia.blogspot.my
Kejayaan Raffles Institution di Singapura telah memberi sumber inspirasi kepada penubuhan Victoria Institution (VI) di Malaya pada 1893. Kini berusia 124 tahun, sekolah ini telah dibuka secara rasmi ketika penjajahan British pada Julai 1894 di Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Sumber foto: ghostsmsia.blogspot.my
Sekolah ini dinamakan bersempena dengan Queen Victoria di United Kingdom untuk memperingati ulang tahun kelahiran ke-50.
6. SMK St. Teresa, Sarawak (1885).
Sumber foto: tshintaluminary.blogspot.com
SMK St. Teresa adalah sekolah menengah perempuan di Kuching yang kini telah berusia 132 tahun. Reverend Father Jackson telah dijemput oleh Rajah Charles Brooke untuk menubuhan sebuah sekolah Katolik di daerah Kuching dan Kanowit.
Dia menamakan sekolah itu untuk mengenang seorang Carmerlite sister, St Teresa, yang dilahirkan di Sepanyol, dari keluarga hartawan dengan nilai moral yang tinggi. Namun, beliau memilih untuk melepaskan segala harta benda dan menjadi seorang biarawati.
5. St George's Girls' School, Pulau Pinang (1884).
Sumber foto: pinterest.com
St George's Girls' School kini telah berusia 133 tahun. Pada asalnya, sekolah ini bermula dengan kelas yang tidak formal oleh Mrs. Biggs, isteri kepada Reverend Biggs L.C. dari St George Colonial Church. Pada masa itu, kelas-kelas diadakan di rumah mereka yang dipanggil 'The Manse' yang terletak di Jalan Farquhar.
Sumber foto: ruggedmom.com
Kini dikenali sebagai SMK(P) St. George, sekolah ini merupakan sekolah menengah perempuan telah berpindah ke Jalan Macalister, Georgetown.
4. Convent Light Street School, Pulau Pinang (1852).
Sumber foto: excel.edu.my
Convent Light Street School (CLSS) yang ditubuhkan sejak 165 tahun lalu, merupakan sekolah perempuan tertua di Pulau Pinang. Sekolah ini diasaskan oleh 3 orang biarawati dari Perancis di bawah dakwah Holy Infant Jesus Missions. Pada awalnya, sekolah ini terletak di Church Street hanyalah sebuah bangsal.
Pada 1859, CLSS dipindahkan ke Rumah Kerajaan dengan tujuh ekar tanah mengelilinginya. CLSS turut berfungsi sebagai rumah anak yatim, dan sekolah berasrama untuk keluarga hartawan termasuklah puteri-puteri kerajaan Siam.
Sumber foto: ghostsmsia.blogspot.com
Harini, sekolah ini menjadi sebuah sekolah awam untuk perempuan.
3. St. Xavier's Institution, Pulau Pinang (1852).
Sumber foto: penang-traveltips.com
St. Xavier's Institution yang kini telah berusia 165 tahun merupakan sekolah lelaki di Georgetown dan dinamakan sebagai mengenang Saint Francis Xavier, pengasas dakwah Kristian dan pengasas bersama Society of Jesus (Jesuit Order).
Sumber foto: wikipedia.org
Walaupun ini merupakan sekolah lelaki, masih terdapat pelajar perempuan yang mendaftar, namun hanya terhad kepada tingkatan 6. Singkatan nama bagi sekolah ini adalah SXI di mana pelajarnya digelar Xaverians atau Lasallians.
2. Malacca High School, Melaka (1826).
Sumber foto: thestar.com.my
Malacca High School merupakan sekolah kedua tertua di Malaysia yang kini telah berusia 191 tahun. Sekolah ini ditubuhkan pada 7 Disember 1826 selepas Melaka dijadikan sebagai tanah jajahan oleh koloni British selepas diserahkan oleh Belanda melalui Perjanjian Anglo-Dutch pada 1824.
Sumber foto: thestar.com.my
Permulaan Malacca High School secara langsung terlibat dalam penutupan sekolah campuran Belanda-Melayu yang ditubuhkan oleh pendakwah Kristian ketika pemerintahan Belanda. Penutupannya adalah disebabkan penyerahan kuasa oleh Belanda kepada British.
1. Penang Free School, Pulau Pinang (1816).
Sumber foto: eearlymalaydoctors.blogspot.my
Penang Free School yang kini telah berusia 201 tahun merupakan sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara dan sekolah pertama yang pernah direkodkan di Malaysia.
Sekolah ini telah diasaskan ketika penjajahan British oleh Rev. Sparke Hutchings, pengasas yang diiktiraf oleh sekolah berkenaan pada 21 Oktober 1816 di Pulau Pinang, Malaya. Antara petisyen awal Hutchings adalah untuk mewujudkan sekolah percuma terutamanya bagi anak-anak yatim dan kanak-kanak miskin.
Sumber foto: travelmalaysiaguide.com
Rujukan: