Apabila bercerita mengenai percutian, ada yang memilih untuk melawat bandar bersejarah, pantai yang cantik atau mungkin pusat membeli-belah. Namun, tidak ramai yang memilih untuk menikmati alam semula jadi yang dipelihara atau lokasi yang dijadikan taman negara.

Terdapat banyak flora dan fauna yang unik dan jarang dilihat berada di sini tanpa sebarang gangguan kemodenan pembangunan atau pencemaran. Kami ingin kongsikan antara 10 tempat pemuliharaan alam semula jadi yang paling terkenal di dunia:

10. Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berkeluasan 3,500 batu persegi dan terkenal dengan kolam air panasnya, Yellowstone juga menjadi habitat hidupan liar seperti beruang Grizzly yang banyak terdapat di sini. Walaupun begitu, serangan dan kematian akibat beruang adalah sangat jarang sekali terjadi iaitu hanya 7 mangsa dalam masa 140 tahun.

taman negara yellowstone amerika syarikat beruang grizzly

Di taman negara ini juga anda boleh melihat hidupan liar yang lain seperti bison, elk, serigala dan juga sistem pancutan dan kolam air panasnya yang terkenal dan unik. Taman negara yang mempunyai gunung berapi ini mempunyai banyak lagi unsur semula jadi yang lain seperti sungai, ngarai gunung, hutan hujan dan sebagainya. Sememangnya Taman Negara Yellowstone merupakan sebuah destinasi percutian yang menarik.

9. Taman Negara Kafue, Zambia

taman negara kafue zambia

Kawasan seluas 22,400 km persegi ini ialah Taman Negara Kafue yang terletak di Zambia dan merupakan taman negara yang terbesar di benua Afrika. Sebahagian dari tempat ini masih belum diterokai. Ia dibangunkan sebagai taman negara pada tahun 1924 oleh Kerajaan Kolonial British dengan memindahkan kaum Nkoya ke penempatan lain dan menjadikan tempat ini sebagai tarikan pelancong.

taman negara kafue papan tanda selamat datang

Kini, tuntutan ganti rugi kepada kaum Nkoya sedang dalam proses kerana pada waktu ia ditubuhkan, sudah menjadi lumrah bagi pihak kolonis melakukan apa yang mereka inginkan pada jajahan mereka tanpa perlu membayar pampasan.

Taman ini penuh dengan hidupan liar seperti gajah, badak, buaya, anjing liar dan sebagainya. Namun yang menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke sini adalah harimau bintang. Sesetengah hidupan liar ini berada di dalam senarai perlindungan pihak berkuasa kerana dikhuatiri akan pupus akibat aktiviti pemburu haram.

8. Taman Negara Bialowieza, Poland

bialowieza

Seperti yang mungkin anda sudah sedia maklum, tidak banyak pusat perlindungan alam semula jadi yang terdapat di Eropah. Ini ekoran kepadatan penduduk di benua itu. Namun, kawasan hutan yang terletak di sempadan Belarus dan Poland ini hampir tidak disentuh. Dengan ketebalan pepohon yang merimbun, ia menjadi habitat bagi elk, bison, rusa dan khinzir liar.

bialowieski taman negara poland

Jika anda melalui hutan di kawasan ini, anda boleh bayangkan sendiri bagaimana keadaan Eropah ketika zaman purba ratusan tahun yang lalu. Jadi, tidak hairanlah jika Taman Negara Bialowieza ini tersenarai sebagai salah satu tapak tinggalan sejarah UNESCO. Tidak ramai manusia yang membina penempatan di sini akan tetapi terdapat sebuah kediaman memburu keluarga diraja Tsar yang digelar Istana Taman. Tempat ini sememangnya berbaloi untuk dikunjungi.

7. Taman Negara Bandhavgarh, India

bandhavgarh

Tempat yang dikenali sebagai tempat melihat harimau paling terkenal di Asia iaitu Taman Negara Bandhavgarh mempunyai keluasan 446km persegi. Ia menjadi tempat pembiakan harimau kumbang dan beberapa spesies rusa.

Taman negara yang terletak di India ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Tala, Magdhi, Khitauli, dan Panpatt. Tala merupakan tempat yang paling popular untuk menjejak dan melihat harimau asia liar.

taman negara bandhavgarh india

Seekor harimau jantan alpha iaitu Bamera menjaga keseluruhan empat kawasan di sini. Bamera adalah anak kepada harimau lagenda yang terkenal di sini iaitu B2. Dilaporkan ia mungkin telah membunuh ayahnya sendiri dalam perebutan kuasa sebagai ketua di situ. Disebabkan pergaduhan antara harimau agak biasa terjadi, pelancong dapat menyaksikan sendiri aksi haiwan liar ini.

6. Taman Negara Uluru-Kata Tjuta, Australia

uluru kata tjuta

Taman negara ini terletak di kawasan tandus di Australia dan terkenal dengan kewujudan pelbagai batu besar berwarna merah. Dari situlah ia mendapat nama Uluru atau juga dikenali dengan nama Ayres Rock.

ayers rock uluru taman negara lokasi sensitif

Tapak ini dijadikan taman perlindungan kerana keunikan dan keindahannya kepada penduduk Australia. Jika berkunjung ke sini anda boleh melihat sendiri beberapa spesies haiwan mamalia yang mendiami kawasan kering dan panas seperti tikus tanah dan kelawar walaupun agak sukar untuk dilihat pada siang hari.

Di sini juga terdapat lebih daripada 13 spesies ular yang menjadikan lokasi ini sebagai habitat dan sejenis katak yang suka bersembunyi di dalam pasir. Tidak kurang juga pelbagai spesis burung yang unik juga boleh dilihat.

5. Pulau Vancouver, Kanada

  vancouver island

Pulau Vancouver merupakan sebuah penempatan yang dibina di kawasan pergunungan di bawah paras laut. Ia terletak di bahagian barat daya dari tanah besar Kanada berkeluasan seluas 460km persegi.

Lokasi ini terkenal dengan tarikan utama iaitu ikan paus yang kerap melalui kawasan ini. Bukan itu sahaja, bahkan ia juga merupakan habitat bagi ikan salmon dan juga beruang grizzly. Penduduk di sini terdiri daripada komuniti bekerja yang kebanyakannya dalam sektor industri perikanan dan juga pembalakan.

ikan paus pulau vancouver kanada

Selain itu, Pulau Vancouver juga mesra pelancong dan sering mengadakan aktiviti perayaan sepanjang tahun seperti Hari Paus Kepulauan Pasifik dan banyak lagi. Sememangnya ia adalah salah sebuah taman negara yang wajib dilawati.

4. Taman Negara Khao Sok, Thailand

khao sok

Banyak tempat di dalam senarai ini yang boleh dikatakan cantik, namun taman negara Khao Sok di Thailand ini merupakan salah satu yang paling cantik dalam dunia. Dengan gunung-ganang, tasik serta hutan hujannya, landskap di sini sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Anda boleh meneroka tempat ini sama ada dengan menaiki gajah, rakit atau dengan kenderaan pacuan empat roda. Di sini terdapat pelbagai spesies hidupan liar seperti harimau belang, harimau kumbang, monyet, gajah dan juga yang paling ditakuti iaitu ular tedung selar yang sememangnya banyak. Walaupun banyak spesies ular berbisa yang terdapat di sini, namun kadar kematian adalah sangat minimum iaitu sekitar 10-20 mangsa sahaja setiap tahun di seluruh negara itu. Ini mungkin taman negara di dalam senarai yang paling hampir dengan Malaysia dan lebih mudah untuk kunjungi.

3. Taman Negara Croajingolong, Australia

croajingolong

Satu lagi taman negara di Australia ialah Taman Negara Croajingolong seluas 875km persegi yang terletak di Victoria, Australia. Tempat ini menjadi habitat semula jadi haiwan tempatan negara ini seperti kanggaru dan juga koala.

croajingolong taman negara australia hiking mendaki

Ia mempunyai kawasan perairan yang menggabungkan Lautan Pasifik pada sebelah selatan dan Sungai Bemm di sebelah barat. Lokasi yang telah dibangunkan ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tempat Ekosistem Dunia yang dilindungi dan terdapat kawasan perkelahan, perkhemahan serta rumah api di pesisiran pantainya yang menjadi tarikan para pelancong. Aktiviti sukan air seperti berkayak dan menaiki bot juga disediakan di sini bagi mereka yang sukakan cabaran.

2. Hutan Simpan Madikwe Game, Afrika Selatan

madikwe game

Anda mungkin tidak biasa dengan terma “Big 5” namun ia kerap digunakan dalam dunia safari yang menggambarkan lima jenis haiwan yang paling ingin dilihat pelancong iaitu singa, gajah, kerbau, harimau bintang dan badak sumbu.

"Big 5" ini juga menjadi kegilaan mereka yang gemar berburu kerana kelima-lima jenis haiwan ini adalah yang paling sukar diburu dengan berjalan kaki. Taman Negara Madikwe Game yang terletak di Afrika Selatan ini dibanggakan kerana menjadi pusat perlindungan “Big 5” yang menjadi tarikan pelancong.

madikwe game afrika selatan hyena

Malah, di sini juga terdapat lebih daripada 61 spesies mamalia yang lain dan lebih 300 spesies burung yang mendiami kawasan seluas 750km persegi ini. Lokasi ini sememangnya sebuah destinasi yang mengagumkan dan menjadi tempat wajib bagi mereka yang gemarkan pengembaraan safari.

1. Hutan Hujan Amazon

amazon 661

Untuk pengetahuan anda, hidupan liar di mana-mana tempat lain di dunia ini tidaklah sehebat seperti yang terdapat di hutan hujan Amazon ini. Dengan skala keluasan 7 juta km persegi, hutan ini menjadi habitat bagi terlalu banyak flora dan fauna dan tidak lupa juga kombinasi haiwan pemangsa yang berbahaya.

hutan amazon bercuti bersama keluarga

Lokasi ini tidaklah begitu mesra pelancong dan agak ekstrim. Namun, amat berbaloi jika anda dapat berkunjung ke sini sekiranya ingin alami dan terokai sendiri alam semula jadi yang sebenar dan terpelihara dengan baik. Banyak aktiviti penyelidikan, ekspedisi dan eksplorasi yang dijalankan di hutan ini sehingga ke hari ini.

Apa-apapun, Taman Negara dan hutan simpan dalam negara kita sendiri juga tidak kurang hebatnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)