Seperti yang umum tahu, agama Islam dan Kristian mempunyai banyak persamaan dan sering dikaitkan antara satu sama lain.
Kedua-dua agama ini mempunyai kitab suci tersendiri iaitu Al-Quran dan Injil.
Fungsi kedua-dua kitab ini sudah tentulah untuk membimbing umat manusia, namun kitab Injil telah melalui beberapa perubahan yang dilakukan oleh manusia, namun ini tidak berlaku kepada Al-Quran.
BESARKAN TEKS A- A+
Walaupun begitu, terdapat banyak persamaan dalam kedua-dua kitab ini dan iluminasi.com kongsikan antara 10 persamaan di antara Al-Quran dan Injil.
1. Nabi Adam
Persamaan pertama adalah Nabi Adam adalah manusia pertama. Peranan Nabi Adam sebagai "bapa umat manusia" digariskan dalam Al-Quran di mana baginda diberikan nama oleh Allah yang dikenali sebagai Adam I-Safi atau "Yang Terpilih".
Genesis 2 dalam kitab Injil pula menyatakan bahawa Tuhan menciptakan Adam daripada debu di atas tanah dan meniupkan nafas ke dalamnya, yang menghidupkan bapa segala manusia ini.
Dalam kedua-dua Al-Quran dan Injil, Nabi Adam dan isterinya Hawa diusir daripada syurga ke dunia, yang menandakan bermulanya perjalanan hidup manusia di muka Bumim
2. Kisah masa depan
Dalam kedua-dua kitab ini, ada diceritakan berkenaan dengan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang.
Al-Quran dan Injil bukan sahaja buku yang menceritakan tentang kisah-kisah sejarah dan memberikan panduan kepada kehidupan manusia sahaja.
Malah, kedua-duanya mengandungi apa yang bakal berlaku pada masa depan seperti Hari Kiamat dan hari kebangkitan.
Orang Islam dan Kristian percaya bahawa Tuhan mengetahui tentang masa depan dan Dia mahu membimbing serta mempersiapkan kita untuk peristiwa-peristiwa yang besar.
Dan ini adalah sebab mengapa penceritaan tentang masa depan adalah komponen utama dalam kedua-dua kitab suci ini.
3. Syurga
Selain itu, Al-Quran dan Injil juga menyatakan tentang syurga.
Walaupun dalam kitab Injil istilah syurga juga boleh digunakan untuk langit dan ruang angkasa, tetapi syurga juga dinyatakan dalam kitab ini sebagai tempat yang nyata di mana mereka yang taat kepada Tuhan akan tinggal suatu hari nanti.
Orang Islam berusaha untuk menjalani kehidupan sebagai hamba Allah dengan tujuan utama iaitu berserah sepenuhnya kepada Allah dan mengharapkan syurga untuk didiami selama-lamanya sebagai balasan.
Syurga merupakan satu tempat yang tersangat indah dan tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa.
Al-Quran juga membandingkan syurga sebagai taman-taman indah dan dalam Injil, syurga dinyatakan mempunyai jalan-jalan dipenuhi emas serta mahligai.
Ini adalah istilah-istilah yang digunakan untuk menggambarkan bagaimana rupa bentuk syurga.
4. Malaikat
Malaikat adalah antara perkara yang dinyatakan dalam kedua-dua kitab suci agama ini. Malaikat digambarkan sebagai makhluk yang sangat kuat dan bercahaya, serta mampu bergerak dengan sangat pantas.
Al-Quran menggambarkan makhluk ini sebagai ciptaan Allah yang menjalankan tugas dengan penuh ketaatan seperti mencatat setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh manusia serta melindungi kita.
Malah, malaikat juga ditugaskan untuk menyampaikan wahyu kepada nabi-nabi dan sesiapa sahaja yang Allah perintahkan.
Dalam Injil, malaikat digambarkan dengan cara yang sama dan mereka diberikan tugas yang serupa seperti menyampaikan mesej ilahi kepada manusia seperti Mariam dan Zakaria.
5. Larangan khinzir
Seperti dalam mana-mana agama, terdapat pelbagai larangan dalam agama Islam dan Kristian. Dan antara larangan yang serupa dapat dilihat dalam kedua-dua kitab ini adalah larangan terhadap haiwan khinzir.
Dalam kitab Alkitab Ibrani (Perjanjian Lama), dinyatakan dalam Deuteronomy 14 ayat 8 bahawa khinzir adalah kotor kepada manusia dan dagingnya tidak boleh dimakan atau bangkainya tidak boleh disentuh manusia.
Al-Quran menyatakan tentang pengharaman khinzir dalam surah Al-Mai'dah ayat 3, iaitu diharamkan memakan bangkai, darah, daging khinzir dan juga haiwan yang disembelih atas nama selain daripada Allah.
Perintah ini dikenakan ke atas manusia untuk melindungi kita dari penyakit yang boleh berlaku daripada memakan khinzir, walaupun kini terdapat pelbagai kepercayaan tentang larangan daging khinzir dalam Injil disebabkan oleh cara moden untuk membersihkan dan menyediakan makanan.
6. Tuhan yang satu
Dalam kedua-dua kitab ini, dinyatakan bahawa hanya terdapat satu sahaja Pencipta yang wujud.
Surah Al-Baqarah ayat 255 menyatakan bahawa tiada siapa yang mempunyai hak untuk disembah, dan Dia yang maha kekal yang memelihara dan melindungi semua yang ada, tidak tidur dan pemilik segala isi syurga dan Bumi.
Dalam kitab Injil Perjanjian Baru pula, hal ini dinyatakan dalam Mark bab 12 ayat 20 hingga 30, di mana ditanyakan perintah yang mana yang paling penting dari semuanya dan Jesus menjawab:
"O Israel, Tuhan kita adalah satu-satunya Tuhan. Cintailah Tuhan dengan segenap hatimu dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu".
7. Kenabian
Antara persamaan yang paling diketahui dalam kedua-dua agama ini sudah tentunya dari segi kenabian.
Kebanyakan umat Islam mengingati nama 25 rasul dan kebanyakan daripada nabi-nabi ini juga disebutkan dalam Injil.
Antaranya termasuklah Adam, Ibrahim (Abraham), Musa (Moses), Yunus (Jonah), Nuh (Noah), Yaakub (Jacob), Ayub (Job), Daud (David), Sulaiman (Solomon), Yahya (John the Baptist) dan Isa (Jesus) terdapat dalam kedua-dua Al-Quran dan Injil.
8. Puasa
Sama seperti Al-Quran, berpuasa juga dimuatkan dalam kitab Injil.
Kedua-dua kitab ini menyatakan hubungan antara puasa dan hubungan kerohanian dengan Tuhan, khususnya dalam Injil di mana dinyatakan bahawa menghilangkan roh-roh jahat tertentu yang merasuk seseorang hanya dapat dilakukan melalui puasa.
Terdapat pertikan dari Gospel of Matthew bab 17 ayat 21: "Perkara seperti ini tidak akan terhapus kecuali dengan doa dan puasa". Ini adalah perkataan Jesus ketika bercakap dengan para muridnya semasa mereka tidak dapat mengusir roh jahat.
Dalam Al-Quran pula, dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa,".
9. Solat
Persamaan yang paling penting dalam kedua-dua kitab ini adalah kewajipan menunaikan solat yang mana dinyatakan berkali-kali dalam Al-Quran.
Allah berfirman dalam surah Taha ayat 14: "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku,".
Dalam kitab Injil, perkara mengenai solat dinyatakan dalam Book of Jeremiah 29 ayat 12: "Dan kamu aku akan memanggil aku dan datang dan solat ke atas aku, dan aku akan mendengar,".
Umat Islam diwajibkan solat lima kali sehari dan dalam Injil terdapat huraian satu prinsip yang menyatakan agar kepada mereka untuk berdoa tanpa henti seperti yang ada dalam Perjanjian Baru.
10. Nabi Isa
Persamaan terakhir yang juga dinyatakan di atas, adalah Jesus atau Nabi Isa.
Jesus atau Nabi Isa dinyatakan dalam kedua-dua kitab suci ini di mana Al-Quran menggambarkan Nabi Isa sebagai seorang nabi yang diberikan wahyu untuk disebarkan kepada semua manusia di Bumi.
Dan walaupun Jesus diakui sebagai anak Tuhan dalam kitab Injil, namun Al-Quran menggunakan gelaran-gelaran untuk Nabi Isa, tetapi bukannya gelaran anak Tuhan.
Gelaran-gelaran seperti pesuruh Allah, Firman Tuhan, anak Mariam dan banyak lagi boleh ditemui dalam kedua-dua kitab inil.
Rujukan:
2. Pen Mag
3. Iqra Sense