Oleh pada 22 Feb 2021 kategori

Dalam penulisan, penggunaan peribahasa atau idiomsmerupakan salah satu cara mudah untuk kita melunakkan bahasa yang digunakan serta memberi penjelasan mudah difahami majoriti pembaca.

Penggunaan peribahasa meluas penggunaannya dalam dua bahasa utama masyarakat Malaysia iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, beberapa pepatah digunapakai bukan saja melalui tulisan bahkan turut digunakan secara vokal khasnya apabila diamal dalam tujuan kiasan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berbeza dengan bahasa Melayu yang peribahasanya datang dari sumber am, banyak peribahasa dalam bahasa Inggeris pula merupakan petikan yang bersumberkan kitab Bible. Berikut adalah lima peribahasa Inggeris yang sebenarnya diambil terus dari kitab tersebut.

1. "Can a leopard change its spots?"

leopard cannot change its spot

Pepatah ini digunakan dalam bahasa Inggeris bagi menggambarkan sifat atau perangai seseorang (kebiasaannya dalam konotasi negatif) yang diandaikan tidak akan berubah sekiranya dia sudah ditakdirkan kekal begitu.

Adakah pernah anda terfikir dari mana datangnya pepatah tersebut? Kisahnya berkait dengan ayat dalam Jeremiah 13:23 yang berbunyi "Can the Ethiopian change his skin or the leopard his spots? Then also you can do good who are accustomed to do evil."

Dalam beberapa versi Bible bukan bahasa Inggeris, istilah 'Ethiopia' yang digunapakai dirujuk dengan istilah 'Cushite', mewakili satu kaum berkulit hitam yang digelarkan 'muka terbakar' (burnt face) yang kini lokasi mereka sekitar negara Sudan.

2. "Like a lamb to the slaughter"

lam to the slaughter

Peribahasa ini seringkali digunakan bagi menggambarkan nasib seseorang yang jatuh/diarahkan melakukan sesuatu yang bakal merugikan mereka, tanpa mereka sedarii mereka dimangsakan.

Pepatah ini digunakan beberapa kali dalam keseluruhan kitab Bible, tetapi rujukan paling tepat terkandung dalam Isaiah 53:7 "He was oppressed and afflicted, yet he did not open his mouth; he was led like a lamb to the slaughter, and as a sheep before its shearers is silent, so he did not open his mouth."

Kisah disebalik peribahasa ini diambil daripada cerita Isaiah, salah seorang yang dipercayai oleh penganut Kristian (serta beberapa aliran Islam) sebagai pesuruh Tuhan lapan abad sebelum tibanya era Jesus Christ.

Isaiahdipercayai mampu meramal apa yang akan berlaku kepada Baginda kelak; yang sabar dan bertahan semasa didakwa dan diseksa, tidak mempertahankan diri walaupun orang sekelilingnya mahu 'menyembelihnya.'

3. 'The land of milk and honey"

the land of milk and honey makna bible

Kerap digunakan bagi menggambarkan sesuatu kawasan atau tempat yang mempunyai sumber alam yang banyak atau sesuatu lokasi yang menawarkan kemewahan, peribahasa ini diambil daripada kisah Moses yang tertulis dalam Exodus dari kitab Bible.

Digunakan sebanyak 20 kali dalam frasa serupa, konsep 'the promised land' atau 'tanah terpilih' yang terkandung dalam ayat ini berkisar kepada perintah Tuhan agar Moses serta pengikutnya Bani Israil berpindah ke tanah subur dipercayai wilayah Kanaan (Canaan) - kini sebahagian daripada Palestin, Jordan, Syria dan Lebanon - bagi membangunkan komuniti mereka.

Kanaan dipercayai mempunyai tanah yang subur, dipenuhi rumput segar, tumbuh-tumbuhan dan sumber air yang banyak bagi pengikut Moses memulakan hidup mereka.

4. "To move mountains"

to move mountains bible makna

Pesanan untuk berusaha keras sehingga mampu menggerakkan sebuah gunung dalam sesuatu amalan, sering digunapakai dalam kitab Bible. Secara simboliknya dalam ajaran Kristian, gunung kerap dijadikan metafora bagi melambangkan sesuatu halangan yang besar tetapi perlu diatasi.

Salah satu petikan yang memaparkan metafora ini adalah dalam Matthew 17:20 yang berbunyi "“And Jesus said unto them, Because of your unbelief: for verily I say unto you, If you have faith as a grain of mustard seed, you shall say unto this mountain, Remove hence to yonder place; and it shall remove; and nothing shall be impossible unto you.”

Peribahasa ini diambil daripada kata-kata Jesus Christ mengajak penganut Kristian supaya beramal walau sedikit pun, tak kiralah kepercayaan mereka sekecil mana sekalipun kerana daripada amalan kecil itu akan boleh berkembang menjadi sesuatu yang besar.

5. "The writing is on the wall"

belshazzar writing on the wall

"The writing is on the wall" seringkali digunapakai bagi menggambarkan nasib atau takdir seseorang yang telah ditetapkan dan penggunaannya pula digunakan sebagai satu bentuk kiasan atau metafora.

Anda mesti ingat 'dinding' yang dimaksudkan adalah satu bentuk kiasan bukan?

Kisah sebenar berkaitan dengan petikan ini sebenarnya memang menceritakan berkenaan sebuah dinding berbentuk fizikal yang benar-benar wujud, bukan hanya sekadar satu unsur simbolik.

Terkandung dalam bab 5 Book of Daniel, petikan popular ini datang dari kisah Raja Belshazzar (atau Balthazar) yang memerintah kerajaan Babylon sekitar tahun 550SM/BC.

Semasa sedang menyambut majlis keraian kejatuhan The First Temple, Belshazzar ternampak wujud tangan yang tidak diketahui siapa pemiliknya menulis di dinding berdekatan beliau tulisan 'mene, mene' tekel, upharsin'.

Teks itu tidak dapat diterjemahkan, sehinggalah Belshazzar memanggil Daniel (dipercayai pesuruh Tuhan zaman tersebut) yang membantu menterjemahkannya.

Daniel menjelaskan maknanya adalah 'numbered, numbered, weighed, divided' yang ditafsirkan sebagai ramalan bahawa kerajaan Belshazzar bakal tumbang kerana telah melanggar arahan Tuhan.

Ramalan itu didakwa benar berlaku, selepas Babylon jatuh ke tangan Jeneral Parsi, Gobyras pada tahun 539SM/BC yang mengakibatkan Belshazzar mati dibunuh.




Hakcipta iluminasi.com (2017)