1. Warga tempatan sukar ditemui
Sumber foto: dubaiexpatblog.com
Warga Emiriah Arab Bersatu atau United Arab Emirates (UAE) cenderung untuk lari dari dunia luar atau lebih tepat lagi berhadapan dengan pelancong dari luar negara. Jadi, simpanlah angan-angan untuk dapat berbual dengan mereka sewaktu melancong di sana. Kebanyakan pelancong asing dapat berjumpa dengan hanya seorang warga UAE semasa bercuti di Dubai. Itu pun mungkin semasa mereka mengecop passport di lapangan terbang.
BESARKAN TEKS A- A+
Kawalan sempadan dilakukan hampir sepenuhnya oleh warga UAE. Ya, majoriti peranan birokratik dipelihara untuk warga tempatan. Ternyata, Dubai bukanlah tempat yang sesuai untuk anda mengetahui cara hidup tempatan secara terperinci. Jika anda mahu berbuat demikian, lawatilah Sheikh Mohammed Museum of Cultural Understanding. Di sana, terdapat insiatif untuk menghubungkan para pelancong dengan warga UAE menerusi aktiviti-aktiviti seperti kelas memasak, makan malam tradisional dan lawatan budaya.
Jumlah warga tempatan UAE juga jauh lebih sedikit berbanding ekspatriat dengan nisbah 6:1. Majoriti penduduknya datang dari negara-negara seperti India, Bangladesh, Pakistan, Asia dan Barat.
2. Bangunan pencakar langit tidak sebanyak disangka
Sumber foto: telegraph.co.uk
Tahukah anda bahawa Dubai mempunyai sejumlah 1344 buah bangunan pencakar langit yang telah siap dibina. Menurut emporis.com, ia sebenarnya sedikit jika dibandingkan dengan negara seperti Hong Kong (6606 buah) dan New York (6180 buah). Bagaimanapun, tiada apa yang dapat mengubah fakta bahawa Burj Khalifa merupakan menara tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter.
Pada tahun 2006, satu perempat kren yang terdapat di dunia berada di tapak pembinaan bangunan-bangunan di Dubai. Namun, kadar pembinaan telah pun menurun selepas krisis kewangan pada tahun 2008.
Jika anda fikir bahawa The Dubai Fountain merupakan sistem air pancut terbesar di dunia, anda ternyata salah. Gelaran itu sebenarnya disandang oleh King Fahd's Fountain di Saudi Arabia. Malah, Dubai tidak boleh mengisytihar bangunan kediaman tertinggi di dunia terhadap Princess Tower yang terletak di Dubai Marina dengan ketinggian 413 meter. Ini kerana ia telah dicantas oleh 432 Park Avenue di New York pada tahun 2014, dengan ketinggian 426 meter.
3. Mempunyai kereta polis yang epik dan mewah
Sumber foto: autoexpress.co.uk
Dengan kewujudan deretan kereta mewah di jalan raya Dubai, penguatkuasa undang-undang tidak ketinggalan untuk menggunakan kenderaan tersebut sewaktu bekerja. Bagi mengatasi kes jenayah, mereka menggunakan kenderaan mewah seperti Lamborghini, Ferrari dan Bentley.
Mereka menambah sebuah McLaren kepada pasukan mereka pada Disember 2013 dan sebuah Bugatti Veyron pada tahun 2014. Dikuasai oleh enjin 691 horsepower mid-mounted V12, Lamborghini Aventador yang digunakan boleh pergi dari 0-60 dalam masa kurang 3 saat dan mempunyai kelajuan maksima 217 batu sejam. Selain itu, BMW i8 mereka pula dapat mengalahkan penjenayah yang melarikan diri dengan pecutan 0-60 dalam masa 4.2 saat.
4. Banyak berhutang dengan Abu Dhabi
Sumber foto asal: usagold.com & nicholsoncartoons.com.au
Burj Khalifa, bangunan pencakar langit paling tinggi di dunia terletak gah di langit Dubai. Tetapi, ia tidak akan menjadi kenyataan tanpa bantuan kewangan dari Abu Dhabi selaku emirat jiran mereka.
Burj Khalifa asalnya dinamakan sebagai "Burj Dubai" yang membawa maksud "menara Dubai". Sejurus sebelum dibuka pada tahun 2010, namanya ditukar sebagai tanda penghormatan Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan, Emir (pemerintah) negara Abu Dhabi and Presiden UAE. Dubai yang telah mengalami krisis kewangan telah pun diselamatkan oleh Sheikh Khalifa sebanyak £6.13 bilion iaitu sebanyak anggaran RM34.9 bilion.
5. Steven Gerrard Tower sepatutnya sudah dibina
Sumber foto: Twitter.com/sportive_23
Disebalik kejayaan seni bina di Dubai seperti pulau buatan manusia dan menara dengan ketinggian memecah rekod dunia, terdapat banyak lagi rekaan luar biasa yang masih sekadar sebuah imaginasi.
Antaranya ialah menara yang namanya diambil sebagai tanda penghormatan kepada seorang bekas pemain bola pasukan Liverpool, iaitu The Steven Gerrard Tower dengan kos anggaran £150 juta bersamaan sekitar RM854 juta.
Nasib sama juga menimpa "International Chess City" yang merupakan sekelompok 32 buah bangunan pencakar langit hitam dan putih yang direka untuk kelihatan seperti permainan catur. Ia telah dicadangkan tetapi tidak terpilih untuk dilaksanakan. Pembinaan Dynamic Tower dimana lantainya dibina untuk berputar juga suatu angan yang tidak kesampaian.
6. Penduduknya kaya tetapi pelupa
Sumber foto: uaezoom.com
Jika anda ragu-ragu bahawa penduduk Dubai sememangnya kaya-raya, cuba lihat kepada statistik barang-barang ditinggal dan dijumpai (lost-and-found) mereka. Pada tahun 2015, seorang penumpang wanita meninggalkan wang tunai berjumlah AED146,000 bersamaan anggaran RM166,630 dalam bilik tandas Lapangan Terbang Dubai yang selamat dipulangkan kepadanya. Manakala sekitar awal tahun 2016, wang tunai bernilai AED42,171 iaitu kira-kira RM48,129 ditinggalkan di tempat barang hilang lapangan terbang tersebut.
Menurut Polis Dubai, dua cincin diamond bernilai AED150,000 iaitu sekitar RM171,195 juga diserahkan kepada pihak berkuasa di lapangan terbang sama. Pada Oktober 2016, seorang pemandu teksi menyerahkan jongkong emas yang telah ditinggalkan di dalam teksi miliknya. Ia bernilai AED3.5million (RM4 juta) dan kemudiannya dipulangkan kepada tuannya.
7. Lelaki jauh lebih ramai berbanding wanita
Sumber foto: pinterest.com/unimatrix69
Dari sejumlah 2.5 juta penduduk negara Dubai, 1.7 juta daripadanya adalah golongan lelaki yang mewakili hampir 70%. Menurut statistik bancian rasmi, golongan wanita pula terdiri daripada cuma lebih 30% penduduk negara itu. Kadar golongan lelaki yang lebih tinggi dikaitkan kerana kebanyakan ekspatriat di bandar tersebut adalah lelaki yang telah meninggalkan keluarga mereka di negara asal.
Sejumlah 58% daripada populasi penduduk Dubai berumur 25 ke 44 tahun dengan majoriti berumur 30 ke 34 tahun. Secara jelasnya, gaya hidup ekspatriat yang cergas dan kompetitif paling sesuai buat golongan anak muda. Buktinya, terdapat hanya 15% penduduk yang berumur 45 atau ke atas.
8. Tengku Mahkotanya gemarkan aktiviti fizikal
Sumber foto asal: p.twipple.jp & Instagram.com/fansfazza3_indo
Anak lelaki kepada pemerintah Dubai, Hamdan bin Mohammed Al Maktoum atau nama panggilannya, Fazza merupakan seorang yang kacak dan mesra media dalam keluarga diraja. Dia dihormati oleh kedua-dua golongan ekspatriat dan masyarakat tempatan. Aktiviti fizikal seperti skydiving, falconry (sukan melibatkan burung helang), memancing dan menyelam merupakan antara hobinya. Dia juga menerbitkan puisi menggunakan gaya Nabati tradisional rantau tersebut yang terdapat pada abad ke-16.
Menerusi akaun Instagramnya, ternyata beliau bukan seorang yang gemar menunjukkan kekayaan yang dimilikinya sebagai seorang golongan diraja Emirati. Beliau lebih suka mengemaskini tentang aktiviti seperti menaiki helikopter, bersantai di dalam jet peribadinya dan bersantai dengan Damian Lewis di Royal Ascot. Selain itu, beliau kerapkali bermain tenis, memeluk kuda dan menjaga bayi. Beliau juga pernah pergi ke London Underground bersama ayahnya.
9. Dibina di atas tapak menyelam mutiara
Sumber foto: pinterest.com/azamaravoyages
Sebelum pelancongan, Dubai memperoleh hasil pendapatannya melalui minyak. Sebelum itu, perikanan, perladangan dan selam mutiara merupakan antara perdagangan utama Emirat. Pada awal abad ke-20, terdapat 300 dhows menyelam mutiara iaitu sejenis bot layar tradisional yang bertapak di Dubai Creek dengan lebih 7000 pelayar di atas kapal.
Mereka akan berada di laut dari pertengahan bulan Mei sehinggalah awal September, menyelam sehingga 14 jam setiap hari sementara wanita akan menjaga keluarga mereka. Kedalaman purata bagi selaman mutiara adalah 10 meter. Penyelam akan mencapai dasar laut dengan bantuan klip hidung dan beban yang diikat di sekeliling pinggang mereka. Ia kemudiannya mengangkat diri mereka pada sebuah tali. Sekitar 50 selaman dibuat setiap hari.
10. Anda boleh membeli apa sahaja dari mesin layan diri
Sumber foto: emirates247.com
The Gold to Go ATM di Dubai Mall membolehkan anda untuk membeli apa sahaja dari syiling emas 2.5 gram dan 24 karat sehinggalah sebuah bar emas seberat 1 auns. Malah, terdapat juga komputer di dalam mesin layan diri yang mengubah harga setiap 10 minit selaras dengan turun naik pasaran pada masa nyata.
Atau anda juga boleh melawat kedai Sharaf DG di pusat beli-belah Times Square Centre dimana anda boleh membeli laptop, tablet, kamera atau telefon dari mesin layan diri di sana.
Rujukan: