Anda semestinya mengetahui sedikit sebanyak fakta tentang Dubai bukan? Kita sedia maklum bandar gah itu dipenuhi dengan penduduk kaya yang mempunyai gaya hidup yang mungkin sedikit sulit untuk kita fahami. Berikut adalah beberapa perkara pelik dan aneh tentang gaya hidup penduduk Dubai yang ingin kami kongsikan bersama anda.

1. Lapangan tenis di puncak tertinggi

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pernahkah anda bermain tenis di atas bangunan tinggi tanpa sebarang penghalang sama sekali? Setelah melihat gambar di atas pasti terlintas di fikiran anda bagaimana jika bola tenisnya terpukul jauh? Selamatkah para pemain tenis tanpa sebarang penghadang keselamatan? Berapa banyak bola tenis yang perlu anda bawa atau apa terjadi kepada bola yang jatuh dari tempat yang begitu tinggi sekali?

Helipad yang terletak di atas bangunan Burj Al- Arab pernah ditukar menjadi sebuah gelanggang tenis pada tahun 2011. Pemain tenis terkenal iaitu Roger Federer dan Andre Agassi pernah dijemput untuk bermain di gelanggang menggayatkan ini.

Selain gelanggang tenis di atas langit, Dubai juga kini sedang dalam proses membina sebuah gelanggang tenis di dalam laut. Dilaporkan pembinaan kompleks itu menelan belanja sekitar USD2.5 bilion. Selepas ini, anda boleh memukul bola tenis sambil ditemani ikan di lautan.

2. Tempat makanan untuk mereka yang tidak mampu

dubai makanan percuma

Meskipun Dubai terkenal dengan penduduk yang majoritinya kaya-raya, namun pihak kerajaan tidak lupa juga kepada golongan yang kurang bernasib baik di sana. Banyak tempat makanan percuma disediakan setiap hari untuk mereka yang tidak mampu atau tidak mempunyai pekerjaan. Walaupun tidak begitu ramai yang mengambil makanan percuma ini, namun inisiatif ini tetap diteruskan.

3. Harga telefon bimbit lebih mahal daripada harga rumah

dubai handphone

Telefon bimbit merupakan satu kemestian bagi setiap orang pada zaman ini. Setiap orang boleh dikatakan mempunyai satu telefon bimbit kerana harganya yang berpatutan. Namun begitu di Dubai terdapat sesetengah telefon bimbit yang harganya lebih mahal daripada harga rumah di Malaysia. Ini kerana ada jenama telefon bimbit yang dijual di sana bersalutkan emas tulen, berlian dan perak. Tidak hairanlah jika harganya begitu mahal sekali.

4. ATM khusus untuk emas

dubai gold atm

Mesin ATM Gold to Go ini sudah wujud sejak tahun 2010 dan terletak di bahagian lobi hotel Emirates Palace di Dubai. Di dalam mesin ATM ini memuatkan sekitar 320 kepingan emas samada dalam bentuk syiling atau ketulan. Bahkan sistemnya yang canggih juga dapat mengemaskini harga emas dunia setiap 10 minit sekali.

5. Iklan mencari jodoh dalam akhbar tempatan

dubai mencari jodoh

Kebiasaannya jika kita membaca akhbar, pasti terdapat ruangan mencari pekerjaan kosong yang diwarwarkan. Berbeza dengan akhbar tempatan di Dubai yang mempunyai ruangan untuk mencari jodoh. Biasanya para bapa akan mengiklankan anak perempuan mereka untuk dikahwinkan namun melihat pada kriteria dan latar belakang pendidikan serta kekayaan keluarga membuatkan ia seperti sesuatu yang sukar namun bukanlah mustahil. Jika berminat, anda boleh mencuba nasib anda di sana.

6. Unta diletakkan di tempat letak kenderaan

dubai unta

Di Dubai memang terkenal dengan haiwan padang pasir ini. Unta boleh dilihat di merata tempat di sana. Disebabkan saiznya yang besar maka tidak hairanlah jika pemilik haiwan ini meletakkannya di tempat parkir kereta.

7. Jalan raya dipenuhi kereta mewah

dubai cars

Kalau di Malaysia kita mungkin sekali-sekala terjumpa kereta mewah atau supercar, namun begitu di Dubai jalan rayanya boleh dikatakan sarat dengan supercar dan seringkali dilihat konvoi-konvoi kelab kenderaan mewah diadakan di sana. Keadaan ini juga sukar dilihat di negara-negara maju yang lain.

8. Bersiar-siar bersama binatang buas

dubai tiger

Anda jangan terkejut ketika berkunjung ke Dubai kerana ramai orang kaya di sana yang memelihara binatang eksotik dan buas sebagai haiwan peliharaan mereka. Seringkali rakyat Dubai kelihatan membawa haiwan mereka bersiar-siar bersama di dalam kenderaan. Antara yang digemari dan dianggap tinggi statusnya ialah membela harimau atau singa.

9. Helikopter sebagai alternatif kesesakan lalulintas

dubai helikopter 476

Anda jangan salah anggap, bukanlah mereka menggunakan helikopter untuk bergerak namun menggunakannya untuk mengangkut kereta mereka yang tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Bagi mereka yang tidak lagi mempunyai masalah kewangan, masa merupakan perkara terpenting buat mereka.

10. Emas dan berlian jadi perhiasan kenderaan

dubai gold car

Mungkin kita biasa melihat telefon bimbit atau beg tangan disaluti emas atau berlian, akan tetapi lain pula di Dubai ceritanya. Kerana terlalu kaya, sesetengah orang kaya di Dubai menghiasi kereta mereka dengan emas dan berlian. Bukan hanya sesetengah bahagian kenderaan namun pada keseluruhan permukaannya. Tidak dapat dibayangkan betapa banyaknya kekayaan yang mereka miliki.

11. Laut menjadi pemandangan bilik tidur

dubai underwater villa

Dubai telah melancarkan rumah terapung yang dikenali sebangai vila dalam air. Seperti rumah moden lain, ia mempunyai 2 tingkat di mana bahagian bawahnya berada di dalam dasar laut. Bilik tidur utama mempunyai tingkap kaca yang menampakkan batu karang serta ikan yang berenang di sekitar rumah.

12. Perpustakaan di pantai

dubai perpustakaan

Pihak berkuasa setempat telah membuat satu kelainan apabila menubuhkan perpustakaan pantai di Dubai untuk menarik minat para pelancong. Jika sebelum ini pantai dikaitkan hanya dengan aktiviti riadah sahaja, namun kini anda boleh membaca sambil menikmati suasana pantai dengan angin dan bunyi ombaknya.

Apa yang telah kami garapkan ini mungkin merupakan perkara pelik pada pandangan kita namun ia adalah perkara biasa di Dubai. Diharap perkongsian ini membantu anda jika ingin melawat negara itu nanti




Hakcipta iluminasi.com (2017)