Setiap hari, penemuan-penemuan baru dilakukan dalam bidang sains dan perubatan yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia.

Sebagai contoh, pada hari ini kita berjaya menghasilkan sel-sel manusia yang boleh tumbuh semula untuk menghasilkan organ-organ dalaman baru dan cuba untuk mencari planet lain seperti Bumi.

Dengan teknologi yang ada sekarang, tak mustahil pelbagai penemuan baru yang tak masuk akal bakal ditemui. iluminasi.com kongsikan 10 penemuan saintifik oleh manusia yang patut dibanggakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Menghubungkan 4 otak tikus bersama-sama

4 otak tikus dihubungkan bersama

Saintis otak dari Pusat Perubatan Universiti Duke telah berjaya menghubungkan 4 otak tikus dewasa. Perkara ini yang mereka gelarkan sebagai "brainet" mampu memproses imej, mencari dan menyimpan maklumat serta meramal cuaca.

Prestasi "komputer organik" ini adalah lebih baik daripada prestasi keseluruhan bagi setiap otak. Bagaimana agaknya rasanya mempunyai 1 otak bagi 4 individu?

9. Tisu yang boleh menyelamatkan sel hidup telah berjaya dicetak

pencetakan tisu hidup

Penyelidik Perubatan Regeneratif dari Institut Wake Forest telah berjaya menghasilkan satu kaedah yang membolehkan pencetakan tisu menjadi kenyataan.

Sel-sel diletakkan di dalam katrij dakwat dan pencetak tersebut telah diprogramkan untuk mencetak tisu dalam susunan tertentu.

Terdahulu, penggunaan teknologi ini agak mencabar kerana sel-sel mati disebabkan oleh kekurangan oksigen dan bahan berkhasiat. Ciptaan ini akan membantu saintis untuk menghasilkan anggota badan dan juga organ dalaman.

8. Ebola telah ditewaskan

vaksin ebola

Pada tahun 2016, Badan Kesihatan Awam Kanada bersama MSD, sebuah syarikat farmaseutikal telah mencipta vaksin untuk penyakit Ebola.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, keberkesanan vaksin ini berbeza dari di antara 75% hingga 100%.

Dengan penghasilan vaksin ini, semuanya telah berubah untuk pertama kali dalam 40 tahun dan kini manusia adalah lebih kuat daripada virus ini.

7. Berjaya sampai ke Pluto

berjaya sampai ke pluto

Misi New Horizon oleh NASA dilancarkan pada tahun 2006 apabila Pluto masih dianggap sebagai planet penuh. Kapal angkasa New Horizons 9 mengambil masa 9 tahun untuk sampai ke lokasi yang disasarkan dan mengambil gambar berwarna planet Pluto yang pertama dan Charon, bulan terbesar bagi planet ini.

Kini tiada lagi planet yang tidak dijumpai dalam Sistem Suria.

6. Manusia berjaya menggantikan bahagian-bahagian DNA

dna manusia

Sekumpulan saintis dari China dan Amerika Syarikat terus melakukan kajian terhadap alat penyunting CRISPR-Cas9, yang membolehkan manusia memotong bahagian DNA, mengubah dan menyuntingnya.

Kini kita hampir mempunyai peluang untuk mengubah genom dalam badan manusia. Ia mungkin dapat membantu doktor dalam menyembuhkan penyakit yang berlaku disebabkan oleh genetik.

4. Menemui cara melambatkan penuaan

manusia cuba melambatkan penuaan 490

Sekumpulan saintis dari Universiti Stanford telah menghasilkan cara untuk memanjangkan telomer manusia, iaitu pelindung pada hujung helaian DNA dengan sebanyak 1,000 nukleotida.

Semakin muda seseorang, semakin panjang telomer mereka. Apabila masa berlalu, telomer ini akan menjadi semakin pendek, menjadikan seseorang itu tua. 

Namun, seseorang itu mampu memperlahankan proses ini jika mengamalkan gaya hidup sihat, namun saintis dari Stanford mempunyai pendekatan baru.

Mereka telah membuktikan bahawa hujung helai DNA yang dikenali sebagai kromosim, boleh diubah suai.

3. Berjaya "menyunting" embrio manusia

embrio manusia

Pada 27 Julai 2017 di Portland, Amerika Syarikat, sekumpulan saintis telah membuka jalan ke era baru dalam bidang perubatan.

Dengan bantuan CRISPR (sekumpulan urutan DNA yang dijumpai dalam genom organisma prokariotik seperti bakteria dan archaea), mereka telah berjaya menghapuskan masalah jantung diwarisi yang dikaitkan dengan penyakit jantung.

Kini saintis dapat menyunting DNA dengan memasukkan dan mengeluarkan unsur-unsur dan menggantikan bahagiannya. Proses ini begitu tepat sehinggakan para saintis dapat mencuba banyak kombinasi kimia sebelum melakukan pembetulan tertentu.

8. Berjaya mencipta antibiotik terhadap bakteria yang tahan terhadap kebanyakan ubat

antibiotik terhadap bakteria yang tahan terhadap ubat

Pada penyelidik dari NovoBiotic Pharmaceutical telah membangunkan satu alat yang boleh diletakkan di dalam tanah untuk membolehkan bakteria hidup dalam alam semulajadi mereka.

Salah satu bahan yang dihasilkan oleh bakteria ternyata sangat berkesan terhadap kebanyakan bakteria yang tahan terhadap antibiotik lain.

Bahan yang dihasilkan bakteria itu dikenali sebagai teixobactin. Kompaun ini membunuh bakteria dengan menyebabkan dinding selnya pecah.

2. Berjaya hasilkan rahim buatan

rahim buatan

Pada paril 2017, pasukan dari Hospital Kanak-Kanak Philadelphia telah berjaya menghasilkan rahim untuk menyelamatkan seekor kambing pra-matang. 

Dan pada masa depan, peranti ini mungkin dapat membantu para doktor untuk mencegah kematian dan penyakit pada bayi pra-matang di bawah usia 37 minggu.

Walaubagaimanapun, ketika ini rahim tiruan ini tidak boleh digunakan untuk membuatkan kanak-kanak pra-matang terus hidup kerana peranti ini tidak mempunyai semua ciri-ciri rahim dan plasenta sebenar, yang membekalkan janin dengan oksigen dan nutrien.

1. Menemukan planet yang sesuai untuk kehidupan manusia

planet yang mungkin boleh menjadi bumi kedua 686

Para saintis dari Organisasi Penyelidikan Astronomi Eropah telah menemui sebuah planet, LHS 1140b, yang mungkin sesuai untuk kehidupan manusia.

Planet yang mungkin boleh menjadi rumah kedua bagi populasi manusia ini terletak di zon yang boleh dihuni, dengan jarak hanya 40 tahun cahaya dari Bumi.

Menurut versi sebelum ini, planet yang mengorbit bintang kerdil merah ini mempunyai asas untuk menyokong kehidupan. LHS 1140b ini berbatu dan mampu untuk mengekalkan atmosfera. Juga terdapat kemungkinan terdapat air di permukaannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)