Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana orang yang kurang penglihatan atau buta mengetahui jumlah wang kertas tersebut?
Minggu lepas semasa menemani emak ke pasar, seperti biasa kelihatan beberapa orang kurang penglihatan atau kurang upaya duduk di atas kerusi sambil memegang tabung. Setiap orang yang memberi sumbangan akan diberikan tisu.
Daripada beberapa orang tersebut, terlihat seorang daripadnya mengusap-usap tangan pada not kertas tersebut. Begitulah caranya mereka membaca atau mengetahui nilai wang kertas tersebut. Sama juga jika ingin membaca, golongan kurang penglihatan atau buta ini mempunyai kelebihan membaca tulisan braille. Sesungguhnya deria sentuhan mereka sangat kuat.
BESARKAN TEKS A- A+
Mari lihat bahagian pada not kertas wang ringgit Malaysia yang boleh kita sentuh untuk mengetahui nilainya.
1. Pada not RM1 ini, terdapat satu garisan melintang pada bahagian bucu bawah dan kiri.
2. Pada not RM10 ini, terdapat dua garisan melintang pada bahagian bucubawah dan kiri.
3. Pada not RM20 ini, terdapat dua garisan menegak pada bahagian bucu bawah dan kiri.
4. Pada not RM100 ini, terdapat 3 bentuk diamond pada bahagian bucu atas dan kiri.
Menarik bukan?
Selain itu, kebanyakan lif kini juga sudah dilengkapi dengan tulisan braille pada butang lif.