Semua yang berkilauan tak semestinya emas, tetapi jangan bimbang kerana masih terdapat banyak lagi emas di dunia. Namun, kebanyakan kekayaan ini tidak diagihkan dan pengeluaran emas berbeza-beza di setiap negara.

Dari keturunan yang tidak dikenali seperti Uzbekistan kepada juara dunia emas satu ketika dahulu iaitu Afrika Selatan, pengeluaran emas berpuluh-puluh tan setahun adalah biasa bagi negara-negara yang kaya dengan sumber logam ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan walaupun emas bukanlah logam yang paling berharga di atas muka bumi, namun ia menjadi kegilaan manusia. iluminasi.com kongsikan 10 negara pengeluar emas paling besar di dunia.

10. Uzbekistan – 90,000 kilogram

uzbekistan pengeluar emas kesepuluh terbesar di dunia

Uzbekistan adalah salah satu daripada dua negara di dunia yang dikelilingi daratan oleh daratan, tetapi itu tidak bermakna ia kekurangan sumber yang berharga.

Berada di nombor 10 dalam senarai ini, Uzbekistan menghasilkan 90,000 kilogram emas setahun. Kebanyakan emas negara itu dinasionalisasi dan dimiliki oleh perlombongan Navoi Mining and Metallurgial Combinant.

Walaupun Uzbekistan berada di bahagian bawah senarai sepuluh teratas ini, ia mempunyai satu kebanggan iaitu lombong terbuka terbesar di dunia, iaitu lombong Murutau.

Emas bukanlah satu-satunya sumber berharga yang terdapt Uzbekistan. Ia juga mempunyai rizab, tembaga, molybdenum, dan uranium yang mengagumkan.

9. Indonesia – 100,000 kilogram

indonesia pengeluar emas kesembilan terbesar di dunia

Walaupun Uzbekistan mempunyai lombong terbuka terbesar di dunia, namun rekod untuk lombong emas terbesar di dunia menjadi milik Indonesia, iaitu Grasberg.

Lombong ini mempunyai 19,000 orang pekerja. Malangnya, ia juga dianggap sebagai salah satu lokasi yang paling toksik di dunia.

Lombong ini mengeluarkan 1,000 tan raksa ke atmosfera setiap tahun, selain menghasilkan 100,000 kilogram emas.

Malah, orang-orang yang tinggal berhampiran lombong ini memakan ikan yang mengandungi dua kali ganda jumlah merkuri yang disyorkan, memberikan kesan yang membahayakan kepada penduduk setempat.

8. Ghana – 100,000 kilogram

pekerja lombong emas di ghana

Dikenali sebagai Gold Coast satu ketika dulu kerana dilimpahi dengan logam ini, Ghana menghasilkan 100 tan emas pada tahun 2011, walaupun bekalannya berkurang kerana hanya terdapat kira-kira 1,400 tan rizab.

Industri perlombongan emas Ghana membentuk 5% daripada KDNK negara, dan mineral adalah 37% daripada eksport negara.

Ghana adalah yang kedua dalam senarai negara pengeluar emas terbesar di Afrika, di belakang Afrika Selatan.

7. Kanada – 110,000 kilogram

kanada pengeluar emas ketujuh terbesar di dunia

Kanada adalah tanah yang dipenuhi salji, minyak, dan logam berharga. Majoriti emas Kanada adalah dari Ontario, terutamanya lombong emas Red Lake.

Lombong emas Kanada adalah antara yang terkecil dalam senarai sepuluh senarai negara pengeluar emas tertinggi.

6. Peru – 150,000 kilogram

lombong emas di peru

Peru adalah negara pengeluar emas terbesar di Amerika Latin dan kedua terbesar di benua Amerika di belakang Amerika Syarikat.

Walaupun negara ini mendapat pulangan yang agak besar dari keuntungan emas, namun harga perlombongan emas mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar.

Perlombongan di Peru telah meningkat sebanyak 400% dalam dekad yang lalu bermaksud sejumlah besar telah diambil dari Amazon Peru.

Masalah dengan lombong emas Peru ialah kebanyakannya terletak di puncak gunung, dan gunung serta tanah di kawasan sekitarnya mengalami kesan daripada proses perlombongan.

5. Afrika Selatan – 190,000 kilogram

afrika selatan pernah menjadi pengeluar emas terbesar di dunia

Negara pengeluar emas nombor satu di seluruh benua Afrika adalah Afrika Selatan, dengan 190,000 kilogram emas setahun. Mungkin perkara paling menakjubkan tentang perlombongan emas di Afrika Selatan ialah masih terdapat lebih daripada 6,000 tan yang belum ditemui.

Malah, sehingga tahun 2006, Afrika Selatan dianggap sebagai pengeluar terbesar emas di planet ini. Dan walaupun mereka agak ketinggalan ketika ini namun masih berpeluang untuk mengejar yang lain.

Perlombongan emas di Afrika Selatan menjadi daya penggerak terbesar di sebalik penyertaan negara ini dalam ekonomi global. Anjuran emas (gold rush) 1886 Afrika Selatan membawa kepada penubuhan Johannesburg, bandar terbesar di negara ini hari ini.

4. Rusia – 200,000 kilogram

rusia pengeluar emas keempat terbesar di dunia

Dengan keluasan hampir satu perenam daripada daratan dunia, tidak hairan bahawa Rusia dipenuhi dengan emas.

Walaupun terdpat lebih 5,000 tan emas yang masih tidak tersentuh di bahagian timur menghampiri Siberia di sebalik itu, namun Rusia terus mengimport emas untuk memenuhi nasfu yang tak pernah puas terhadap logam berkilat ini.

Pada tahun 2012, Rusia mengimport kira-kira 5% lagi rizab mereka bersamaan lebih daripada 900 tan emas yang disimpan di bank.

Sama ada berada di bank atau di bawah tanah, Rusia sangat menyukai emas milik mereka.

3. Amerika Syarikat – 237,000 kilogram

amerika syarikat pengeluar emas ketiga terbesar di dunia

Mengatasi Rusia adalah seteru Perang Dingin mereka iaitu Amerika Serikat, pengeluar emas ketiga terbesar di dunia ketikga ini.

Walaupun lombong-lombongnya kebanyakannya di Nevada (berdekatan dengan Las Vegas) dan Montana, namun kebanyakan emasnya berada di dalam peti besi di bawah tanah New York City, Fort Knox, dan di tempat-tempat lain.

Lebih 8,000 tan emas disimpian dalam peti besi oleh Federal Reserve dan Jabatan Perbendaharaan. Jumlahnya bersamaan dengan 75% daripada jumlah rizab asing.

Angka pengeluaran semasa yang tinggi adalah disebabkan oleh pembukaan semula lombong yang tidak berfungsi di Montana ketika harga emas semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

2. Australia – 270,000 kilogram

mencari emas di australia

Para pelombong di negara "Land Down Under" ini sedang bekerja dengan mantap di bawah tanah tandus mereka untuk mendapatkan hasil yang lumayan dan berada di kedudukan kedua sebagai pengeluar emas terbesar dunia dengan sebanyak 270,000 kilogram emas.

Dua pertiga daripada keseluruhannya berasal dari lombong di Australia Barat, yang berpangkalan di Perth. Lombong terbuka terbesar di benua itu, yang dinamakan Golden Mile menerajui negara dalam pengeluaran eksport berharga ini memberikan Australia pulangan sebanyak RM58.2 bilion.

Sebagai tambahan kepada kira-kira 7,400 tan rizab yang belum dilombing, Australia memegang sekitar 80 tan emas atau 9.3% rizab asingnya.

1. China – 355,000 kilogram

china pengeluar emas nombor 1 dunia

Berada senarai teratas mengatasi semua negara tak lain tak bukan adalah China yang melombong hampir 1 per 3 lebih daripada pesaing terdekatnya.

Sebagai tambahan sebagai pengeluar terbesar, China juga adalah pengguina emas nombor 1 dunia, sesuai dengan negara yang mana pembangunannya telah mengeluarkan beratus juta penduduk negara ini daripada kemiskinan.

Kebanyakan lombong terletak di Wilayah Shandong, di tengah-tengah jalan antara Beijing dan Shanghai. Kira-kira seperlima daripada pengeluarannya dikawal oleh China National Gold Group.

Walaupun lombong-lombong emas China luas, namun hanya 1,000 tan sahaja dipegang sebagai rizab, jumlah yang sangat besar berbanding yang lain namun hanya 1.7% sahaja daripada pegangan asingnya.

Lebih daripada 1,900 tan masih berada di dalam tanah walaupun ia digali dengan begitu pantas. Kadar tahunannya meningkat lebih daripada 10% dan kemungkinan akan meningkat dengan harga emas yang lebih tinggi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)