Mempunyai sumber minyak dan gas merupakan satu kelebihan besar pada sesebuah negara, dengan banyak negara menjadi eksport minyak sebagai salah satu punca pendapatan negara terbesar.

Negara-negara seperti Kuwait, Arab Saudi, Oman, Venezuela dan Azerbaijan mempunyai sistem ekonomi yang sangat bergantung dengan harga minyak, secara purata 30% pendapatan negara-negara yang disebutkan datang daripada hasil eksport minyak sahaja. Ini menyebabkan negara-negara tersebut akan mengalami risiko besar setiap kali berlakunya kejatuhan harga minyak kerana apabila harga minyak turun mendadak, 10-15% belanjawan negara mereka hangus.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Negara kita juga sebelum ini bergantung kepada eksport minyak tetapi sedikit sebanyak telah berjaya keluar daripada kebergantungan itu, namun belanjawan negara kita masih lagi 20-22% datangnya daripada eksport minyak.

1. China

china pengeluar terbesar minyak mentah

Di kalangan negara Asia, China mendahului kesemua negara, jauh meninggalkan negara lain dengan pengeluaran 4 juta tong sehari, yang pernah mencapai 4.6 juta pada tahun 2014.

Bertanggungjawab mengeluarkan lebih 53% jumlah pengeluaran di Asia, pengeluaran China sebanyak 4 juta tong sehari bagaimanapun kerdil berbanding penggunaan domestik mereka sehari yang mencecah 12 juta tong. (rujukan)

2. Indonesia

indonesia negara pengeluar minyak

Pernah bergelar gergasi minyak suatu masa dulu, industri minyak dan gas Indonesia mengalami kejatuhan mendadak ekoran kejatuhan harga minyak. Pada waktu kemuncaknya, Indonesia pernah mengeluarkan hampir 1.5 juta tong sehari serta menjadi tuan rumah persidangan OPEC.

Kebanyakan proses mencari sumber minyak Indonesia dikatakan kurang berhasil serta sulit ekoran masalah birokrasi. Walaupun begitu, di kalangan negara Asia, Indonesia menduduki tempat kedua dengan pengeluaran 830 ribu tong sehari. Bagaimanapun, jumlah kegunaan domestik mereka juga tinggi pada tahap 1.6 juta tong sehari.

3. India

india negara pengeluar minyak

India menduduki tempat kedua (atau ketiga) dalam jumlah pengeluaran minyak dengan mengeluarkan hampir 735 ribu ke 980 ribu tong sehari untuk pasaran eksport.

Kerajaan India mengalami masalah dalam meningkatkan pengeluaran dan mengumumkan pada Oktober 2017 rancangan mereka bagi membuka peluang kepada syarikat-syarikat luar membuka telaga minyak baru, bagi menampung jumlah kegunaan mereka sehari yang ke empat tertinggi di dunia, iaitu sekitar 4.2 juta tong sehari.

Menurut ramalan, penggunaan minyak di India jika kekal dengan skala sekarang, akan menjadikan India negara pengguna minyak terbesar dunia pada tahun 2035. (rujukan)

4. Malaysia

malaysia petronas negara pengeluar minyak

Negara kita menduduki tempat ke empat di kalangan negara Asia, dengan pengeluaran sehari berjumlah 670 ribu tong. Bagaimanapun ramalan menjangkakan jumlah pengeluaran di negara kita akan menurun kepada 635 ribu satu tong sehari pada tahun 2024.

Jumlah kegunaan minyak di negara kita pula berada pada paras 830 ribu tong sehari. Berdasarkan pengumuman kerajaan Malaysia pada tahun 2014, Malaysia telah bertukar status menjadi negara pengimport minyak ketika berlakunya krisis harga minyak dunia. (rujukan)

5. Thailand

thailand negara pengeluar minyak

Thailand adalah negara yang berada di tempat kelima senarai pengeluar minyak terbesar di Asia, dengan purata pengeluaran 250 ke 400 ribu tong sehari, berdasarkan beberapa sumber.

Pengeluaran minyak di Thailand meningkat dari tahun ke tahun tetapi masih tidak sejajar dengan jumlah keperluan domestik mereka di mana Thailand memerlukan 1.3 juta tong sehari. Atas penurunan pengeluaran di Thailand yang merencatkan ekonomi, beberapa siri eksplorasi mencari sumber baru minyak telah dimulakan pada tahun 2009, di beberapa lokasi Bualuang, Songkhla dan Bua Han. (rujukan)

6. Brunei

petroleum brunei negara pengeluar minyak

Negara terakhir yang berada dalam senarai adalah Brunei dengan jumlah pengeluaran sekitar 219-220 ribu tong sehari.

Jika anda bertanya bagaimana kerajaan Brunei mampu meletakkan harga minyak yang sangat rendah untuk dijual dalam pasaran mereka , ini kerana jumlah keperluan domestik mereka sehari hanya sekitar 18 ribu tong sehari dengan jumlah populasi 440 ribu orang penduduk.

Bandingkan kuasa ekonomi Brunei yang mempunyai pengeluaran minyak hampir 1/3 negara kita tetapi hanya menggunakan 18 ribu tong sehari dalam populasi 440 ribu orang, dengan mana-mana negara lain dalam Asia. Tidak menghairankan andai harga minyak petrol dan diesel Brunei jauh bezanya dengan negara-negara di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, dengan 60% pendapatan negara di sumbang hasil minyak, 24 ribu rakyat mereka bergantung dengan industri minyak dan gas serta kekurangan pembukaan industri lain yang mampu menyumbang kepada ekonomi Brunei, situasi itu jika kekal, mampu membuatkan negara tersebut mengalami kemerosotan teruk jika dunia mula beralih kepada sumber tenaga lain pada masa hadapan. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)