Emas adalah antara logam yang paling berharga di atas muka Bumi dan ini membuatkan syarikat-syarikat perlombongan menghabiskan sejumlah yang yang besar untuk mencarinya.

Malah, pemburuan emas besar-besaran kerap kali berlaku dalam sejarah di mana orang ramai berpusu-pusu mencari emas.

Antara pemburuan emas terbesar dalam sejarah manusia bermula di New South Wales, Australia, pada tahun 1851.

BESARKAN TEKS     A-  A+

pemburuan emas serra pelada di para brazil pada tahun 1980 an

(Pemburuan emas Serra Pelada di Para, Brazil pada tahun 1980-an)

Dalam kebanyakan kes, emas dalam bentuk ketulan nugget bersaiz agak kecil biasanya ditemui selepas segala kotoran dan tanah ditapis.

Namun, bukan semua emas nugget bersaiz kecil dan sepanjang sejarah, manusia telah menemui emas nugget yang sangat besar.

iluminasi.com kongsikan 10 ketulan nugget emas paling besar dan berat pernah ditemui.

10. Monumental Nugget - 48.1kg

nugget emas monumental nugget

Ketulan nugget emas paling besar pernah ditemui di Amerika diberikan nama yang sangat sesuai iaitu "Monumental".

Mempunyai berat antara 46.7 kilogram dan 48.1 kilogram, ketulan emas Monumental ini ditemui oleh lima penggali pada Ogos 1869 di Monumental Claim di Sierra County, California.

Ia kemudiannya dijual kepada seorang pemilik hotel kaya raya iaitu Robert B. Woodward selepas tawar-menawar, dengan harga $13,000 pada ketika itu, atau RM972,240 hari ini.

Ini menjadikannya yang paling murah dalam senarai ini iaitu RM20.2 se-gram.

9. Precious Nugget - 48.7kg

precious nugget

Precious Nugget ditemui di Catto's Paddock, Berlin yang terletak di Victoria, Australia, oleh penggali China.

Digali pada Januari 1871, nugget emas ini dianggarkan bernilai £6,868 bersamaan RM4.05 juta hari ini.

Walaupun ditemui oleh penggali China, namun nugget emas ini dinamakan bersempena nama tuan tanah di mana emas ini ditemui iaitu Precious C. Williams.

8. Blanche Barkly Nugget - 49.4kg

blanche barkly nugget

Blanche Barkly ditemui oleh satu kumpulan yang diketuai oleh penggali Scotland Sam Napier pada Ogos 1857.

Ditemui di Kingower di Victoria, Australia, ketulan emas ini dinamakan bersempena nama anak perempuan Gabenor pada ketika itu dan dihantar ke London menaiki kapa dan dipamerkan di Crystal Palace.

Nugget emas ini kemudiannya dijual kepada Bank of England pada harga £12,000 atau RM6.89 juta hari ini, bersamaan RM139.47 se-gram.

Ia kemudiannya dileburkan untuk menghasilkan 1,000 duit syiling berdaulat.

7. Leg of Mutton/Canadian Nugget - 60.8kg

leg of mutton nugget emas

Ketulan emas nugget terbesar yang ditemui di Canadian Gully, Ballarat semasa Victorian Gold Rush, iaitu Leg of Mutton atau Canadian dijumpai pada Hari Tahun Baru 1853..

Leg of Mutton ditemui pada kedalaman 18.3 meter di bawah tanah dengan berat mencecah 60.8 kilogram.

Ketulan emas ini kemudiannya dijual dengan harga yang agak murah berbanding ketulan emas lain, iaitu pada £5,532 bersamaan dengan RM3.6 juta, menjadikan harganya kepada RM59.43 se-gram.

6. Canaã Nugget - 60.8kg

ketulan emas cana nugget

Dikenali sebagai ketulan nugget emas tulen terbesar di planet ini yang masih kekal utuh, Canaã adalah gumpalan emas yang diekstrak semasa pemburuan emas Serra Pelada Gold Rush Brazil pada awal 1980-an.

Bernilai RM10.53 juta, ia kini dipamerkan kepada orang awam di Muzium Pusat Banco di Brazil, bersama-sama ketulan emas lain yang lebih kecil.

5. RNC Minerals' 2 'Nugget - 63kg

rnc minerals 2 nugget ketulan emas

Bukanlah ketulan emas sebenar disebabkan oleh kandungannya yang tidak tulen, batu sangat besar yang bertatahkan emas ini ditemui pada September 2018 di lombong Beta Hunt di Kambalda, Australia Barat, milik RNC Minerals.

Batu tersebut adalah seberat 63 kilogram namun ia hanya mengandungi emas tulen seberat 45.4 kilogram dan dianggarkan bernilai RM8.1 juta, atau RM178.4 se-gram.

4. Welcome Nugget - 69kg

ketulan emas welcome nugget

Ketulan emas keempat paling besar di dunia ditemui di Ballarat, Australia dan diberikan nama Welcome Nugget.

Welcome Nugget digali oleh sekumpulan pelombong dari Cornwall, England pada Jun 1858.

Dengan berat mencecah 69 kilogram, ia dijual dengan harga £10,500 pada ketika itu, yang bersamaan dengan RM6.89 juta hari ini, atau RM99.85 se-gram.

Sama seperti Blanche Barkly Nugget, ketulan emas gergasi ini dipamerkan di Istana Kristal London, dan akhirnya dibeli oleh Royal Mint lalu dicairkan menjadi syiling berdaulat.

3. RNC Minerals' 1 'Nugget' - 95kg

ketulan emas rnc minerals 1 nugget

Para penggali yang bekerja untuk RNC Minerals telah menggali batu bertatahkan emas di lombong Beta Hunt di Australia Barat pada September 2018.

Batu bertatahkan emas yang sangat berat ini mencecah 95 kilogram dan dikatakan mengandungi 68 kilogram emas tulen yang bernilai RM12 juta, atau RM176.47 se-gram.

2. Welcome Stranger Nugget - 109.59 kg

penemuan ketulan emas welcome stranger nugget

Welcome Stranger yang merupakan "datuk" kepada semua ketulan nugget emas, dikenali sebagai nugget emas tulen paling berat pernah ditemui manusia ketika ini.

Pada tahun 1850-an, beribu-ribu orang dari bahagian Australia lain dan seluruh dunia mengembara ke Victoria, Australia untuk mencari kekayaan, sebagai sebahagian daripada pemburuan emas Victoria.

Namun bagi kebanyakan daripada mereka, hasrat mereka tidak tercapai.

ketulan emas welcome stranger nugget

Tetapi bagi dua pelombong Cornish dari United Kingdom iaitu John Deason dan Richard Oates, usaha mereka berhasil pada 5 Februari 1869.

Pada tahun 1862, mereka tiba di Moliagul, Australia dan setelah tujuh tahun mencari emas dan meneruskan hidup, mereka menemui ketulan emas.

Apa yang menariknya adalah Welcome Stranger ditemui hanya pada kedalaman 3 sentimeter di bawah permukaan tanah, seberat 109.59 kilogram dengan panjang 61 sentimeter dan lebar 31 sentimeter.

penemuan ketulan emas welcome stranger nugget 2

Ia tersangat besar sehinggakan John menulis, "Saya cuba mencungkil ketulan emas tersebut menggunakan pencungkil namun pemegangnya patah. Kemudian saya mendapatkan crowbar dan menarik ketulan emas itu ke atas tanah,". 

Mereka kemudiannya membawa ketulan emas itu ke bandar Dunolly kira-kira 20 kilometer dari situ di mana ia ditimbang di London Chartered Bank.

lokasi penemuan nugget emas welcome stranger

(Sebuah monumen menandakan tempat di mana Welcome Stranger ditemui)

Ketika penemuan ini, masih belum ada penimbang yang dapat menimbang ketulan emas sebesar ini dan oleh kerana ia terlalu besar, Welcome Stranger terpaksa dipecahkan kepada tiga bahagian sebelum ditimbang.

London Chartered Bank memberikan wang pendahuluan sebanyak £9,000 kepada John dan Richard, yang mana mereka akhirnya menerima jumlah penuh sebanyak £9,381 bersamaan RM6.2 juta hari ini.

Setelah dileburkan, ia menghasilkan kira-kira 71 kilogram emas padat yang mana jika kekal utuh sehingga ke hari ini, boleh mencecah RM17 juta.

1. Holtermann 'Nugget' - 290kg

holtermann nugget ketulan emas paling besar di dunia

Walaupun Welcome Stranger adalah ketulan emas tulen paling besar pernah ditemui, namun spesimen emas tunggal terbesar yang ditemui di Bumi ialah Holtermann 'Nugget'.

Digali pada Oktober 1872 oleh pelombong Jerman Bernhardt Holtermann di Hill End di New Sout Wales, Australia, spesimen emas yang tertanam dalam batu kuarza ini adalah seberat 290 kilogram dengan ketinggian 1.5 meter.

Bernhardt cuba untuk membeli spesimen emas ini dari Star of Hope Gold Mining Company, syarikat rakan kongsinya, dengan menawarkan £1000 bersamaan RM628,824 hari ini.

Namun memandangkan harga spesismen ini dianggarkan bernilai £12,000 pada ketika itu atau RM7.55 juta hari ini, tawaran Bernhard itu ditolak.

Kecewa dengan perkara ini, Bernhardt mengundurkan diri dari syarikat itu pada Februari 1873.

Rujukan:

1. BBC

2. Australian Museum

3. Love Money




Hakcipta iluminasi.com (2017)