Oleh pada 07 Oct 2019 kategori

Dalam zaman moden, pasti ramai yang akan menyangkal dakwaan masih wujudnya amalan ilmu sihir, kerana banyak isu dikatakan perlu berlandaskan kepada pemahaman berunsurkan sains dan teknologi semata-mata.

Walau demikian, sudah banyak kali kedengaran kisah bagaimana kondisi yang dihadapi manusia tidak dapat diperjelaskan serta diubati, langsung gagal untuk difahami sebab musababnya berlaku oleh pakar-pakar perubatan yang ada.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sihir adalah sesuatu yang benar dan sebagai umat Islam, merupakan antara perkara yang harus kita yakini kebenarannya.

Ini kerana kisah tentang sihir terkandung dalam al-Quran serta hadis. Setakat apa yang kita tahu, amalan sihir boleh dikategorikan kepada 10 jenis gangguan utama. Pernahkah anda berdepan masalah berkaitan gangguan sihir?

1. Sihir penunduk

penunduk pasangan

Sihir penunduk digunakan bagi memaksa seseorang supaya merasakan rangsangan nafsu yang tidak normal kepada seorang individu lain, sama ada melalui aspek fizikal dan juga emosi.

Seseorang yang menjadi mangsa sihir penunduk akan senantiasa teringat seseorang dan merasakan rindu yang teramat sangat.

Dia juga boleh merasakan keinginan tinggi untuk bersama secara fizikal setiap masa dan juga mentaati apa saja kehendak pasangan atau individu lain.

2. Pukau

sindiket pukau dan rompak

Antara kes yang paling popular berlaku, pukau akan menyebabkan seseorang hilang deria yang sebelum itu berfungsi normal - sehinggakan dia berada dalam keadaan luar sedar.

Mangsa pukau boleh diminta untuk mengikut sebarang arahan atau tidur lena, menyebabkan mangsa tidak lagi sedar apa yang berlaku kepada dirinya.

3. Lumpuh

kena serangan lumpuh tiba tiba

Sihir jenis penyakit mampu menyebabkan seseorang hilang keupayaan menggunakan anggota badan dengan betul. 

Ini akan menyebabkan seseorang itu tidak berupaya menggerakkan anggota badan sendiri - walaupun disahkan berfungsi baik oleh pihak hospital.

Sihir lumpuh ini juga boleh berlaku dengan menyebabkan rasa sakit pada anggota badan tertentu yang diserang serta  boleh juga menyebabkan serangan sawan.

4. Pengganggu perkahwinan

tidak mahu terima lamaran

Dalam kes-kes sihir kategori ini, sihir boleh digunakan bagi menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya tiada keperluan untuk berkahwin, walaupun sudah ada yang cuba memikatnya khasnya bagi golongan wanita.

Bagi pasangan yang berkahwin pula, sihir ini mampu membuatkan kita rasa benci atau kurang senang melihat pasangan sendiri, sedangkan tidak ada sebarang masalah timbul dalam hubungan tersebut.

5. Pengikat

zakar tidak mampu tegang

Sihir pengikat seringkali digunakan bagi menyerang pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin, melibatkan alat sulit mereka.

Ada lelaki yang diserang akan mendapati alat sulitnya gagal berfungsi dengan baik setiap kali cuba bersama isteri, walhal sebelum itu baik sahaja.

Bagi wanita pula, serangannya boleh datang dalam pelbagai bentuk.

Antaranya pendarahan yang hanya berlaku ketika cuba bersama, diserang rasa cemas dan takut sehingga merapatkan kedua-dua peha atau mampu juga terbentuk daging yang menutupi lubang faraj, sedangkan sebelum itu normal saja kondisinya.

6. Hilang ingatan/gila

Mangsa yang diserang sihir ini akan gemar melakukan perkara aneh seperti suka menjerit-jerit dan meracau, malahan ada yang bercakap dalam bahasa yang tidak diketahui.

Ada juga yang diserang sihir ini sehinggakan jadi seorang pelupa serta kurang peka dengan sekeliling, seakan terawang-awang fikirannya.

Kebanyakan mangsa sihir ini takut tempat yang terang, lebih gemar duduk di dalam kawasan yang gelap.

7. Pendarahan

pendarahan wanita

Sihir pendarahan akan digunakan bagi menyerang wanita yang dibenci atau kurang digemari, sehingga menyebabkan dia mengalami pendarahan luar biasa.

Antara tandanya adalah seperti haid yang luar biasa lamanya tanpa ada sebab kenapa perkara itu boleh berlaku.

8. Penutup rezeki

dengki perniagaan orang lain

Amat gemar digunakan apabila wujudnya persaingan dalam perniagaan, sihir penutup mampu digunakan dalam beberapa kaedah berbeza; seperti menutup peluang pesaing berniaga.

Mangsa sihir penutup akan mendapati kedai mereka mempunyai bau yang busuk tanpa ada punca dan yang paling popular diceritakan, kedai mereka dilihat tidak beroperasi - sedangkan setiap hari mereka tidak pernah culas berniaga.

9. Pemisah

pasangan bergaduh sebab hantaran

Sihir pemisah digunakan bagi menyerang pasangan untuk membuatkan mereka berpisah, bagi memenuhi tujuan penyihir atau orang yang mengupahnya.

Pasangan sukar untuk mempunyai kesefahaman, membesarkan perkara kecil, sukar untuk memaafkan serta tidak merasa senang duduk di rumah.

Mangsa akan merasakan emosi serta fizikalnya lebih baik ketika di luar, membuatkan dia akan memilih untuk berjauhan dari pasangan.

10. Santau

Sihir yang paling kerap disebutkan dalam masyarakat kita; santau mempunyai banyak bentuk gangguan yang boleh berlaku.

Satu jenis santau melibatkan penggunaan bahan-bahan yang bersifat miang supaya membawa ketidakselesaan pada mangsa.

Ada juga santau yang dibuat menggunakaan bisa haiwan seperti lipan, ular dan obor-obor yang perlu diperam dengan bahan tertentu, sebelum dihantar kepada mangsa. 

Tujuannya sama ada mahu mengazabkan hidup si mangsa atau lebih mangsa, mengakibatkan kematian berlaku agar pelaku puas mendengar seksaan yang lawannya terima.




Hakcipta iluminasi.com (2017)