kena tindih hempap jin

Ada banyak kisah pemuda kita terlepas masuk ke dalam alam bunian. Bagaimana seorang pemuda diberi pilihan untuk berjodoh dengan gadis dari alam sana kemudian diberi masa untuk memilih sama ada bersetuju atau tidak. Disebutkan juga pelbagai jenis syarat yang berat dan ketat seperti akan selama-lamanya meninggalkan keluarga dan perlu melalui pantang larang lain lagi.Adakah perkara tersebut benar berlaku atau hanya satu mitos? Lebih mudah jika kita memandang peristiwa ini melalui perspektif Islam dan mengetahui apakah itu bunian? Bunian hanyalah satu gelaran yang diberikan kepada makhluk yang digelarkan Jin. Bunian adalah Jin. Makhluk halus adalah Jin. Apakah Jin menurut Islam? Secara amnya, Jin adalah makhluk yang tidak kelihatan pada mata manusia yang sepatutnya diketahui oleh semua umat Islam, kerana dalam Quran sendiri terdapat satu surah khas menceritakan berkenaan makhluk bernama Jin ini.Ada pelbagai kisah dan sejarah berkaitan asal-usul perkahwinan di antara manusia dan jin dalam sejarah umat Islam, seperti kisah Nabi Sulaiman tetapi isu ini akan disentuh di lain hari. Tulisan ini hanya ingin menjawab satu perkara; pernahkah anda dengar atau mengalami sendiri kisah di mana ada individu-individu yang mampu melihat, mendengar dan disentuh oleh makhluk halus? Ada yang dihempap ketika tidur, ada yang diganggu dan ada yang sehingga meracau-racau kerana nampak lembaga. Kisah kena hempap ini selalu kedengaran bukan?Ada satu perkara yang kita sebagai manusia kena sedar. Fitrah manusia ini tidak mampu melihat makhluk halus. Itu tidak dapat diubah. Manusia tidak ada deria yang mampu membuatkan kita mempunyai kebolehan melihat makhluk halus, apatah lagi merasainya secara fizikal, seperti mana rasa dihempap.Makhluk halus pula atau Jin ini, mampu menyusup masuk ke dalam badan kita. 

gambaran jin dalam kartun aladdin

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sesuatu yang perlu diketahui berkenaan perkara kena hempap ini dan tidak ramai tahu, adalah perkara tersebut seperti mampu melihat, mendengar malahan merasa secara fizikal makhluk halus ini, hanya akan berlaku di antara dua makhluk halus. Manusia biasa tidak akan mampu mengalami perkara-perkara tersebut tanpa ada kewujudan makhluk halus lain di dalam badan mereka.Itulah yang hendak disampaikan; anda tidak akan kena hempap melainkan anda dah ada makhluk halus dalam badan anda. Perkara tersebut tidak akan berlaku jika dalam badan anda tidak ada gangguan. Hanya jin lain mampu melihat, mendengar dan merasa jin lain kerana manusia biasa tidak akan mampu melakukan perkara itu. Jadi banyakkanlah amalan untuk mengelakkan diri kita dari menjadi "tuan rumah" untuk mereka sehinggakan kita mampu melihat perkara-perkara yang tak sepatutnya kita lihat dan rasa apa yang tak sepatutnya kita rasa.



Hakcipta iluminasi.com (2017)