Anda pasti tahu apa itu abjad. Jika tidak, bagaimana anda boleh membaca artikel ini dan ia merupakan perkara pertama yang diajarkan di  sekolah. Namun, tahukah anda pihak sekolah tidak mengajarkan kesemua abjad kepada anda?

Mungkin guru anda sendiri juga tidak tahu mengenainya. Ini kerana sepanjang bahasa kita berkembang, terdapat beberapa huruf telah dibuang kerana dilihat tidak relevan lagi. Berikut adalah beberapa huruf yang tidak lagi digunakan dalam set abjad kita hari ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Thorn

thorn

Thorn atau þorn (Þ, þ), merupakan satu huruf di dalam abjad Bahasa Inggeris lama, Gothic, Norse lama dan Bahasa Iceland moden. Ia kemudiannya dibuang dan digantikan dengan ejaan gabungan 2 huruf iaitu 'th' namun masih dikekalkan penggunaannya di Iceland.

Cara sebutan huruf ini adalah sama bagaimana anda menyebut 'th' dalam 'thorn'. Satu lagi sebab huruf ini diganti ialah kerana dalam abjad Gothic bagi huruf thorn ini kelihatan seakan huruf 'Y'. Pada masa itu, syarikat penerbitan akhbar Perancis juga tidak mempunyai huruf thorn ini jadi digantikan dengan huruf 'Y' Gothic.

Namun penggunaan huruf 'Y' Gothic dengan sebutan 'th' ini juga sudah tidak digunakan dalam ejaan moden. Jadi jika anda berkunjung ke kafe hipster di luar negara yang menggunakan nama "Ye Coffee Shop", ini bermakna sebutan yang betul ialah "The Coffee Shop". Beberapa contoh perkataan moden yang menggakan huruf thorn ialah think, then dan thank.

2. Wynn

wynn

Huruf Wynn atau Ƿynn ( Ƿ ƿ ) ini berasal daripada huruf Furtark lama ini diserap ke dalam bahasa Latin kerana ia tidak mempunyai huruf yang mewakili perkataan dengan bunyi 'W' seperti bahasa Inggeris biasa. Pada asalnya bahasa Latin menggunakan sebagai huruf V berganda atau double V kerana bahasa Latin tidak mempunyai huruf U.

Selepas itu huruf wynn ( Ƿ ƿ ) ini diserap ke dalam bahasa Inggeris lama dari bahasa Latin yang menggunakan dwihuruf "uu" dan kemudian bertukar menjadi "double U". Ia tidaklah begitu popular sehinggalah pada tahun 1300-an huruf W yang kita gunakan sekarang menggantikan huruf wynn dalam kegunaan biasa. Namun begitu, jika anda perasan huruf W sebenarnya ditulis dengan 2 huruf V bertindih.

3. Yogh

yogh

Yogh merupakan huruf yang disebut dengan menggunakan dalaman kerongkong seakan ingin meludah dan banyak digunakan semasa era Middle English yang berbunyi seperti 'ch' dalam Bach atau Loch Ness Monster.

Penggunaan huruf ini juga menjadi kurang popular kerana ia menyerupai huruf 'Z' berekor yang digunakan pada era Middle English dan Middle Scots. Huruf ini juga kelihatan seakan sama dengan nombor 3.

Huruf yang mengelirukan ini mempunyai beberapa cara sebutan dalam bahasa Inggeris moden seperti contohnya sebagai 'Y' dalam yet, sebagai 'gh' dalam light, dan 'ch' dalam loch. Disebabkan beberapa hal ini ia tidak lagi digunakan pada hari ini.

4. Ash

ash

Huruf Æ yang disebut dengan æsc atau ash ini merupakan gabungan dwihuruf a dan e. Ia berasal daripada diftong Latin untuk ae. Huruf ash ini telah digunakan di dalam beberapa bahasa moden seperti bahasa Denmark, Iceland dan Faroe Islands.

Huruf ini banyak digunakan oleh Greek dan Rom lama jadi banyak perkataan yang menggunakan huruf ini dijumpai di gereja-gereja sekarang seperti perkataan æther atau æon. Huruf ini sering digunakan di dalam bahasa Inggeris lama apabila sesuatu perkataan itu diterjemahkan kepada bahasa Latin. Huruf ini mempunyai beberapa variasi lain seperti Ǣ ǣ Ǽ ǽ æ̀.

5. Eth

eth

Huruf Eth ini seakan sama seperti huruf thorn. Ia berasal dari bahasa Ireland dan ia mewakili sebutan yang sedikit berbeza dengan bunyi 'th' pada huruf thorn. Ia lebih digunakan dalam perkataan seperti thought dan thing (geseran gigi yang tidak berbunyi) berbanding perkataan this dan them (geseran gigi berbunyi)

Huruf ini sebenarnya lebih tergantung kepada loghat mengikut tempat dan tidak banyak berbeza sebutannya di dalam bahasa Inggeris moden. Pada zaman dahulu mungkin bunyinya agak berbeza namun kini kita biasanya menggunakan 'th' sahaja untuk kedua-dua jenis sebutan ini membuatkan huruf ini tidak relevan lagi seperti huruf thorn.

6. G insular

insular g

Huruf ini sering dirujuk sebagai G insular atau G Ireland kerana ia tidak mempunyai nama khusus dan merupakan huruf versi awal kepada huruf yogh yang digunakan semasa era Middle English.

Huruf ini juga telah berada di dalam bahasa Inggeris moden untuk sekian lama sebelum dimansuhkan kerana ia mewakili bunyi berbeza dengan 'G' moden.

Huruf 'G' moden lebih digunakan dalam perkataan yang mempunyai sebutan lebih keras seperti growth atau good manakala G insular yang digantikan dengan huruf yogh lebih kepada perkataan seperti cough atau tough.

7. Ethel

ethel

Sama seperti Æ/ash/æsc di atas, OE dianggap sebagai sebuah huruf pada masa dahulu yang dipanggil ethel. Ia merupakan pentranskripsian daripada huruf Odal Furthak.

Pada asalnya ia digunakan dalam bahasa Latin dengan bunyi 'E' yang panjang seperti perkataan subpœna atau fœtus. Malah, perkataan federal juga dahulunya dieja dengan fœderal. Namun hari ini ia digantikan dengan huruf E seperti subpena dan fetus.

8. Tironian “Ond”

ond

Seorang lelaki Rom bernama Marcus Tullius Tiro telah mencipta satu sistem tulisan ringkas yang dinamakan nota Tironian. Ia merupakan sistem yang ringkas dan mempunyai potensi besar untuk dikembangkan dan ia telah digunakan selama beberapa abad selepas kematian Tito pada tahun 2 SM.

Salah satu simbolnya yang paling berguna adalah simbol 'et' yang sama maksud dengan and. Ia biasanya ditulis seakan sama bagaimana kita menulis nombor 7 sekarang. Apabila ia diadaptasi ke dalam bahasa Inggeris, ia menjadi 'ond'.

Sebagai contoh jika ingin menyebut Bond atau Pond, mereka akan menulis huruf B atau P dan diikuti dengan simbol 'ond'. Penggunaan huruf ini popular suatu masa dahulu dan sering digunakan oleh tukang tulis atau tukang catit. Namun kerana tidak banyak perkataan yang memerlukan simbol ini maka akhirnya ia tidak lagi digunakan.

9. S panjang

long s

Anda mungkin pernah melihat huruf ini di dalam buku atau dokumen lama yang banyak menggantikan huruf S dengan huruf yang kelihatan seakan huruf F ini. Walaupun ia dikenali sebagai 'S panjang', namun ia sebenarnya digunakan sebagai simbol kepada huruf kecil S.

Namun peraturan penggunaan S panjang ini agak rumit (kerana tidak boleh digunakan pada penghujung ayat) seperti "ſinfulneſs" untuk "sinfulness" dan "ſucceſsful" untuk "successful" manakala bahasa Inggeris yang merujuk kepada bentuk jamak menggunakan s pada setiap perkataan, huruf ini akhirnya dilupakan sama sekali.

10. Eng

eng

Huruf ini dicipta oleh seorang tukang catit atau tukang tulis bernama Alexander Gill pada 1619 yang mewakili perkataan yang berakhir dengan sebutan lidah ke belakang seperti king, ring, thing dan sebagainya.

Gill mencipta huruf ini bertujuan sebagai ringkasan kepada bunyi sebutan 'ng' dan pernah digunakan oleh beberapa orang tukang tulis yang lain. Namun, ia tidak menjadi begitu popular kerana G moden sudah diperkenalkan dan mula digunakan semasa peralihan bahasa Middle English kepada bahasa Inggeris moden.




Hakcipta iluminasi.com (2017)