Oleh pada 20 Jul 2019 kategori

Seratus tahun sebelum keruntuhannya, Empayar Aztec mengalami pembaharuan dalam bidang amanah. Anak lelaki maharaja, Tlacaelel, menyatakan bahawa tuhan perang yang dikenali seabgai Huitzilopochtli, adalah tuhan yang paling tinggi daripada tuhan-tuhan lain.

Sejak itu, suku Aztec hidup untuk melayani tuhan perang. Pengorbanan manusia menjadi sebahagian yang sangat penting dalam masyarakat Aztec, dengan ratusan ribu orang dibunuh setiap tahun sebagai persembahan kepada dewa mereka.

iluminasi.com kongsikan 8 fakta mengerikan tentang upacara korban manusia suku Aztec.

1. Sengaja berperang agar mendapatkan pengorbanan manusia

sengaja berperang agar mendapatkan pengorbanan manusia

Tugas suku Aztec adalah untuk memenuhi cita rasa dewa mereka yang mana tidak akan pernah puas, melalui pengorbanan manusia.

Biasanya, suku Aztec menggunakan musuh-musuh yang mereka telah dikalahkan dalam peperangan sebagai korban. dalam perang sebagai persembahan.

Tetapi, dari kebanyakan peperangan yang berlangsung, tak ramai musuh yang berjaya ditangkap dan membuatkan mereka memerlukan lebih banyk mangsa korban.

Oleh yang demikian, suku Aztec membuat perjanjian dengan Tlaxcala untuk menghasilkan "ladang" manusia. Kedua-dua pasukan menganjurkan peperangan semata-mata untuk menangkap banduan yang akhirnya digunakan sebagai korban.

Kedua-dua pihak bersepakat untuk melakukan hal ini dan pihak yang kalah tidak boleh mengeluh dengan nasib mereka yang bakal dikorbankan.

2. Festival Toxcatl

suku aztec mengeluarkan jantung mangsa korban

Sepanjang bulan Toxcatl, seorang lelaki dipilih untuk mendapat penghormatan khas berdasarkan penampilannya.

Dia mestilah mempunyai kulit yang licin, tubuh badan yang langsing dan rambut lurus yangpanjang. Pada tahun berikutnya, lelaki ini akan diperlakukan seperti tuhan.

Dia akan berpakaian seperti tuhan Tezcatlipoca. Kulitnya akan dicat hitam dan dia akan memakai mahkota bunga, penutup dada diperbuat daripada kulit kerang dan banyak perhiasan.

Lelaki tersebut akan diberikan 4 isteri yang cantik untuk diperlakukan sepertimana yang diinginkan. Dia hanya diminta untuk berjalan-jalan di bandar sambil bermain seruling dan mencium bunga supaya orang dapat menghormatinya.

Dia akan berjalan kaki menaiki tangga piramid besar setelah 12 bulan berlalu dan kemudian memusnahkan serulingnya apabila dia sampai ke puncak.

Disaksikan oleh pengikutnya, seorang pendeta akan membantunya berbaring di atas mezbah panjang yang diperbuat daripada batu dan kemudian jantungnya dikeluarkan daripada tubuhnya.

Setelah ini selesai, tuhan Tezcatlipoca baharu akan dipilih dengan segala upacara ini diulangi.

3. Beberapa orang menjadi sukarelawan untuk dikorbankan

upacara mengorbankan manusia oleh suku aztec 3

Bagi suku Aztec, mengorbankan diri untuk dewa adalah satu penghormatan.

Malah, apabila Sepanyol tiba dan cuba membebaskan mangsa yang bakal dijadikan korban, sestengah daripada mereka marah dengan tindakan itu kerana mereka terlepas peluang untuk mati dalam keadaan yang mulia.

Ada di antara mereka yang mendaftar dengan penuh semangat kerana ingin mati untuk dewa-dewa mereka. Dan secara tradisinya, semua golongan pelacur sanggup mendaftar untuk dikorbankan kepada dewi cinta.

Semasa musim kemarau, sesetengah orang Aztec terpaksa menjual anak mereka menjadi hambar untuk bayaran sebanyak 400 butir jagung.

Jika kanak-kanak tersebut bekerja dengan baik, mereka boleh dijual lagi. Dan jika seorang hamba telah dijual sebanyak 2 kali, mereka boleh dijadikan sebagai hadiah kepada para dewa.

4. Proses pengorbanan manusia

upacara mengorbankan manusia oleh suku aztec

Kebiasaannya, mangsa korbang akan dibawa ke puncak piramid besar dan diletakkan di atas batu korban.

Seorang pendeta kemudiannya akan berdiri di sebelahnya sambil memegang pisau yang terbuat dari kaca vulkanik.

Pisau itu akan ditusuk ke dalam dada mangsa, mengelarnya lalu jantung yang masih berdegup dikeluarkan. Jantung tersebut akan dijunjung setinggi-tingginya oleh pendeta bagi membolehkan orang ramai melihatnya.

Ia kemudiannya dihancurkan di atas batu pengorbanan sehingga berderai.

Tubuh badan mangsa korban yang tidak lagi bernyawa akan ditolak jatuh menuruni tangga piramid. Tukang daging yang sedang menunggu di bawah akan memotong bahagian badan mayat tersebut satu demi satu.

Tengkorak mayat tersebut akan dikeluarkan dan diletakkan bersama-sama tengkorak korban yang lain di atas rak. Daging mayat tersebut kemudiannya dimasak dan dihidangkan kepada para bangsawan Aztec.

5. Makan daging korban manusia

proses korban manusia

Mayat korban tuhan ini biasanya dipanggang dengan jagung lalu diberikan kepada pendeta. Dalam sesetengah kes, mayat tersebut akan disajikan kepada seluruh penduduk kota yang akan mengambil bahagian dalam aksi kanibalisme itu.

Keseluruhan bahagian mayat tersebut termasuklah tulang dimanfaatkan dengan dijadikan peralatan rumah, alat muzik malah senjata.

Sekurang-kurangnya satu hidangan dalam upcara ini masih kekal sehingga kini, dikenali sebagai pozole. Di zaman suku Aztec, pozole merupakan sejenis sup yang diperbuat daripada peha tahanan yang menjadi korban dan disajikan kepada maharaja.

Pada hari ini, pozole dibuat tidak dihasilkan menggunakan daging manusia, tetapi daging khinzir.

Ketika orang Kristian Sepanyol memaksa suku Aztec untuk tidak lagi menggunakan daging manusia sebaliknya bertukar kepada daging khinzir, mereka memberitahu bahawa rasa kedua-dua daging ini hampir serupa.

6. Pengorbanan dalam perasmian Piramid Besar

piramid besar suku aztec

Bukan semua pengorbanan adalah sesuatu yang biasa. Terdapat saat luar biasa di mana segalanya dilakukan dengan cara yang berbeza.

Kadang-kala kaedahnya berbeza dan di masa lain, perbezaannya hanya dari segi kuantiti.

Pengorbanan terbesar adalah semasa perdamaian Piramid Besar Tenochtitlan. Orang Aztec telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk membina kuil di ibu negara mereka dan pada tahun 1487, Piramid Besar mereka siap sepenuhnya.

Mereka mengadakan perayaan besar-besaran untuk merasmikan kuil besar mereka dan dalam masa yang sama, membunuh ramai orang.

Suku Aztec mendakwa bahawa mereka telah mengorbankan 84,000 orang dalam tempoh 4 hari sahaja.Semasa pemerintahan Aztec, kira-kira 250,000 orang telah dikorbankan di seluruh Mexico setiap tahun.

7. Festival menyiat kulit lelaki

sejarah aztec

Salah satu perayaan Aztec yang paling dahsyat adalah Tlacaxipehualiztli iaitu Festival Menyiat Kulit Lelaki. Perayaan ini adalah upacara yang didedikasikan untuk tuhan Aztec, Xipe Totec yang mana namanya bermaksud "Yang Tercela"

4 hari sebelum perayaan itu, seorang lelaki diberi penghormatan untuk berpakaian seperti The Flayed One.

Dia diliputi bulu merah, perhiasan emas dan menghabiskan 40 hari seperti tuhan. Kemudian, pada hari perayaan tersebut, dia dan lapan penyamar tuhan lain dibawa ke bahagian atas kuil dan dibunuh.

Para pendeta kemudiannya menyiat kulit mayat mangsa korban seperti haiwan yang menyalin kulit.

Kulit tersebut diwarnakan dengan warna kuning untuk kelihatan seperti emas. Beberapa kulit diberikan kepada para pendeta, yang akan menari sambil memakainya.

Kulit lain akan diberikan kepada para lelaki muda, yang menghabiskan masa selama 20 hari hanya berganti memakai lapisan kulit manusia yang sudah longgar.

8. Pembunuhan anak kembar

suku aztec membunuh anak kembar

Suku Aztec mempunyai kepercayaan aneh dan sering bercanggah tentang anak kembar.

Mitos mereka penuh dengan kisah anak kembar, yang biasanya dianggap sebagai tuhan-tuhan yang mulia yang patut disembah manusia.

Anak kembar muncul dalam kisah mereka sebagai pembunuh raksasa, wira dan juga pencipta dunia. Akan tetapi, mereka memperlakukan anak kembar dengan penuh hina.

Mereka mempunyai tuhan bernama Xolotl bagi anak cacat dan kembar disebabkan oleh suku mereka menganggap anak kembar sebagai cacat.

Malah, anak kembar dianggap sebagai satu ancaman kepada ibu bapa bayi tersebut oleh suku Aztec. Mereka percaya bahawa dengan membiarkan bayi kembar bermakna kematian bagi ibu bapa mereka.

Oleh itu, salah seorang bayi akan dipilih untuk hidup bersama mereka manakala lagi seorang akan dihantar ke tuhan, bermakna membunuh bayi tersebut.

Rujukan:

The Enigma of Aztec Sacrifice

Ancient

AzCentral




Hakcipta iluminasi.com (2017)