Kredit foto: Instagram Firdaus Rahmat
Firdaus Rahmat adalah salah seorang daripada peserta dalam program realiti muzik Big Stage Musim 5, bersama-sama dengan 13 penyanyi dari kalangan 'BBNU' (Budak Baru Nak Up).
Dalam saingan konsert mingguan, beliau bakal berhadapan dengan beberapa pesaing lain seperti Nadeera Zaini, Naufal Azrin, Aufahanie, Meer Nash, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Isaac Voo, Kumpulan Coex dan Dem Lepak Boyz (duo).
Selain peserta dari Malaysia, pertandingan itu turut menyertakan empat bintang yang mewakili Korea Selatan, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Namun, identiti mereka masih dirahsiakan hingga kehadiran mereka dalam konsert minggu pertama nanti.
Big Stage musim 5 akan bermula pada 7 Mei 2023 dan disiarkan setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Biodata
Nama sebenar: Muhammad Firdaus bin Rahmat
Nama komersial: Firdaus Rahmat
Umur: 26 tahun (2023)
Tarikh lahir: 2 Ogos 1997
Tempat lahir: Leeds, England
Asal: Shah Alam, Selangor
Keluarga: Muhammad Fahimi Rahmat (abang)
Pendidikan: Diploma Jurusan Fotografi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
Kerjaya: Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik, Pempengaruh Media Sosial
Instagram (IG): @_firdausrahmat
Latar Belakang
1. Karier muziknya bermula melalui penglibatan sebagai anggota kumpulan nasyid moden, The 4aith pada tahun 2016. Selain dirinya, The 4aith yang dibentuk pada 13 Jun 2016 menampilkan lagi tiga teman sebaya, iaitu Aniq Muhaimin Ismail, Muhammad Fahimi Rahmat dan Amir Firdaus Razali. Mereka menjadi popular kerana kreativiti mereka dalam mengubah lirik lagu-lagu Barat terkenal menjadi senikata yang berunsurkan dakwah.
2. Di antara lagu-lagu yang mereka ubah liriknya adalah lagu asal Justin Bieber, Daddy Yankee dan Luis Fonsi yang berjudul 'Despacito' menjadi 'Dengarilah', serta lagu-lagu seperti 'Love Yourself' (Justin Bieber) menjadi 'Kembalilah', 'Locked Away' (Adam Levine) menjadi 'Persahabatanku' dan 'Photograph' (Ed Sheeran) kepada 'Mengingatimu'.
3. Selepas itu, mereka melangkah dalam dunia rakaman dengan menghasilkan single "Yang Pertama" dan "Shine" (bersama Omar Esa), yang membawa nama mereka sebagai penyanyi berkumpulan.
4. Firdaus mula mengambil haluan dalam kerjaya solonya pada tahun 2019 dengan melancarkan single pengenalan, Aku Rayu. Setelah itu, beliau menghasilkan single Sentiasa, Waras, Fly With Me, Project Apollo - Boleh Belah (bersama Daniesh Suffian dan Adzrin Amerruddin) dan Test Drive.
5. Dalam masa yang sama, beliau turut merakamkan single istimewa iaitu Darahku (bersama Naim Daniel, Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Alan D dan Hao Ren) dan Raya Jelma (bersama Naim Daniel, Ismail Izzani dan Daniesh Suffian).
6. Kemahirannya dalam penciptaan lagu dan penulisan lirik turut membolehkannya bekerjasama dengan artis-artis popular termasuk Faizal Tahir, Ernie Zakri, Joe Flizzow, Siti Nordiana, Hazama, Naim Daniel, Dolla, Andi Bernadee, Elizabeth Tan dan Ismail Izzani, dalam menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.
7. Malah banyak karya hasilannya yang telah dipilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu Irama yang dinyanyikan oleh Shiha Zikir, Boneka (Ernie Zakri), Debu (Dayang Nurfaizah, Amir Masdi), Sengsara (Khai Bahar) dan Mainan (Naim Daniel).
Fakta Menarik
1. Bermula selepas tamat persekolahan, minatnya dalam penulisan dan penciptaan lagu menghasilkan beberapa lirik yang ditulis secara suka-suka.
2. Lagu dendangan solonya kerap kali menjadi lagu tema (OST) dalam drama-drama tempatan popular seperti dalam siri Projek High Council, Projek Anchor SPM dan Do You Love Me Captain.
3. Salah seorang anggota kumpulan The 4aith, Muhammad Fahimi Rahmat ialah abang dan juga kembarnya.
4. Pada tahun 2020, Firdaus berkahwin dengan pasangan pilihannya iaitu Hafizah. Hasil perkongsian hidup dengan isteri yang dikenali sejak zaman persekolahan itu kini dikurniakan anak yang bernama Habeeb pada tahun 2023.
Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?
Baca: Biodata Penyanyi Putera Muhammad (Vokalis Madam Band), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Aufahanie, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Nadeera Zaini, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Puteri Khareeza, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Meer Nash, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Naufal Azrin, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Isaac Voo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Coex, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Kumpulan Dem Lepak Boyz, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Waode (Indonesia), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi Farhan Shah (Singapura), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Penyanyi HoonDoo (Korea Selatan), Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)
Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)
Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)
Gambar
Kumpulan The 4aith
Kredit foto: Instagram Firdaus Rahmat
Video
Kredit video: Firdaus Rahmat - Test Drive (OST Projek: High Council - Official Music Video)
Sumber:
2. Dakwah cara The 4aith [METROTV]