Oleh pada 09 Jul 2017 kategori

Kredit foto: instaonline.com.my 

Heboh seketika apabila sebuah video memaparkan aktres dan penyampai radio Zulin Aziz berada dalam keadaan tidak bertudung.

Difahamkan, ketika itu Zulin sedang beraya di rumah kakak kepada pelakon Ahya Rosli iaitu Liana Rosli.

Justeru ramai yang tertanya, adakah Zulin kini sudah kembali membuka hijab. 

Enggan video tersebut disalahtafsir, Zulin akhirnya tampil memberikan penjelasan.

zulin aziz sudah buka tudung 2

Kredit foto: mynewshub.cc

Video itu diambil ketika saya berkunjung ke rumah kakak pelakon Ahya Rosli malam tadi. Saya sedar video itu diambil tetapi tidak sangka ia dimuat naik di akaun Instagramnya dan dikongsikan kepada umum. Sebenarnya saya dengan ahli keluarga Ahya sangat rapat. Kami ibarat keluarga apabila sering bertemu dan bermalam di rumah mereka. Saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan kerana video diambil ketika saya berada dalam rumah. Lagipun ketika saya tidak memakai tudung, Ahya tiada di rumah. Saya tidak kisah apa orang ingin katakan kerana mereka tidak tahu proses yang saya lalui ini. Berilah saya ruang untuk berubah secara perlahan-lahan. Saya akui mungkin ramai terkejut dengan apa yang berlaku, tapi bukannya saya tidak mengenakan tudung di luar rumah. Penghijrahan ini memerlukan masa dan bukan dilakukan semata-mata mahu mengikut orang.

Sumber: Harian Metro

Semoga pencerahan Zulin ini dapat menghentikan spekulasi buruk di luar sana. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)