Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

Zulin Aziz menepis dakwaan foto yang dikongsi di laman Instagramnya adalah gambar imbasan bayi dalam kandungan sebagaimana didakwa sesetengah netizen.

Juruhebah itu bagaimanapun menjelaskan ia adalah imbasan kedudukan ketumbuhan di dalam perut.

“Ini bukan scan bayi ya. Ini namanya cyst. Bila masa pulak saya kahwin," tegasnya di ruangan kapsyen foto itu.

Zulin dimasukkan ke Hospital di ibu negara kerana mengalami cirit-birit.

Kata selebriti serba boleh ini, sukar untuk menjelaskan kondisi kesihatannya sekarang.

Malah, dia hanya mengetahui tentang kewujudan ketumbuhan itu selepas mendapatkan rawatan di hospital.

"Saya masuk hospital sebat cirit-birit dan lepas itu baru saya tahu.

"Saya nak terangkan pun susah. Doakan yang baik-baik ya." tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Zulin berharap penyakitnya dapat pulih tanpa menjalani sebarang pembedahan.

Zulin bakal bertemujanji dengan doktor dalam tempoh enam bulan akan datang untuk mengetahui perkembangan ketumbuhannya itu.

Sementara itu, Zulin memohon agar para peminat dapat mendoakan kesihatannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)