Kredit foto: Instagram Wawa Zainal
Aktres Wawa Zainal akui berasa bimbang dengan perkembangan anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar yang sudahpun memasuki usia empat tahun, namun masih belum pandai bercakap.
Dedah isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu, anak mereka hanya tahu bercakap dalam empat perkataan sahaja.
"Assalamualaikum. Attar sudah empat tahun tapi masih belum pandai cakap. Empat perkataan sahaja boleh cakap. Para ibu, anda ada tak anak yang lambat bercakap?" luahnya.
Wawa membuat kenyataan tersebut menerusi kiriman di laman Instagram.
Kredit foto: Instagram Wawa Zainal
Aktres berusia 26 tahun ini mahukan pendapat dan tips daripada para peminat dan pengikut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak keberatan berkongsi cara mengatasi masalah yang dihadapinya.
Antaranya termasuklah meminta Wawa membawa Attar berjumpa dengan pakar kanak-kanak.
Malah ada di kalangan peminat yang turut berkongsi masalah yang sama.