Kredit foto: Instagram Wawa Zainal

Demi melunaskan komitmen kerjaya, aktor Aeril Zafrel tidak berpeluang menyertai isterinya, aktres Wawa Zainal menunaikan ibadah umrah.

Aeril atau nama penuhnya, Suhairil Sunar, 30, merakamkan ucapan dan doa buat Wawa menerusi kiriman Instagram.

"Semoga pemergian dirimu ALLAH menjaga lurusnya niat dan amalanmu sehingga pulang dari umrah kelak," tulisnya. 

Di kesempatan sama, pelakon Kita Bukan Anjing ini meminta jasa baik peminat agar turut sama mendoakan suri hatinya itu.

"Mohon doa kalian buat sang ratu hati saya ini," kata Aeril lagi dalam entri berkenaan.

wawa keseorangan tunai umrah tanpa aeril zafrel ini pendedahannya 2

Kredit foto: Instagram Wawa Zainal

Sementara itu, Wawa yang ditemani bapanya, Zainal Abidin Sulong ke Tanah Suci, menulis kapsyen berbunyi:

"Sebelum ditanya.. saya pergi dengan ayah sebab suami ada kerja di Kuala Lumpur. Insya-ALLAH, lain kali ya sayang."

Dalam pada itu, Wawa memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.

Tidak terkecuali, beliau meminta agar para peminat mengutuskan doa kesejahteraan bersempena keberangkatannya ke sana.

"Sudah mahu berangkat ke tanah suci. Masya-ALLAH, Alhamdulillah.. mohon doakan saya.

"Saya juga ingin memohon maaf sekiranya pernah terkasar bahasa, tersalah laku kepada semua baik yang saya kenal dan juga yang tidak.

"Moga-moga dapat umrah yang mabrur," tulisnya lagi.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)