Wanita adalah ciptaan yang agak rumit dan kompleks. Dan apabila berada di usia remaja, wanita melalui pelbagai tekanan untuk kelihatan dan bertindak dengan cara tertentu. Dan wanita sememangnya tak lari daripada ingin sentiasa kelihatan cantik.
Jika sebutir jerawat tumbuh di muka boleh menyebabkan wanita tertekan, apatah lagi bulu-bulu yang lebat? Jika begitu, anda perlu bersyukur dilahirkan normal, tidk seperti Supatra "Natty" Sasuphan dari Bangkok, Thailand.
BESARKAN TEKS A- A+
Keadaan Natty menyebabkannya mengalami pertumbuhan rambut yang sangat belebihan di seluruh badannya, termasuklah wajahnya. Natty menjadi begini disebabkan menderita penyakit genetik yang dikenali sebagai Sindrom Ambras, yang juga popular dengan nama "sindrom serigala jadian".
Malah, Natty telah diiktiraf sebagai Wanita Paling Berbulu Di Dunia pada tahun 2010. Ibu bapanya sudah menjangkakan sejak lahir lagi bahawa Natty akan melalui hidup yaang sukar dibuli dan sukar untuk hidup dalam masyarakatnya.
Cuba anda bayangkan, pastinya amat sukar untuk orang biasa untuk tidak menolehkan kepala anda dan memandang, walaupun sekejap. Penyakit ini sangat jarang berlaku dan doktor masih tidak menemukan penawarnya.
Sehingga kini, hanya 50 kes yang pernah berlaku sejak Zaman Pertengahan.
Sebagai salah satu cara rawatan, laser penghapus rambut telah diuji namun ia tidak mampu untuk menghentikan rambut-rambut itu daripada tumbuh. Malah ia membuatkan rambut itu lebih cepat tumbuh dan menjadi lebih lebat.
Namun, ia tidak menghalang Natty untuk menjalani hidupnya seperti biasa. Natty menerima keadaannya dan tidak berasa malu untuk muncul di khalayak ramai. Beliau masih aktif dan hidup seperti gadis biasa walaupun telah melalui kehidupan dibuli dengan sangat teruk.
Ketika berusia 10 tahun dan dianugerahkan rekod dunia, Natty berkata:
"Saya tak rasa diri saya berbeza daripada orang lain dan saya mempunyai ramai kawan di sekolah. Menjadi seorang yang mempunyai banyak rambut dan bulu membuatkan saya istimewa. Terdapat beberapa orang yang suka menyakat saya dan memanggil saya monyet, namun kini tidak lagi,".
Masa depan gadis ini sangat berisiko kerana ketika Natty dilahirkan beliau terpaksa menjalani 2 pembedahan yang membolehkannya untuk bernafas. Bapanya memberitahu bahawa mereka tidak menyedari Natty mengalami masalah ini sehinggalah dilahirkan.
Malah, ketika jiran-jiran melihat Natty buat kali pertama, mereka bertanya kepada bapanya dosa apakah yang telah dia lakukan. Gigi Natty juga tumbuh dengan perlahan dan penglihatannya tidak begitu baik.
Dan kini selepas 7 tahun diiktiraf sebagai wanita paling berbulu di dunia, Natty yang berusia 17 tahun telah berkahwin dengan lelaki pilihannya. Natty dan suaminya telah memuat naik gambar mereka di Facebook mempamerkan wajahnya yang telah dicukur dan menyatakan cinta mereka antara satu sama lain.
Dalam satu muat naik, Natty berkata, "Awak bukan sahaja cinta pertama saya, tetapi awak adalah satu-satunya cinta hati saya,".
P/S :Jadi, jika anda masih single dan seolah-olah tidak nampak masa depan anda untuk berkahwin, sentiasalah ingatkan Natty. Jika dia boleh, anda juga boleh!